Forum Krisis Ukraine Serta Pengaruh Terhadap Dunia.

Krisis Di Ukraine

Pada Sabtu (5/4/2014), aku telah telah menghadiri forum bertajuk Krisis Di Ukraine serta pengaruhnya terhadap dunia anjuran JUST International Movement di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur. Membincangkan serta memberi pencerahan terhadap krisis yang sedang berlaku di Ukraine termasuk pengaruh terhadap landskap sosio-politik dan ekonomi dunia. 

Forum diwakili 3 speaker iaitu pihak kedutaan Rusia oleh H.E. Ms Lyudmilla G. Vorobyeva (Ambassador of Russia to Malaysia), Mr. Bunn Nagara (Senior Fellow, Institut Of Strategic & International Studies) dan Dr Chandra Muzaffar (President, International Movement for a Just World). Moderator forum ialah Tengku Ahmad Hazri (Research Fellow, International Institute Of Advance Islamic Studies) yang menyandang jawatan 'Assistant Secretary-General of JUST'.

Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.

Pencerahan Krisis Ukraine Dan Crimea.


Antara pengisian yang menarik perhatian aku adalah pandangan Rusia yang mendakwa media barat tajaan Amerika Syarikat (A.S) dan Kesatuan Eropah (E.U) dianggap berat sebelah dan tidak benar dalam pemberitaannya. Disamping itu dengan wujudnya penulis bebas termasuk blogger tajaan Barat memburukkan lagi keadaan yang berlaku di wilayah autonomi Crimea pada waktu kini. Ia juga adalah salah satu perkara yang diperakui ramai oleh peserta-peserta yang hadir dalam forum ini.

Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.

Isu sosio-politik sebenarnya merupakan sesuatu yang baru untuk aku kongsikan di sini. Oleh itu, aku perjelaskan dengan cara yang ringkas dan mudah difahami tentang apa yang berlaku di Ukraine. 

Krisis di Ukraine tercetus bermula pada November 2013 apabila Presiden Victor Yanukovych enggan menandatangani perjanjian dengan Kesatuan Eropah yang dijangka dapat membantu Ukraine dalam mencapai kestabilan jangka panjang politik dan sosio-ekonomi negaranya.

Tindakan itu telah mencetuskan demonstrasi, rusuhan dan keganasan rakyat, mendesak agar presiden meletak jawatan sehingga perusuh berjaya menawan pejabat-pejabat kerajaan di Kiev yang mengakibatkan 89 orang terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera.

Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.

Peristiwa itu membawa kepada perlantikan Sergey Aksyonov sebagai Perdana Menteri kepada kerajaan sementara Ukraine yang telah menandatangani perjanjian "Treaty Of The Adoption" wilayah Autonomi Republik Crimea kepada Rusia. Malangnya, kebanyakan rakyat Ukraine berpendapat bahawa kerajaan sementara dan Perdana Menterinya ini adalah boneka kepada Moscow dan Rusia.

Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.

Pada 1 April 2014, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menghantar tenteranya ke wilayah Crimea, Ukraine atas tujuan keselamatan di wilayah yang majority rakyat beretnik dan berbahasa Rusia. Alasan kependudukan Rusia ini adalah disebabkan situasi tegang yang berlaku dan boleh mendatangkan ancaman kepada 46 juta rakyat Rusia di wilayah Ukraine yang merupakan tanah bekas Kesatuan Soviet itu. Selain itu, ia termasuk melindungi kepentingan armada Rusia di Laut Hitam.

A.S dan E.U menuduh Rusia mencabuli hak kedaulatan Ukraine dengan tindakan ketenteraan dan telah melanggar undang-undang antarabangsa dan Persefahaman Budapest yang telah dimaterai oleh A.S, Rusia, U.K dan Ukraine pada 1994 untuk mempertahankan Ukraine sebagai sebuah negara yang baru merdeka. Namun, ia disangkal Rusia kerana tindakan tersebut adalah untuk melindungi kepentingan penduduk Crimea yang secara majoritinya adalah etnik Rusia serta telah beroleh mandat dari kerajaan sementara Ukraine.

Percaturan Kuasa Besar Terhadap Krisis Di Ukraine.


Kini, yang menjadi isu besar bukan lagi Ukraine, tetapi percaturan kuasa-kuasa besar A.S, E.U dan Rusia yang membuatkan Ukraine semakin terhimpit. Rusia juga berpandangan strategik dengan melihat A.S dan E.U tidak mampu menyekatnya secara “total” disebabkan hubungan akrab Rusia dan China yang dapat mempengaruhi Majlis Keselamatan. Sebagai kuasa ekonomi dunia, China mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas A.S yang kini sedang bertarung dengan krisis ekonominya.

Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.
Bersama salah seorang wakil kedutaan Ukraine ke Malaysia

Dalam perbualan aku secara empat mata bersama pegawai kedutaan Ukraine di Malaysia, secara berterus terang menyatakan tentangan dan kebimbangan Ukraine terhadap Rusia, termasuk percaturan politik kuasa besar dalam isu kedaulatan Ukraine. Namun apakah daya mereka… segala urusan kedutaan Ukraine kini adalah dibawah penguasaan Kedutaan Rusia sepenuhnya. Walaupun ia boleh dikatakan sebagai mandat rasmi kerajaan sementara Ukraine kepada Rusia, ia pastinya bukan sesuatu yang diinginkan oleh sebuah negara merdeka. 

Melalui kedutaan Ukraine, aku berpeluang mendekati komuniti warga Ukraine di Malaysia untuk mendalami permasalahan dan pendapat mereka terhadap segala isu yang berlaku di negaranya atas nama hak kemanusiaan. Ianya juga akan menjadi salah satu perkongsian telus di blog ini dari masa ke semasa untuk pengetahuan, kesedaran dan kebaikan bersama kita semua.

Krisis Politik Di Ukraine
Bersama JUST International Movement & wakil Kedutaan Rusia

Krisis Ukraine Dan Isu Kemanusiaan Antarabangsa 


Untuk aku ke Ukraine? … Buat masa ini, biarlah aku selesaikan segala urusan dan tanggungjawab keluarga terlebih dahulu. Ia juga merupakan satu perjuangan yang utama pentingnya. Isu-isu kesedaran sosial yang terdapat di Malaysia dan pihak luar yang ada di sini juga masih tidak termampu untuk dikongsikan semuanya lagi. Belum berkemampuan lagi untuk ke arah itu. 

Jika diikutkan perancangan dan cita-cita, jika diberikan umur yang panjang dan masih diizinkan Allah swt, teringin aku perluaskan pengalaman dan pandangan kepada isu sosio-politikal antarabangsa, melihat "tuju-tuju besi" sama ada ke Ukraine, Palestin, Mesir atau ke mana jua… in shaa Allah.


COMMENTS

BLOGGER: 72
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Forum Krisis Ukraine Serta Pengaruh Terhadap Dunia.
Forum Krisis Ukraine Serta Pengaruh Terhadap Dunia.
Krisis Di Ukraine
https://1.bp.blogspot.com/-FSN5ZYVeTJ0/U0IuXdVZuII/AAAAAAAAFlE/kf5q1_i9CDw/s1600/IMG_1007.JPG
https://1.bp.blogspot.com/-FSN5ZYVeTJ0/U0IuXdVZuII/AAAAAAAAFlE/kf5q1_i9CDw/s72-c/IMG_1007.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/forum-krisis-di-ukraine-serta.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/forum-krisis-di-ukraine-serta.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy