Inspirasi Dan Semangat Dalam Berblogging.

Inspirasi Berblogging, identiti blogger, best blog, blogger malaysia,

Sekadar berkongsi inspirasi dan semangat dalam berblogging. Inspirasi dari entri yang ditulis oleh sifu blogspot saudara Hasrul Hassan yang bertajuk Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Blogger Dikenali Ramai?... Satu entri nasihat kepada setiap blogger untuk direnungkan dan diperhalusi bersama. Ada yang berpendapat bahawa penjenamaan blog lebih penting untuk dikenali atau popular dari diri penulis itu sendiri. Apa yang pasti, setiap orang ada alasan dan matlamat yang tersendiri dalam berblogging.

Blog Pencetus Inspirasi Semangat

Secara jujur, hati aku pada mulanya lebih terarah kepada kerjaya sebagai motivator keusahawanan sosial dari berdiri sebagai seorang blogger sepenuh masa. Hasrat aku berblogging adalah untuk mengukuhkan kerjaya dalam segmen memperkasa pembangunan sosial di Malaysia.

www.khirkhalid.com
Kenangan bersama Drug Free Youth Association, Malaysia

Blog Sebagai Wadah Motivasi Sosial

Menjadi motivator dan usahawan sosial bukanlah sesuatu yang menyeronokkan jika tidak disertai minat dan niat. Jika di Barat, usahawan sosial umumnya terdiri dikalangan orang-orang yang telah stabil dalam kehidupan, kerjaya atau mempunyai latar belakang keluarga yang berkemampuan. Namun ia agak berbeza di Malaysia dan kebanyakan negara Timur. Walaupun ada segelintir yang sememangnya berkemampuan, kebanyakan usahawan sosial di sini masih terdiri dari mereka yang biasa-biasa sahaja. Kalau hendak menunggu kemunculan seperti kriteria yang ada di Barat… pastinya gejala sosial yang wujud pada waktu kini berada dalam keadaan yang lebih membimbangkan.

Serius… aku sendiri pun belum mampu untuk menjadi motivator mahupun blogger tersohor. Namun dengan seruan hati dan minat, aku usahakan mengikut kemampuan. Berdasarkan pahit manis dalam kehidupan, kerjaya dan sosial aku jadikan sebagai satu perjuangan untuk kebaikan diri dan juga orang lain. Pengalaman 22 tahun bermula awal remaja, berkecimpung dalam dunia muzik, belajar, bermastautin dan bekerja di negara orang, mengenal dunia hitam perniagaan, pelaburan, maksud kerugian, muflis dan kembali melangkah… Alhamdulillah… Melalui minat menulis, pengalaman pahit manis aku jadikan sandaran dalam aktiviti berblog sebagai wadah motivasi kepada yang memerlukan.

www.khirkhalid.com
Sahabat antara sumber inspirasi

Identiti Blogger Sebagai Inspirasi Kerjaya

Blog memberi aku semangat dan inspirasi dalam meneruskan usaha ini. Ia juga membuka peluang untuk aku jadikan sebagai tapak sebaran maklumat dan pendapat secara personal untuk rujukan dan kebaikan semua. Selain itu aku bersyukur kerana berpeluang menambah ramai kenalan yang membantu mengukuhkan kedudukan aku sebagai seorang Blogger Malaysia yang berwawasan.

Selagi diizinkan Allah swt, aktiviti terluang aku penuhi dengan “blogwalking” menyambung silaturrahim dan menimba ilmu dari yang lain. Seperti mana aku di luar, begitu jugalah aku di sini. Cuma sebagai manusia biasa tidak semua yang mampu aku lakukan. Maaf dipinta sekiranya ada kekurangan dan kesilapan.

Apa pula cerita anda? Inspirasi dan semangat anda dalam berblogging mahu pun kerjaya lain? Kongsi-kongsikanlah… sekurang-kurangnya perkara yang baik dapat diteguhkan bersama dengan doa kejayaan… aamiin.


Entri-entri lain yang berkaitan :


Salam Hormat, Salam Berkat.
Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 94
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Inspirasi Dan Semangat Dalam Berblogging.
Inspirasi Dan Semangat Dalam Berblogging.
Inspirasi Berblogging, identiti blogger, best blog, blogger malaysia,
https://4.bp.blogspot.com/-d-JmHNKYdMQ/U0nHpBQCrHI/AAAAAAAAFp4/Kbbrc-BO0OQ/s1600/IMG_2673.JPG
https://4.bp.blogspot.com/-d-JmHNKYdMQ/U0nHpBQCrHI/AAAAAAAAFp4/Kbbrc-BO0OQ/s72-c/IMG_2673.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/inspirasi-dan-semangat-dalam-berblogging.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/inspirasi-dan-semangat-dalam-berblogging.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy