Ceramah Intervensi Bulan April 2014 – Parol WPKL

Ceramah Intervensi dan Motivasi ODP, Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.

Ceramah Intervensi Bulan April 2014 – Parol WPKL. Pada hari Isnin 14 April 2014, aku telah menyampaikan ceramah intervensi ODP yang diadakan di Pejabat Parol Daerah Gombak WPKL, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ia adalah sesi intervensi (pencegahan) yang menekankan aspek motivasi kesedaran sosial. Melalui sesi ini, aku telah membuka ruang bicara kepada peserta untuk berkongsi tentang pengalaman kehidupan mereka.

Ceramah Intervensi ODP, Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.

Pengisian Ceramah Intervensi Parol


Antara pengisian yang dapat dikongsikan dari ‘sharing session’ tersebut ialah tentang mengawal kemarahan (anger management). Kemarahan merupakan salah satu faktor yang menarik seseorang terjerumus kepada salahlaku sosial, penyalahgunaan dadah atau jenayah. Ia berpunca daripada kegagalan diri dalam mengawal emosi. Kemarahan tidak semestinya wujud disebabkan perselisihan faham semata-mata, tetapi ia juga disebabkan kurang perhatian, terasa dikonggong, cemburu, perasaan tercabar, ketinggalan dalam prestasi pembelajaran, persaingan kerjaya atau masyarakat sekeliling termasuk tidak mencapai apa yang dihajati. Sebenarnya banyak lagi punca yang boleh menjurus kepada kemarahan dalam kehidupan ini.  

Namun, tidak semua manusia menterjemahkan kemarahan dengan perilaku ‘marah’. Ada yang memendamnya hingga tertekan dan terdorong untuk melepaskan dengan cara negatif seperti menghiburkan diri dengan dadah, mabuk yang keterlaluan, percampuran seks bebas dan aktiviti-aktiviti haram yang lain. Ada juga yang memilih jalan untuk terlibat dalam kegiatan gangsterisme, samun, pecah rumah dan pelbagai lagi kegiatan yang memudaratkan masyarakat. Perlakuan tersebut dipercayai dapat meredakan tekanan yang terpendam dengan melepaskannya kepada individu atau situasi lain.

Mengawal Kemarahan Adalah Ujian Dan Peringatan Buat Insan.


Setiap manusia di muka bumi ini pasti diuji. Namun ujian dan ketentuan yang dihadapi setiap insan pastinya berbeza-beza. Pujuklah hati untuk menghadapi segala ketentuan itu dengan keredhaan. Ia sememangnya berkesan walaupun ada kala amat sukar. Keredhaan yang disulami dengan rasa syukur kerana masih bernyawa akan melahirkan rasa sabar. Kawal kemarahan dengan istighfar… Carilah jalan penyelesaian dalam redha dan menerima hakikat sebenar kehidupan ini. Ia mampu memadamkan perasaan marah yang lahir dari gangguan emosi bisikan syaitan. Setiap ujian yang ditempuhi dengan keredhaan berserta doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal dapat menjadi ibadah yang memudahkan jalan untuk kejayaan akhirat… in shaa Allah.

Kesempatan di sini, aku bermohon agar sudilah kiranya anda kongsikan sedikit nasihat dalam mengawal kemarahan mengikut lunas dan batas-batas agama serta fitrah kemanusiaan. Mudah-mudahan ia dapat menjadi perkongsian yang bermanfaat dan diberkati... aamiin.


Entri-entri Lain Yang Berkaitan

***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 58
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ceramah Intervensi Bulan April 2014 – Parol WPKL
Ceramah Intervensi Bulan April 2014 – Parol WPKL
Ceramah Intervensi dan Motivasi ODP, Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.
http://1.bp.blogspot.com/-Gz0z3WLgUgI/U06GYodwXjI/AAAAAAAAFuA/_R5B9JBxurw/s1600/10262232_820786947935931_3861187574877332974_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-Gz0z3WLgUgI/U06GYodwXjI/AAAAAAAAFuA/_R5B9JBxurw/s72-c/10262232_820786947935931_3861187574877332974_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/ceramah-intervensi-bulan-april-2014.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/ceramah-intervensi-bulan-april-2014.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy