Peristiwa Di Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor.

Kemalangan di lebuhraya PLUS, Pagoh, Pengalaman seram mistik, Hantu Pagoh, Jin Pagoh, Racing di pagoh, hantu di highway, hantu lebuhraya, hantu plus pagoh

Peristiwa di Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor. Pada minggu lepas, hati aku tersentap membaca pengalaman dari seorang sahabat blogger kak Lynn Munir tentang peristiwa yang beliau sekeluarga alami di R&R lebuhraya PLUS Pagoh. Betul-betul buat aku sentap. Boleh baca entri beliau di >>>  SINI.

Penangan Lebuhraya PLUS Pagoh


Bukan saja-saja nak cerita, tetapi terpanggil berkongsi peringatan dan pengajaran tentang penangan Lebuhraya PLUS Pagoh. Peristiwa yang berlaku ketika usia aku 23 tahun, diwaktu berkereta ‘modified’ menjadi salah satu aktiviti kegemaran. Dengan pendapatan ketika itu yang agak stabil, banyak juga duit lebur untuk kereta… dari Satria, Civic Bullet, Accord hinggalah C230 keluaran 1999 yang akhirnya terpaksa aku batalkan hasrat untuk “convert” ke model E36 sport disebabkan kegawatan… Kepada yang mengenali, pasti tahu pengalaman kami diwaktu 'team' Chicago Bears dan Putera Racing menjadi perbualan kaki-kaki kereta.

Accord 2.2 Vtec - Kemalangan di lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor

Gambar di atas adalah antara kereta yang pernah dimiliki. Kejadian memberi pengajaran ini berlaku pada 24 Disember 1999 sekitar jam 11:45 malam… beberapa minit sebelum tarikh sambutan perayaan Krismas. Aku dalam perjalanan pulang ke kampung bersama isteri yang sarat mengandung. Memandu dengan laju, mungkin disebabkan darah muda masih mereju dalam diri. Meluncur di lorong kanan dari Kuala Lumpur sehinggalah melepasi R&R Lebuhraya PLUS Pagoh dan mendekati sebuah kereta Daihatsu Charade yang bergerak di lorong kiri lebuhraya. Namun apabila aku hendak memotong, Charade itu meluncur laju seolah-olah mengajak aku ‘bermain’.

Atas bebelan isteri, aku perlahankan kereta dalam kelajuan menurun 175 km sejam. Hati terdetik bagaimana sebuah model Daihatsu Charade keluaran awal 80an boleh selaju itu tanpa sebarang modifikasi… segalanya standard.. Dari suluhan lampu kereta, jelas kelihatan warna putih kusam dengan karat dan lubang di badan kereta. Charade itu terus meluncur di lorong kiri mengikut kelajuan aku tetapi sedikit dihadapan. Ini menyukarkan aku untuk ke lorong kiri mahupun memecut lebih laju lagi.

Honda Accord 2.2 Vtec - Kemalangan di Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor.
Honda Accord 2.2 Vtec - Kemalangan di Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor.
Enjin Vtec 2.2 yang ranap...

Dengan perasaan geram… aku menaikkan lampu (beam). Alangkah terkejut bila mendapati kereta itu tidak mempunyai pemandu.. betul!!.. jelas nampak steering dan seat yang kosong. Tergamam… aku cuba memperlahankan kereta, namun brek aku tidak mencengkam… kereta aku meluncur terus hingga secara tiba-tiba, steering aku disentap ke arah kiri. Cuba bertindak balas membuatkan kereta aku terhoyong hayang hilang kawalan. Akhirnya kereta aku merempuh besi penghadang lebuhraya dan melambung 360 darjah berputar ke udara.

Kereta aku mendarat terhumban dibahagian hadapan dalam keadaan terbalik. Jelas kelihatan percikan api akibat geselan besi kereta kerana terseret sebelum terhenti hampir 100 meter dari tempat rempuhan. Mujur isteri aku masih melekat di seatnya kerana tali pinggang keledar yang dipakai. Aku tidak memakai tali pinggang keledar... hanya berpaut pada steering dan badan aku terlantar dibumbung kereta. Huhh.. Alhamdulillah.. semuanya kuasa Allah swt. Kami selamat tanpa sebarang kecederaan… Sekiranya aku tak silap, kejadian ini berlaku di kilometer 137.8, lebuhraya PLUS Pagoh arah selatan.

Honda Accord 2.2 Vtec - Kemalangan di Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor.
Nampak jelas kesan besi pembahagi jalan di bonet akibat hentaman pusingan yang kuat

Peristiwa Mistik Lebuhraya PLUS Pagoh


Dipendekkan cerita… ketika aku membuat laporan kemalangan di balai polis Pagoh. Pegawai yang mengambil laporan terlebih dahulu berkata… “kalau kat Karak sibuk dengan kereta Wolkswagen buruk, kat sini kita ada Charade lama encik..” Menurut beliau lagi… “lebuhraya kat Pagoh ni memang bersetan.. banyak benda halus… itu pun kalau encik nak percayalah”… “saya cakap sebagai kawan je ni, lagi pun ramai yang kena… ada yang selamat, ada yang innalillah…”. Menurut beliau lagi, pada minggu lepas dan dua minggu sebelumnya juga telah berlaku kemalangan di kawasan sekitar. Tetapi kedua-dua kemalangan itu telah meragut semua nyawa.

Kemalangan di Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor.
Kenangan terakhir dengan "Rhu Watanabe" (25/12/99)..
tak sweet langsung muka aku time ni huhu..
Kini, minat aku terhadap dunia kereta dan trend ‘fast & furious’ ni dah lama terkubur. Ia menambah lagi keinsafan setelah isteri aku selamat melahirkan anak pertama pada tahun 2000. Namun, ada satu perkara yang aku musykil sehingga kini tentang suasana semasa kemalangan itu. Sewaktu kesibukan kereta lain berhenti, menolong serta kesibukan lori tunda menarik kereta… boleh ada ramai budak-budak kecil bermain berkejar-kejaran di kawasan semak dengan semua hanya memakai seluar pendek pada sekitar jam 12 malam. Tambahan lagi, tiada perkampungan yang terdapat di kawasan sekitar. Pagar, parit besar dan semak telah memisahkan antara kawasan Lebuhraya PLUS dengan gaung, belukar dan ladang kelapa sawit yang gelap gelita.

Biarpun ada kawan-kawan yang mempersendakan atau mempersoalkan cerita aku tentang budak-budak itu. Ada juga yang cakap..”dah accident ada mistik la pulak”.. lantak koranglah nak percaya ke tak... Sesungguhnya, kejadian pelik itu memang berlaku. Ia menjadi persoalan yang meninggalkan aku dan isteri dalam kemusykilan sehingga ke hari ini. Apa pun beringatlah kalau lalu di kawasan tersebut.

Lebuhraya PLUS Dan Charade Putih


Justeru, ingin aku bertanya, ada tak sesiapa diantara pembaca sekelian yang pernah berentap dengan Charade putih ni di Hiway Pagoh?... Berhati-hatilah.  

Charade Putih - Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor.
Gambar Google - Charade tu lagi kusam dan tak terjaga daripada ini.

Haru-biru, ngeri, pelik, musykil... semuanya menjadi pengajaran untuk aku sentiasa beringat. Syukur Alhamdulillah kerana masih dikurniakan kehidupan buat kami… Subhanallah walhamdulillah.


Salam Hormat, Salam Berkat. 
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 114
Loading...
Name

Bisnes,45,Blogging,147,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,119,Familia,35,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,108,Intervensi,27,INTI,34,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,139,MDEC,3,Motivasi,118,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,46,RWGenting,28,Sosio-Pendidikan,90,Sunway,7,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Peristiwa Di Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor.
Peristiwa Di Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor.
Kemalangan di lebuhraya PLUS, Pagoh, Pengalaman seram mistik, Hantu Pagoh, Jin Pagoh, Racing di pagoh, hantu di highway, hantu lebuhraya, hantu plus pagoh
http://4.bp.blogspot.com/-FNjV3sNaZJY/U10VS7Ig_WI/AAAAAAAAF0A/hPxGBn0mj5A/s1600/accordaccident99.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-FNjV3sNaZJY/U10VS7Ig_WI/AAAAAAAAF0A/hPxGBn0mj5A/s72-c/accordaccident99.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/peristiwa-dan-pengajaran-di-lebuhraya.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/peristiwa-dan-pengajaran-di-lebuhraya.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy