Memperkasa Integriti Umat Islam.

Maksud integriti, institut integriti malaysia,

Akhir-akhir ini, aku sering terlibat dalam perbualan yang melibatkan topik integriti. Sewaktu mesyuarat atau urusan kerja dengan pelbagai pihak, perkataan integriti ini sering diperkatakan.  Kebiasaannya ia akan merujuk kepada perlakuan individu dan terkait dengan organisasi, institusi mahu pun agensi. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan integriti ini?

www.khirkhalid.com
Institut Integriti Malaysia

Menurut Kamus Dewan; Integriti ialah kejujuran, ketulusan, dan keadaan yang sempurna dan utuh. Berdasarkan rujukan maksud integriti yang ditaja kerajaan memberi definasi sebagai “kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu atau sesebuah organisasi.” Oxford Dictionary pula mendefinasikan integriti sebagai : “The quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided and the condition of being unified or sound in construction.

Berdasarkan pemerhatian dan rujukan, aku simpulkan bahawa integriti berkait rapat dengan nilai etika dalam perlakuan individu dan mampu memberi kesan kepada organisasi dan masyarakat seluruhnya. Etika bukanlah undang-undang tetapi mirip kepada prinsip akhlak, moral, adat, dan peraturan. Ia berkait rapat dengan kejujuran, ketelusan dan kesopanan dalam kehidupan, sosial dan juga dalam setiap profesion kerjaya. Malah integriti sebenarnya didirikan bersandarkan maksud etika. Ia sememangnya penting untuk membentuk kehidupan yang makmur dan harmoni. Individu yang berintegriti pasti akan melaksanakan sesuatu tugasan atau misi yang diamanahkan dengan telus dan bertanggungjawab.

www.khirkhalid.com
Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia

Aku bukanlah seorang ahli pemikir yang bijak, tetapi sebagai Muslim aku berpendapat bahawa faktor utama yang penting untuk memperkasa sifat integriti adalah melalui penerapan iman. Konsep tunjang integriti sebenarnya telah sedia tertanam dalam Rukun Iman. Meyakininya dapat membentuk integriti diri yang lebih baik mengatasi pujian, pengiktirafan, bonus atau pangkat semata-mata. Jika kita meyakini rukun iman pasti ia mampu membentuk sifat amanah, tekun, rajin dan ikhlas dalam peribadi dan perlakuan seharian kita.

Sifat dan perlakuan khianat, tidak amanah, tidak bertanggungjawab, mengambil kesempatan, curi tulang, makan gaji buta, korupsi dan pelbagai lagi anasir negatif pasti akan dapat dihindarkan. Berpegang kepada Rukun Iman sebagai tunjang kehidupan, kita yakin bahawa Allah swt sentiasa melihat perlakuan dan malaikat tidak pernah lalai mencatat amalan kita. Kita percaya kepada Al Quran dan kitab, rasul dan nabi, hari kiamat dan juga qada’ dan qadar’ ketentuan Allah swt. Individu yang beriman pastinya mampu mengawal diri, peribadi, organisasi atau kehidupan ke arah kebaikan kerana dia pastinya dapat memiliki integriti sebagai seorang pemimpin yang baik.

Justeru, apa pendapat anda… Wajarkah penerapan Rukun Islam ini dijadikan modul serta panduan utama umat Islam dalam memperkasakan nilai integriti diri untuk kerjaya dan kehidupan?

Sesungguhnya ini juga menjadi peringatan buat diri aku. Mudah-mudahan menjadi perkongsian yang baik buat kita semua.. in shaa Allah.


Salam Hormat, Salam Berkat.



COMMENTS

BLOGGER: 29
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Memperkasa Integriti Umat Islam.
Memperkasa Integriti Umat Islam.
Maksud integriti, institut integriti malaysia,
http://3.bp.blogspot.com/-O_pXah2b5No/U18PZy4bnpI/AAAAAAAAF0k/h2JDcUbW-PU/s1600/IMG_0989.JPG
http://3.bp.blogspot.com/-O_pXah2b5No/U18PZy4bnpI/AAAAAAAAF0k/h2JDcUbW-PU/s72-c/IMG_0989.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/memperkasa-integriti-umat-islam.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/memperkasa-integriti-umat-islam.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy