Beriani Cikgu Atan Di Kampung Rambah, Pontian, Johor.

Kedai Makan Beriani Cikgu Atan di Kampung Rambah, Pontian, Johor.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera.

Baryani atau bahasa Johornya "Beriani", merupakan salah satu tarikan makanan yang sangat popular di negeri Johor. Tidak lengkap perjalanan sekiranya tidak pekena beriani di Johor. Kali ini, aku berhasrat untuk berkongsi maklumat tentang Beriani Cikgu Atan yang diusahakan oleh makcik dan sepupu aku di Kampung Rambah, Pontian, Johor.

Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor

Sewaktu cuti sekolah, kami sekeluarga berkesempatan melawat ke rumah makcik sambil menikmati juadah beriani ‘Homemade’ yang sangat menyelerakan. ‘Homemade’??... Ya… segala masakan dan persiapan dibuat di rumah dan di jual di kedai makan yang hanya terletak di hadapan perkarangan rumah beliau.  

Nasi Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor

Resepi Beriani Cikgu Atan


Beriani Cikgu Atan ini sebenarnya sudah tidak asing dikalangan penduduk setempat. Ia adalah resepi masakan turun temurun yang pada awalnya hanya dibuat berdasarkan tempahan memasak untuk majlis perkahwinan dan kenduri kendara, sama ada di dalam mahu pun luar negeri Johor. Ia juga menjadi hidangan tetamu sewaktu aku melangsungkan majlis perkahwinan hampir 15 tahun yang lalu… nostalgia.

Kini kebanyakkan urusan tempahan (catering) diuruskan oleh En. Afiz, anak kepada Cikgu Atan, salah seorang sepupu aku yang menetap di Johor Bahru. Manakala urusan harian di kedai makan ini pula diusahakan oleh Pn. Zaiton, seorang pesara jururawat di Hospital daerah Pontian. Beliau dibantu oleh rakannya dan sepupu aku yang lain.

Nasi Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor
Nasi Beriani sedia untuk di makan... yeay..
Nasi Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor
Lauk pauk untuk beriani, cukup memikat selera.
Nasi Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor
Asam pedas / gulai ikan mayong pun ader... *faveret Mem aku
Nasi Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor
Aku belum makan, dia orang ada yang dah habis licin...
Nasi Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor
Memang terbaik... gambar je kurang elok sebab kamera salah setting... maaf.. :)
Nasi Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor
Kenangan gambar sekeluarga di kedai makan Beriani Cikgu Atan.

Lokasi Kedai Makan Beriani Cikgu Atan


Kampung Rambah terletak di kawasan yang menghubungkan Bandar Pontian ke Tanjung Bin, Kukup dan juga Tanjung Piai yang dikenali sebagai lokasi titik penghujung selatan tanah besar benua Asia. Lokasi kedai makan ini pula terletak hanya 100 meter selepas pekan Rambah, di sebelah kiri jalan raya menghala ke arah Tanjung Bin, Kukup dan Tanjung Piai dari bandar Pontian. 

Perhatikan papan tanda Nasi Beriani Cikgu Atan bila berada di Kampung Rambah. Pasti akan ketemu jua… :D 

Nasi Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor

Kepada sahabat pembaca sekelian, sama ada warga Pontian atau sesiapa juga yang berjalan ke Pontian, Johor… Jangan lupa singgah untuk menikmati beriani ‘homemade’ terbaik. Anda boleh makan di sini atau ‘take away’… Psss.. kalau ‘take away’ kasi tapau banyak-banyak sebab takut yang mulanya hanya nak merasa, jadi makan bersungguh-sungguh nanti…

Nasi Beriani Cikgu Atan, Kampung Rambah, Pontian, Johor
Harga yang berpatutan... "alah membayar, menang memakan".. :D

Untuk tempahan (catering) majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi boleh hubungi maklumat di bawah :

Kedai Makan Beriani Cikgu Atan

No. 47, Kampung Rambah, 82000, Pontian, Johor Darul Takzim.

En. Afiz - 019 736 2506
Pn. Zaiton – 019 745 6192

*Beriani dihidang bermula jam 12:00 tengah hari sehingga 5:00 petang kecuali hari Sabtu.*

Makan sekali pasti teringat-ingat nak lagi… ‘Highly recommended by Khir Khalid’ hehee.. 

Sememangnya terbaik!!


Salam Hormat, Salam Berkat.



COMMENTS

BLOGGER: 119
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Beriani Cikgu Atan Di Kampung Rambah, Pontian, Johor.
Beriani Cikgu Atan Di Kampung Rambah, Pontian, Johor.
Kedai Makan Beriani Cikgu Atan di Kampung Rambah, Pontian, Johor.
http://2.bp.blogspot.com/-mBl_6oVmmc8/UzvZjciFONI/AAAAAAAAFdc/Xa1gGp28dLc/s1600/10155701_812260222121937_471563224_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-mBl_6oVmmc8/UzvZjciFONI/AAAAAAAAFdc/Xa1gGp28dLc/s72-c/10155701_812260222121937_471563224_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/beriani-cikgu-atan-di-kampung-rambah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/beriani-cikgu-atan-di-kampung-rambah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy