Homoseksual Dalam Masyarakat Kita

Isu homoseksual Dalam Masyarakat di Malaysia.

Homoseksual Dalam Masyarakat KitaHomoseksual a.k.a HOMO

Masalah ‘kelainan’ tarikan seksual. Perempuan inginkan perempuan manakala lelaki pula bernafsu sesama lelaki. Ia adalah permasalahan yang telah wujud dari zaman ke zaman.

Pernahkah anda mendapati gejala ini berlaku di hadapan anda? 

Jika tidak, cubalah perhatikan dengan lebih teliti sewaktu ‘window shopping’ terutamanya di kompleks-kompleks membeli belah yang besar. Percayalah, golongan ini bukan sahaja subur di negara Barat, tetapi juga di Malaysia. 

Seriously.. subur! Bezanya, kegiatan mereka di sini kebanyakannya masih dijalankan secara sembunyi-sembunyi… secara ‘lebih sopan’, jaga line dan berwaspada, tetapi subur!

Homoseksual Dalam Masyarakat Kita

Homoseksual Dan Pandangan Masyarakat


Secara umum, kita memandang isu Homoseksual sebagai penyimpangan yang serius daripada norma kehidupan yang positif. 

Namun ianya berbeza di sesetengah negara Barat. Homoseksual dianggap sebagai satu naluri semulajadi manusia sehinggakan masyarakat mereka berbelah bahagi dalam menyatakan keputusan… ada yang pro dan kontra. 

Malah ia diperjuangkan secara terang-terangan sehingga dibahaskan di parlimen dan mendapat hak dari mahkamah untuk berkahwin. Berdasarkan kejayaan itu, ia juga mampu menjadi pencetus dan inspirasi kepada golongan di sini untuk memperjuangkannya.

Saya berpendapat homoseksual bukan disebabkan faktor genetik. Homoseksual adalah penyakit nafsu. Sebagaimana orang yang biasa berjudi, mencuri dan berpoya-poya, homoseksual juga susah untuk mengawal nafsu mereka apabila sudah terjebak. 

Secara jujur, ada diantara sahabat lelaki yang berperwatakan ‘lembut’ dan wanita yang bersifat ‘jantan’ tetapi tidak bermakna mereka itu gay atau pun lesbian. Mereka bukan homoseks, cuma faktor sifat sahaja yang menampakan sedemikian. Malangnya, ada manusia yang nampak normal tetapi homo. Permasalahan ini memang sukar dicegah melalui perundangan semata-mata.

Homoseksual Dalam Masyarakat Kita

Homoseksual Subur Di Malaysia


Kepada anda yang sedang mengkaji atau mempelajari tentang sains sosial sama ada di universiti atau sebagainya… kajilah isu Homoseksual ini

Apa yang perlu dilakukan ialah, menghabiskan masa seharian terutamanya sewaktu hujung minggu di kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur atau di bandar-bandar besar yang lain. Luaskan langkah anda ke lorong-lorong di kawasan membeli-belah, kawasan tangga kecemasan, di ruang atas bangunan yang selalunya hampir kosong dan lepaklah di kawasan pemuda-pemudi melepak. 

Lanjutkan pemerhatian hingga sebelah malam. Berbekalkan buku nota kecil dan sebatang pen, buat catatan terhadap pemerhatian. Anda pasti terkejut dengan statistik yang akan anda perolehi.

Homoseksual Bukan Isu Remeh


Homoseksual Dalam Masyarakat Kita

Kredit - Metro
Homoseksual bukan isu remeh. Kini, mereka sebenarnya dah amat-amat subur dikalangan kita… bangsa kita, kaum kita atau rakyat Malaysia. 

Malah hubungan homoseksual ini juga sudah mendapat pengiktirafan di beberapa pelusuk dunia. Janganlah memandang sepi isu ini hanya disebabkan kita sibuk dengan kontrak atau taksub memperjuangkan politik, pembangunan kerjaya, kemajuan dan sebagainya, sehingga menjadikannya sekadar isu remeh, taboo dan tidak intelek.

Kita perlu suatu usaha yang halus dari akar umbi dalam mencegahnya dari bertapak subur di bumi kita. Bukan sekadar menentang di media tapi perlaksanaan langsung tiada... propa sahaja.

Mereka yang telah tersasar perlu dibantu untuk kembali ke pangkal jalan. Toleransi psikologikal perlu dalam bermain dengah isu ini kerana yang buruk adalah perlakuan bukan orangnya yang tidak luput dari kesilapan dan dosa.   
  
Homoseksual adalah haram dan tiada kompromi terhadap perkara itu. 

Kaum seperti ini pernah dihapuskan Allah swt seperti dinyatakan dalam Surah Al-Ar’raaf (ayat 80-84). 

Jangan biarkan penyakit sosial ini terus menyebarkan tarikan separa sedar kepada ahli keluarga terutamanya remaja kita untuk terjerumus dalam kehancuran. Akibatnya akan kita semua tanggung bersama… nauzubillah. 

Peringatan dan renungan buat diri sendiri juga.

Homoseksual dalam masyarakat kita, kalian wajib baca artikel di bawah ini juga dan pilihlah mana satu hak yang kalian mahukan;

COMMENTS

BLOGGER: 79
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Homoseksual Dalam Masyarakat Kita
Homoseksual Dalam Masyarakat Kita
Isu homoseksual Dalam Masyarakat di Malaysia.
https://3.bp.blogspot.com/-f7AHto5thHQ/U0gGdeYcJLI/AAAAAAAAFpk/jtwX_7YjDeA/s1600/IMG_2921.JPG
https://3.bp.blogspot.com/-f7AHto5thHQ/U0gGdeYcJLI/AAAAAAAAFpk/jtwX_7YjDeA/s72-c/IMG_2921.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/homoseksual-dalam-masyarakat-kita.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/homoseksual-dalam-masyarakat-kita.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy