MUSBASS Vintage Guitars & Bass Showroom

Musbass | kedai gitar vintage sungai buloh | showroom gitar dan bass vintage | gitar dan bass | SU Mall Saujana Utama | Sungai Buloh | Malaysia.

MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.

MUSBASS Vintage Guitars & Bass Showroom - Gitar dan bass… instrumen muzik yang senantiasa menarik perhatian ramai. Sekiranya anda seorang peminat muzik yang menjadikan gitar sebagai instrumen pilihan, pastinya akan menjiwai setiap bunyi petikan malah jeritan pesona yang ada pada gitar…

Kesempatan dihujung minggu, saya berpeluang meluangkan masa di MUSBASS 'Vintage Guitar & Bass Showroom' bersama pemiliknya, seorang pengumpul gitar dan bass 'vintage', 'klasik' dan 'rare' bertempat di SU Mall, Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor

Koleksi Gitar Dan Bass Vintage Terbaik MUSBASS

Mus atau lebih dikenali dengan panggilan MUSBASS adalah sahabat sekolah saya. Beliau memang dikenali sejak dialam persekolahan sebagai 'guitarist' dan 'bassist', juga antara “kaki jamming” terawal dikalangan rakan seangkatan. Berdasarkan pengalaman yang menjangkau lebih 20 tahun, minat beliau terhadap gitar dan bass dapat menghasilkan pendapatan sampingan yang baik walaupun masih bekerja sepenuh masa.

MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.
MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.

MUSBASS bukan sekadar menjual gitar dan bass seperti di kebanyakkan kedai-kedai muzik. Niche lebih tertumpu kepada 'vintage' iaitu jenis-jenis gitar dan bass terpakai yang mempunyai nilai “rare and collectable value” dipasaran tempatan dan antarabagsa. 

Segala gitar dan bass yang ada bukan sahaja diperolehi dari Malaysia, malah dari negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Jenama yang diperniagakan adalah dipercayai kualiti dan prestasi seperti Gibson, Fender, Yamaha dan pelbagai lagi. Malah sesetengahnya pernah dimiliki oleh artis-artis terkenal.

MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.
MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.

Minat Sebagai Sumber Inspirasi


Inspirasi dari minat yang mendalam, MUSBASS memulakan perniagaan gitar dan bass vintage secara online pada tahun 2006 dan terlibat dalam perniagaan di e-bay yang memperdagangkan gitar, bass dan segala peralatan vintage di pasaran antarabangsa. Kini beliau menjadikan showroom ini sebagai tapak urusan dan pertemuan pembeli yang terdiri daripada 'vintage collectors'.

Harga bergantung kepada jenama dan tahun dibuat, geran atau ‘warranty’ pengilang serta tempat asal ianya diperolehi, termasuk instrument ‘original’ yang terkandung dalam setiap gitar dan bass tersebut. Selain itu, pemilik asal gitar dan bass juga mempengaruhi harga yang ditawarkan.

Instrumen yang boleh diperolehi diperbuat sekitar tahun 60an, 70an, 80an, dan 90an serta masih dalam keadaan terjaga sepenuhnya. Secara purata harga adalah sekitar ribu, belas ribu dan menjejak puluhan ribu ringgit sesuai dengan nilai semasa pasaran sesuatu instrumen tersebut.

MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.
Gibson : Les Paul Custom Light Beauty (3 pick up) - 1973 (Black Beauty)
Antara gitar kesukaan Joe Wings...

Justeru, kepada ‘serious collectors’ gitar dan bass yang bertaraf ‘vintage, rare & collectable’, saya cadangkan agar menghubungi MUSBASS untuk temujanji.

Selagi anda tidak berjumpa dan meninjau sendiri stok 'rare' yang ada, sememangnya masih kurang lengkap koleksi anda. Ini kerana beliau sendiri merupakan 'collector' berpengalaman yang hanya mendapatkan instrument ‘vintage’ terbaik… sememangnya ‘rare’ di Malaysia...

Hubungi terus MUSBASS untuk temujanji :


MUSBASS – 018 363 3162
VINTAGE GUITAR & BASS SHOWROOM
SU MALL, SAUJANA UTAMA,
SUNGAI BULOH, SELANGOR.

MUSBASS Guitars & Bass Showroom, Saujana Utama, Sg Buloh.
Bersama bro MUSBASS dan instrumen-instrumen 'vintage' terbaik.

Apa lagi... dapatkan koleksi gitar dan bass 'vintage' dan 'rare' dari bro MUSBASS.

'Highly recommended!'


COMMENTS

BLOGGER: 87
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: MUSBASS Vintage Guitars & Bass Showroom
MUSBASS Vintage Guitars & Bass Showroom
Musbass | kedai gitar vintage sungai buloh | showroom gitar dan bass vintage | gitar dan bass | SU Mall Saujana Utama | Sungai Buloh | Malaysia.
https://3.bp.blogspot.com/-XNIAfjAUPl4/U1U8r-o_TvI/AAAAAAAAFws/zvvvSw-om0s/s1600/IMG_20140419_185051.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-XNIAfjAUPl4/U1U8r-o_TvI/AAAAAAAAFws/zvvvSw-om0s/s72-c/IMG_20140419_185051.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/musbass-vintage-guitars-bass-showroom.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/musbass-vintage-guitars-bass-showroom.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy