Catatan Kasih Seorang Ibu Di Pejabat Parol Gombak

Kasih seorang ibu, Parol Gombak, Parol wangsa maju, Perintah Kehadiran Wajib, PKW, KIP Kasim Sharif, Parol Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia

Catatan kasih seorang ibu di Pejabat Parol Gombak. Kesempatan Isnin 14 April 2014 yang lalu, aku berpeluang bertemu bual dengan seorang ibu dan anak lelakinya di perkarangan pejabat Parol Daerah Gombak, Wangsa Maju. Dengan ihsan keizinan bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL, aku luaskan coretan ini ke alam maya untuk dijadikan iktibar kepada pembaca yang dihormati sekelian. Sedikit olahan pada laporan agar lebih mudah dicerna, serta nama dan butiran peribadi yang tidak aku nyatakan demi menghormati sensitiviti maruah individu yang telah sudi berkongsi kisah teladan ini.     

Pejabat Parol Daerah Gombak, Wangsa Maju, KL, Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia

Kisah Harapan Dan Kasih Seorang Ibu


Berikut adalah kenyataan yang diberikan oleh Puan X, ibu kepada Johan (bukan nama sebenar) berdasarkan laporan yang telah dicatat.

***** 

Puan X, seorang ibu yang membesarkan 2 anak remaja, seorang perempuan dan seorang lelaki. Kedua-duanya dibesarkan dalam serba kemewahan sejak dari kecil kerana beliau suami isteri bekerja sebagai penyelia di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kedua-dua anaknya dibesarkan dengan bantuan pembantu rumah warga Indonesia. Kerana kesibukan bekerja menyebabkan beliau suami isteri terlepas pandang perkembangan anak-anak yang kurang kasih sayang di rumah.

Keadaan menjadi parah apabila suami Puan X meninggal dunia dan beliau berkahwin lain. Semakin hari, Puan X melihat perubahan anaknya yang semakin nakal tetapi tidak berani untuk menegur anak-anaknya kerana menyedari kesilapannya sendiri yang gagal memberikan kasih sayang sepenuhnya. Anak lelakinya Johan, seringkali tidak pulang ke rumah dan menetap bersama rakannya yang bekerja sebagai mekanik motosikal. Di sini bermula keterlibatan Johan dengan najis dadah, minum arak dan akhirnya terbabit dalam beberapa kes samun dan ragut.

Doa Ibu, Doa Yang Dimakbulkan.


Puan X telah berusaha pelbagai cara untuk melihat anaknya Johan sedar dan berubah. Akhirnya Johan telah ditangkap dan dijatuhi hukuman dibawah seksyen 412 Kanun Kesiksaan kerana memiliki barangan curi. Melalui penghakiman, Johan telah diperintahkan menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama 3 bulan (5 hari seminggu, 3 jam sehari) dengan bon jaminan sebanyak RM 4,000.00.

Sewaktu hukuman dijalankan, Johan telah melakukan kerja wajib di Masjid Usamah bin Zaid, Rumah Anak-anak Yatim Bt 5 Gombak, Perkuburan Islam Kg Cangkat Gombak dan Rumah Perantaraan WPKL. Selain itu, beliau telah diberi bimbingan kesedaran agama dalam aktiviti anjuran Majlis Agama Islam WPKL. Beliau juga dibimbing melalui kaunseling jenayah dari pegawai polis, aktiviti bersama komuniti termasuk penglibatan dalam aktiviti sukan bersama belia dan pegawai parol.

Johan telah menunjukkan perubahan tingkahlaku yang positif. Beliau insaf, sedar dan mula menerima nasihat ibu dan keluarga serta mula menghormati orang lain. Setelah tamat menjalani Perintah Kehadiran Wajib, Puan X telah mengadakan majlis kesyukuran dan bacaan doa di Pusat Kehadiran Wajib Daerah Wangsa Maju, demi merafakkan kesyukuran atas hikmah yang telah berlaku.

Pejabat Parol Daerah Gombak, Wangsa Maju, KL, Parol WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.
Kasih ibu terhadap anak tiada terungkap dengan kata-kata...

Kini, Puan X sangat berharap agar Johan boleh dibenarkan terus mendapat bimbingan dari Pegawai Pusat Kehadiran Wajib dan mengikuti aktiviti yang dijalankan. Johan juga menyatakan kesyukuran dan penghargaannya apabila mendapat sentuhan nasihat terus dari Pengarah Parol WPKL, Pengarah dari Ibu Pejabat Parol, Jabatan Penjara Malaysia dan kesudian Yang Berbahagia TKJP Dato’ Hj Hassan bin Hj Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia yang telah meluangkan masa, turun padang mendekati, menasihati dan beramah mesra melalui Program Penjara Sejahtera pada 21 Mac 2014.

Kenyataan Puan X ini telah direkodkan pada 27 Mac 2014, jam 10:00 pagi selepas mengadakan Majlis Kesyukuran dan bacaan doa selamat oleh Pegawai PKW di Pejabat Pusat Kehadiran Wajib Wangsa Maju, WPKL.

Kredit Sumber Laporan :KIP Kasim Bin Sharif(Pegawai Pusat Kehadiran Wajib, Daerah Wangsa Maju, WPKL)

  
 *****

Mudah-mudahan dengan kesedaran yang diperolehi Johan dapat menyelamatkan jiwanya dari terjerumus ke lembah kehancuran. Semoga mendapat berkat kasih dan doa ibu demi kebahagiaan di dunia dan akhirat… aamiin.

Sama-samalah kita jadikan iktibar pengajaran tentang betapa besarnya semangat, jasa dan pengorbanan seorang ibu.

Artikel lain yang berkaitan : >>>> Perintah Kehadiran Wajib (PKW)

***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 100
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Catatan Kasih Seorang Ibu Di Pejabat Parol Gombak
Catatan Kasih Seorang Ibu Di Pejabat Parol Gombak
Kasih seorang ibu, Parol Gombak, Parol wangsa maju, Perintah Kehadiran Wajib, PKW, KIP Kasim Sharif, Parol Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia
http://4.bp.blogspot.com/-Mo7a6oZTjMA/U1BELGiGe5I/AAAAAAAAFuQ/99Dqa776WM8/s1600/Edited+Pic1.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-Mo7a6oZTjMA/U1BELGiGe5I/AAAAAAAAFuQ/99Dqa776WM8/s72-c/Edited+Pic1.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/pengorbanan-ibu-sepanjang-hayat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/pengorbanan-ibu-sepanjang-hayat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy