Intervensi Dan Latihan Badminton Parol W.P. Kuala Lumpur

Parol WPKL, Intervensi ODP sukan badminton, Parol dan perkhidmatan komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Pada pagi Khamis (24/4/2014) telah diadakan program intervensi dan latihan badminton untuk bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur di Dewan Badminton Dato Keramat, Kuala Lumpur.

Intervensi ODP Parol & Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur

Latihan badminton dan intervensi Parol (ODP)


Ia merupakan program intervensi ODP dan latihan dalam komuniti, bertujuan untuk meningkatkan tahap kecerdasan kepada Orang DiParol (ODP) bersama-sama anggota dan sukarelawan Parol WPKL. Ia juga, merupakan pendedahan kepada ODP terhadap aktiviti yang bermanfaat sebagai sokongan agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan positif. Selain itu, ia juga merupakan latihan kelayakan untuk bersaing dalam program intervensi ODP peringkat zon tengah yang akan dipertandingkan nanti.

Intervensi ODP Parol & Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur

Badminton sebagai aktiviti intervensi Parol


Antara faktor sukan badminton menjadi pilihan dalam program intervensi sukan Parol adalah disebabkan faktor keselamatan. Ia merupakan sukan tertutup (indoor sport) seperti sukan bowling dan futsal yang telah dilaksanakan sebelum ini. Oleh kerana aktiviti sukan seperti ini merupakan proses pemutihan ODP ke dalam masyarakat, ia bukanlah bertujuan untuk sekadar berhibur dan beriadah semata-mata. Inilah salah satu proses intervensi, motivasi dan intergrasi ODP ke dalam masyarakat yang berkesan sebelum mereka dibebaskan sepenuhnya.

Sungguh pun begitu bila memperkatakan tentang faktor keselamatan, ia tidak bermaksud ODP ini tidak selamat atau mengancam keselamatan awam. Tetapi, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan sewaktu program intervensi ODP, ia menjadi tanggungjawab Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia untuk menanganinya. Maka, penelitian dan persediaan amat penting sebagai usaha mencegah dari berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Intervensi ODP Parol & Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur, Saidun Othman
Pengarah Parol WPKL PP Saidun Othman bersama anggota & sukarelawan Parol WPKL

Parol dan ODP


ODP adalah bekas penghuni penjara warga Malaysia yang telah melakukan kesilapan dan telah menerima serta menjalani hukuman mereka di dunia. Namun mereka adalah segmen insan yang layak diberi peluang kedua dengan pembebasan Parol melalui proses pertimbangan ketat pihak-pihak berwajib. Ia adalah pembebasan awal bersyarat dan diletakkan dibawah pengawasan serta penyeliaan bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.

Mereka (ODP) mempunyai insan-insan lain yang masih menyayangi mereka. Masih ada keluarga, ibu, bapa, adik-beradik, sahabat handai atau insan lain yang masih sanggup menerima dan tampil mengakui, memberi kepercayaan, sokongan serta pengharapan sepertimana anda pembaca sekelian. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab Parol dan Perkhidmatan Komuniti dalam usaha membantu proses integrasi mereka agar menjadi modal insan yang bermanfaat untuk kebaikan masyarakat dan negara... in shaa Allah. 

Selesai program intervensi dan latihan badminton, kami singgah menjamu selera nasi ayam daun pisang di Medan Selera Taman Setiawangsa.. memang best. Nak tau kedai mana kenalah cari sendiri huhu.. :D      
         
www.khirkhalid.com
Selfie nasi ayam daun pisang... yeah!!

Mudah-mudahan dengan peluang kedua dan sokongan yang diberikan dari pelbagai pihak dapat dijadikan landasan kepada ODP untuk kehidupan yang diredhai… aamiin.

Artikel-artikel yang berkaitan:

***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 60
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Intervensi Dan Latihan Badminton Parol W.P. Kuala Lumpur
Intervensi Dan Latihan Badminton Parol W.P. Kuala Lumpur
Parol WPKL, Intervensi ODP sukan badminton, Parol dan perkhidmatan komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.
http://3.bp.blogspot.com/-xRrV8JHeADc/U1lCzrxYEKI/AAAAAAAAFyU/kkyTCd55Nj4/s1600/1424495_825882027426423_1632394760862190025_n.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-xRrV8JHeADc/U1lCzrxYEKI/AAAAAAAAFyU/kkyTCd55Nj4/s72-c/1424495_825882027426423_1632394760862190025_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/intervensi-dan-latihan-badminton-parol.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/intervensi-dan-latihan-badminton-parol.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy