Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh
Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh – Pada minggu lepas, hati aku tersentap membaca pengalaman dari seorang sahabat blogger kak Lynn Munir tentang peristiwa yang beliau sekeluarga alami di R&R lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor. Betul-betul buat aku sentap. Boleh baca entri di >>>  SINI.
 
Bukan saja-saja nak cerita, tetapi terpanggil berkongsi peringatan dan pengajaran, penangan Lebuhraya PLUS Pagoh yang berlaku ketika usia aku 23 tahun. Masa tu berkereta ‘modified’ menjadi salah satu aktiviti kegemaran… suka test power… tapi bukan kaki lumba haram!

 

Semasa pendapatan ketika itu yang agak stabil, banyak juga duit labur dan lebur untuk kereta… dari Satria, Civic Bullet, Accord hinggalah C230 sebelum bertukar bidang keusahawanan sepenuh masa secara independent. Kepada yang mengenali, pasti tahu pengalaman masa ‘team’ Chicago Bears dan Putera Racing menjadi perbualan kaki-kaki kereta…

Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh

 

Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh

 
Gambar di atas adalah antara kereta yang pernah dimiliki. Kejadian memberi pengajaran ini berlaku pada 24 Disember 1999 sekitar jam 11:45 malam… beberapa minit sebelum tarikh sambutan perayaan Krismas.

 

Aku dalam perjalanan pulang ke kampung bersama isteri yang ketika itu sarat mengandung anak pertama. Memandu dengan laju, mungkin disebabkan darah muda masih mereju dalam diri. Meluncur di lorong kanan dari Kuala Lumpur sehinggalah melepasi R&R Lebuhraya PLUS Pagoh dan mendekati sebuah kereta Daihatsu Charade di lorong kiri lebuhraya. Namun apabila aku hendak memotong, Charade itu meluncur laju seolah-olah mengajak aku ‘bermain’.

 
Atas bebelan isteri, aku perlahankan kereta dalam kelajuan menurun 175 km sejam. Hati terdetik bagaimana sebuah model Daihatsu Charade keluaran awal 80an boleh selaju itu tanpa sebarang modifikasi… segalanya standard.. Dari suluhan lampu kereta, jelas kelihatan warna putih kusam dengan karat dan lubang di badan kereta.

 

Charade itu terus meluncur di lorong kiri mengikut kelajuan aku tetapi sedikit dihadapan. Ini menyukarkan aku untuk ke lorong kiri mahupun memecut lebih laju lagi.

Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh
Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh
 
 

Dengan perasaan geram… aku menaikkan lampu (beam). Alangkah terkejut bila mendapati kereta itu tidak mempunyai pemandu.. betul!!.. jelas nampak steering dan seat yang kosong!

Tergamam… aku cuba perlahankan kereta, namun brek tidak mencengkam… kereta meluncur terus hingga secara tiba-tiba, steering disentap ke arah kiri. Cuba bertindak balas membuatkan kereta terhoyong hayang hilang kawalan. Akhirnya kereta aku merempuh besi penghadang lebuhraya dan melambung 360 darjah berputar ke udara.

 
Kereta mendarat terhumban dibahagian hadapan dalam keadaan terbalik. Jelas kelihatan percikan api akibat geselan besi kereta kerana terseret sebelum terhenti hampir 100 meter dari tempat rempuhan. Mujur isteri aku masih melekat di seatnya kerana tali pinggang keledar yang dipakai. Aku tidak memakai tali pinggang keledar… hanya berpaut pada steering dan badan aku terlantar dibumbung kereta.

 

Huhh.. Alhamdulillah.. semuanya kuasa Allah swt. Kami selamat tanpa sebarang kecederaan… Sekiranya aku tak silap, kejadian ini berlaku di kilometer 137.8, lebuhraya PLUS Pagoh arah selatan.

Peristiwa Lebuhraya Plus Pagoh, Muar,

Lebuhraya Pagoh Dan Charade Putih

Dipendekkan cerita… ketika aku membuat laporan kemalangan di balai polis Pagoh. Pegawai yang mengambil laporan terlebih dahulu berkata… “kalau kat Karak sibuk dengan kereta Wolkswagen buruk, kat sini kita ada Charade lama encik..”… “lebuhraya kat Pagoh ni memang bersetan.. banyak benda halus… itu pun kalau encik nak percayalah”… “saya cakap sebagai kawan je ni, lagi pun ramai yang kena… ada yang selamat, ada yang innalillah…”.

Menurut beliau lagi, pada minggu lepas dan dua minggu sebelumnya juga telah berlaku kemalangan di kawasan sekitar. Tetapi kedua-dua kemalangan itu telah meragut semua nyawa.

 
Kemalangan di Lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor.
Kenangan terakhir dengan “Rhu Watanabe” (25/12/99)..
tak sweet langsung muka time ni huhu..
Kini, minat aku terhadap dunia kereta dan trend ‘fast & furious’ ni dah lama terkubur. Ia menambah lagi keinsafan setelah
isteri aku selamat melahirkan anak pertama pada tahun 2000.

 

Namun, ada satu
perkara yang aku musykil sehingga kini tentang suasana semasa kemalangan itu. Sewaktu
kesibukan kereta lain berhenti, menolong serta kesibukan lori tunda menarik kereta… boleh ada ramai budak-budak kecil bermain berkejar-kejaran di kawasan semak dengan semua hanya memakai seluar pendek pada sekitar jam 12 malam. Tambahan lagi, tiada perkampungan yang terdapat di kawasan sekitar. Pagar, parit besar dan semak telah memisahkan antara kawasan Lebuhraya PLUS dengan gaung, belukar dan ladang kelapa sawit yang gelap gelita.

 
Biarpun ada kawan-kawan yang mempersendakan atau mempersoalkan cerita aku tentang budak-budak itu. Ada juga yang cakap..”dah accident ada mistik la pulak”.. lantaklah nak percaya ke tak…

 

Sesungguhnya, kejadian pelik itu memang berlaku. Ia menjadi persoalan yang meninggalkan aku dan isteri dalam kemusykilan sehingga ke hari ini. Apa pun beringatlah kalau lalu di kawasan tersebut.

Daihatsu Charade PLUS Pagoh

Justeru, ingin aku bertanya, ada tak sesiapa diantara pembaca sekelian yang pernah alami, berentap dengan Charade putih macam dalam gambar di atas tu (kredit Google) di Highway Pagoh?… berhati-hatilah kalau lalu area tu… area panas.
 

Haru-biru, ngeri, pelik, musykil… semuanya menjadi pengajaran untuk aku sentiasa beringat. Syukur Alhamdulillah kerana masih dikurniakan kehidupan buat kami… Subhanallah walhamdulillah.
 

 

118 Thoughts to “Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh”

  1. Sheera Azmy

    Seram sejuk je bila baca. Naik bulu roma. Act sy dari Muar. Selalu jugak lalu. Tapi baru pernah dengar cerita ni.

    1. Sampai sekarang pun peristiwa ni masih terkesan dlm diri saya… salam ceria buat orang Muo. T kasih Sheera.. 🙂

  2. ikhwan yusuff

    ngeri pulak membacanya….menimbulkan banyak persoalan…Hanya Allah yg tahu apa semua itukan En.Khir…Apa2 pun En.Khir sekeluarga terselamat..

    1. Alhamdulillah Ikhwan.. mmg sgt2 bersyukur sbb selamat tanpa sebarang kecederaan lagi.. syukur sgt2..

  3. Vanessa Ricky

    Ohhh. Kenapa diri ini membaca entry ini waktu mlm.. T_T

    1. Hihii.. mmg misteri… T kasih Vanessa.. 🙂

  4. Nasib baik bro selamat..kalau tak mungkin tak sempat tulis blog ini…

    Jumpa lagi dan jemput singgah ke blog Hero Borneo

    1. Alhamdulillah bro Hanafi.. mmg betul, klu tak dah tak wujud dah.. syukur sgt2…

  5. Ayu Zan

    pagoh ni banyak dengr kisahnya. ada perkampungan makhluk halu*. wallahu a'lam.
    sememangnya ada makhluk lain slain kita manusia.
    syukur en khir dan isteri selamat

    1. Itulah.. lepas2 kejadian ni, mcm2 saya dengar ttg hiway pagoh ni..mmg syukur sgt2. Hanya kpd Allah jua kita berlindung dari keburukan diri sndiri & kejahatan makhluk2.. aamiin.

  6. Alhamdulillah….selamat dan masih dipanjangkan usia Khir sekeluarga…
    Takut la pulak baca kisah mistik malam2 ni…huhu..

    1. Smpi skrng pun masih terkesan dlm diri ni, especially klu lalu situ time mlm2… mmg syukur sgt2…

  7. ain diyana

    eeeeeerrr….. takutttnyerrrrrr…. pengajaran untk kita semua agar lebih berhati dijalan raya lepas ni..

    1. Mmg menjadi peringatan yg mendalam buat diri saya Ain.. mudah2an menjadi peringatan yg baik.. aamiin.

  8. RDZ Z

    Alhamdulillah selamat. .kalau tak mesti tak kenal siap Mr Khir..the activist..nway, kita percaya kewujudan makhluk halus ni..cuma minta dijauhkan Allah ditemukan dengan mereka.

    1. RDZ Z

      LAZADA & libresse for you..

    2. Hehee.. Alhamdulillah.. mmg syukur sgt2 Raudzah. Mmg klu boleh lebih baik dihindarkan dari berjumpa benda2 & keadaan yg plik2 ni.. tak larat nak melayan lah… nauzubillah…

  9. MyCherita

    maaf bertanye tuan khir… model Charade rase nya dari keluarga Daihatsu… bukan dari keluarga toyota.. kalau ikut gambar dari tuan khir tu.. itu model Daihatsu Charade CX 5 door…..dulu2 sy memang minat model charade ini, lagi2 model dari G200 version detomaso GTi…kalau ada toyota yang lebih kurang bentuk charade ini mungkin seperti dari model toyota starlet..maafkan sy, sy cuma beri pendapat sahaja..

    1. MyCherita

      kita ada minat yg sama lagi tuan.. sukan kereta..^_^ tapi sayang nya enjin v-tec 2.2 tu.. zaman dulu dah kira power dah tu.. kalau tak silap, tuan punye kereta ni bukan ke "honda Jerung"..??

    2. Oh.. hehee.. saya tersilap.. konfius lama x ingat jenamanya. Mmg konfirn Charade bukat Starlet.. tersalah jenama toyota pulak. T kasih MC atas pembetulan, akan saya perbetulkan. T kasih.. 😀 😀

    3. Klu starlet yg baru sikit time tu ada turbo… saya minat jugak tu.. starlet 1.3 turbo. Tp yg ni confirm bukan starlet.. 😀

    4. Betul tu MC.. honda jerung hehee. Paling syok dengar bunyi vtec dia bukak… ttraaannggggg.. 😀 😀

    5. MyCherita

      itu la keseronokan pakai v-tec..apa bila vtec dia bukak…lagi-lagi kalu vtec buka smpai 2 kali… lg best dengar bunyi enjin dari dgr radio…hehehehe

    6. Fuuhhh adoii… mmg syookkk.. itu yg mereju menyusup je hahaa… huuuhh mmg best2.. 😀 😀

  10. syukur kerana Khir sekeluarga selamat. tak ramai manusia yang bersyukur berbanding dengan manusia yang lebih banyak meminta itu dan ini dalam doanya. sujud syukur diakhir solat kamu.

    jangan terlalu banyak berfikir akan apa yang Allah ingin sampaikan. boleh jadi gila. jalani hidup ni dengan lebih baik untuk jadi manusia yang lebih baik dari hari semalam.

    perancangan Allah, takde siapa yang tahu.

    1. Alhamdulillah kak Mas.. mmg syukur sgt2.. t kasih atas nasihat & peringatan juga kak Mas..

  11. fayreen mizan

    Teruk juga condition kereta ya.. nasib baik Khir sekeluarga selamat.. kat area Pagoh yek..

    1. A ah.. area Pagoh.. nasib baik juga tak landing direct kat bumbung, klu tak, mau ranap badan atau kepala kami.. Alhamdulillah.. syukur sgt2 Fayreen…

  12. Kucing Hitam

    Fuyooo ngeri nya abg alhamdulillah selamat

    1. Alhamdulillah.. nasib baik takda budak atau anak2 time tu. Saya terfikir yg mungkin mereka boleh tercampak ke luar mcm beg & barang2.. nauzubillah. Alhamdulillah KH.. syukur…

  13. kami selalu lalu area ctu tapi belum pernah mengalaminya..

    1. In shaa Allah slamat selalu Mar.. ni waktu jiwa muda, mmg senang nak diganggu emosi & sebagainya.. wallahualam…

  14. errk … alhamdulillah abg khir dan isteri selamat. Sejak dari dulu hiway memang tempat jin bertendang huhu. Kena hati2, tapi maklumla darah mudah panas menggelegak masa tu hehe.

    1. Alhamdulillah kenit.. syukur sgt2. Waktu ni mmg Allah nak bagi kesedaran.. nasib baik masih diberi peluang hidup lagi… subhanallah..

  15. Nurul Hidayah

    Alhamdulillah Khir, Allah masih panjangkan hayat dengan wife.. memang seram Nurul baca posting ni.. Keta takde driver dgn budak2 bermain tu.. Syukur sangat2 Khir sekeluarga takde ape2.

    1. Mmg syukur sgt2 Nurul… Alhamdulillah.. smpi skrng pun ttp beringat klu lalu situ. Mmg tak speed dah… takut…

  16. seramnya..tak dpt digambarkan.tapi syukur juga semuanya selamat kan

    1. Klu ingat2 balik mmg mcm mistik.. syukur sgt2 sbb selamat Lya.. alhamdulillah…

  17. Yumida Huda

    alhamdulillah. semuanya selamat. baca kisah atas tu terasa seriaunya. tgk gambar tu…fuh..nasib baik xde apa2 kecederaan teruk. seram gak..xde pemandu, n budak2 yg main kat semak tu…

    1. Mmg seram bila mengenangkan Yumida.. tak pastilah klu boleh smpi status trauma sbb bila drive balik rumah mlm2 kdg2 teringat jadi takut juga.. masih rasa seramnya sampai kehari ni.. tp syukurlah… alhamdulillah, selamat.

  18. acik idah

    Remuk teruknya kereta tu… syukur khir & wife tak ada apa2… tentang cerita mistik tu… tak ada yang mustahil… mereka juga hamba allah… cuma kita bila nak memulakan perjalanan tu baca la doa naik kenderaan atau sekurang2nya bismillah…

    1. Mmg syukur sgt2 Idah.. terus terang dulu2 kdg2 ingat2 lupa juga nak baca2 ni huh.. mmg pengajaran & peringatan betullah. Syukur sgt2 selamat.. alhamdulillah.. & mmg selalu beringat skrng ni..

  19. Lynn Munir

    Haa…dah kongsi pun kisah seramnya. Memang pada orang yang tidak pernah kena dia akan kata kawasan tu ada angin lintang. Mana ada angin lintangkan Khir ? Tapi kisah Khir ni memang menyeramkan. Setahu akak kalau kat Ipoh je ada kereta tanpa driver. Kalau lepas menuruni cerun di Ipoh waktu malam memang xde le nak race dgn kereta Daihatsu Chrade keler kuning ( pun tanpa pemandu ). Jangan dibuat. Jurang perginya nanti.

    1. Org yg belum terjebak dgn benda2 mistik ni mmg takde perasaan halus yg susah kita nak cakap.. bolehlah diaorg keluarkan teori intelek sains alam diaorang selagi tak kena.. klu dah terjebak, baru ada akai hahaa..
      Alhamdulillah.. syukur sgt2 kak Lynn sbb selamat. Sebenarnya, klu saya tak merempuh divider & berpusing balik ke jalan… mmg dah terjunam dah.. syukur sgt2.
      Disebabkan kejadian ni, saya pun pernah dengar ttg charade kuning tu.. ahhh.. mmg taknak cari pasal lah.. serik sungguh.. tutup buku lah bab2 kereta & race ni. Guna kenderaan utk keperluan yg betul je dah… mmg kisah akak tu buatkan saya seriau.. Pagoh mmg panas…. wallahualam..

  20. masyaallah kereta tak ade pemandu…
    seram rasanya,nasib baik en khir & family selamat…
    lepas nie kena hati2 bila terjumpa kereta tu,takut pulak..

    1. Alhamdulillah syukur Haslinda… mmg amat terkesan dlm diri saya klu diingatkan hingga ke hari ini…

  21. wahh seram juga membacanya.. alhamdulilah semua selamat

    1. Baik2 klu lalu kawasan Pagoh tu Acik.. alhamdulillah.. syukur sgt selamat…

  22. meremang bulu roma niesa membaca..xboleh dibayangkan kereta tanpa pemandu..eiii..seramm…nasib baik semuanya selamat..

    1. Mmg sungguh2 terpranjat saya waktu tu Niesa.. Alhamdulillah.. syukur selamat..

  23. saya tak pernah lagi lalu lebuhraya tu
    tapi karak biasa lalu =)
    cerita en khir kali ni suspendlah!
    mujur tak jadi apa-apa ye, alhamdulillah

    1. Alhamdulillah Yana.. mmg syukur sgt2. Mudah2an menjadi peringatan utk kebaikan…

  24. meramang bulu roma walaupun membaca entri ni disiang hari…
    moralnya jangan rasa tercabar atau geram bila ada yg cuba memberi saingan pd kita…biarkan ja…

    1. Betul sgt2 tu kak Kam.. hati muda mcm tu mmg senang tercabar & itulah tujuannya. Org ckp mmg dia nak ambil nyawa cara mcm tu.. wallahualam. Syukurlah selamat.. Alhamdulillah…

  25. Alhamdulillah…khir sekeluarga terselamat..
    Itulah kan..kadangkala hal2 atau peristiwa spontan yang di luar kotak pemikiran logik akal manusia ini selalu di persoal dan di persendakan…
    Mungkin kalu kita di pihak mereka yang tak pernah alami pun akan berfikiran sedemilkian…
    Selagi sesuatu peristiwa mistik itu tak berlaku pada diri kita dan keluarga di depan mata, memang susah lah untuk di percayai…
    Allah juga yang maha mengetahui segalanya yang tersembunyi…

    1. Betul tu Bunda.. setuju sgt2. Selagi tak kena batang hidung diaorg yg kata mcm2 ala2 perfecto tu, cakaplah apa pun. Mmg semuanya kuasa Allah swt.. syukur sgt2 sbb masih dipanjangkan umur.. alhamdulillah…

  26. Meremang bulu roma zumal bola baca kisah tu…

    1. Mmg smpi skrng saya masih risau klu lalu area tu.. driving kat hiway pun buat saya selalu risau Zumal…

  27. Vee Sandi

    kerap juga balik kg lalu situ pada lewat mlm . alhamdulillah , tak ada apa2 yg pelik . bila nampak budak2 main berkejaran , maknanya tpt tu adalah perkampungan " mereka " … dah masuk awal pagi godeh libresse n inti kat sini

    1. In shaa Allah, selamat… peringatan yg kawasan tu mmg keras… mmg wujud. T kasih Vee…

  28. Moga bro sentiasa dilindungi Allah…..rahmat.

    1. In shaa Allah… semoga kita semua senantiasa dilindungi Nya… aamiin. T kasih sahabat…

  29. fuhh….dasyat gak accident tu bro..bahaya jugak highway tu rupanya…

    Regards,
    -Strider-

    1. Mmg smpi skrng terkesan dlm diri ni Strider… mmg syukur sgt2 semua selamat… alhamdulillah. Mmg merbahaya…

  30. Hui.. Seram plak… Itulah dia nk uji keimanan kita.. Alhamdulillah la spnjg dok blik johor xde pape…

    1. Betul tu.. ujian, peringatan & pengajaran.. in shaa Allah, dilindungi & takda apa2…

  31. ish menyeramkan…nasib baik x ada perkara buruk berlaku pada khir n isteri…setakat kereta tu hancur tak apa…citer kt hway karak tu biasa dgr, k hway ipoh pun biasa dengar…tp x pernah la alami dan minta dijauhkan…yg pagoh ni first time dengar kisah charade ni…berhati2 la melalui kawasan tersebut…

    1. Mmg betu Noe… bersyukur sgt2… mintalah dijauhkan dari peristiwa2 yg mcm ni tak kiralah walau di mana2 pun… nauzubillah…

  32. alhamdulilah masih bernyawa..satu kisah yg sungguh besar utk dkongsikan..
    nasib baik sgalanya selamat..mintak dijauhkan kpada diri ini..dan smua org…
    terima kasih ats pkongsian..

    1. Alhamdulillah.. syukur sgt2. Mmg sebenarnya sgt2 terkesan dlm diri smpi skrng. Mudah2 dijauhkan kpd kita semua… t kasih kembali bro Sobri.

  33. memmet lenggeng

    En Khir, saya banyak kali sangat lalu laluan tu seorang diri tengah malam buta, masa mengandung anak ke dua..memang agak menakutkan dan sepanjang jalan saya sentiasa beringat dan tak henti-henti berzikir..syukur, selama sebulan berulang alik dari kl saya tak mengalami peristiwa menakutkan macam ni

    1. Alhamdulillah Zila… mmg kena selalu beringat kan… lebih2 lagi masa muda ni kebanyakkan jiwa mudah melenting. Lagi benda2 tu suka agaknya… astagfirullah..
      Syukurlah Zila, takde apa2 yg buruk berlaku.. alhamdulillah…

  34. fuh, meremang jugak baca.. dah la baca pukul 3 pagi.. hehehe
    apa2 pun, nasib baik semuanya selamat.. alhamdulillah..
    menabung sini.. 🙂

    1. Mmg pelik & menyeramkan bila ingat ttn ni Pha Is.. alhamdulillah, syukur sgt2 sbb selamat & smpi bila2 pun akan beringat.. huh.. mohon dijauhkanlah kita semua dari terjebak..
      t kasih Pha Is.. 🙂

  35. Huny eda

    syukur alhamdulillah…takutnya lalu jalan tu. Pengalaman buat khir, guna tali pinggang, memandu berhati-hati, yang crita pelik tu, buat bulu romaku berdiri,, sure,, awat kereta berjalan sendri takde pemandu..ermmm…myb itulah selalu ada gak kenderaan kemalangan bila lihat benda aneh macam tu..dan kena hati2 ne bila lihat Charade putih ni di Hiway Pagoh. huhu

    1. Klu dulu, hilang macho klu pakai tali pinggang keledar eda huhu… tu lah.. satu pengajaran yg betul2 pengajaran. Mmg insaf & mmg selalu sgt beringat… smpi skrng pun masih ingat lg.. ngerilah…

  36. Scarynya. Alhamdulillah tak apa2.

    1. Mmg syukur sgt2.. alhamdulillah Fiza.. syukur…

  37. angop

    area tangkak hingga pagoh memang angker, kalo perasan, ada satu flyover di KM151, flyover tu kecik je, motor je bole lalu tapi cuba peratikan di setiap hujung flyover tu, tiada jalan penghubung yg ada cuma ladang sawit.

    mengikut cerita yg disampaikn dari mulut ke telinga ke mulut, tujuan flyover tu dibina adalah utk kemudahan mahluk halus ni menyeberang hiway tu, sbb di kiri dan kanan hiway tu adalah kampung mereka.

    kebanyakan punca berlakunye kemalangan di kawasan pagoh ni adalah penampakan mahluk halus ni menyeberang jalan atau main2 di tepi hyway. hati2 dan patuhi kelajuan kenderaan anda bila melalui kawasan ini

    1. Sesuatu perkara yg baru saya tahu ttg flyover tu.. mmg kena berhati2 & selalu beringat. Mmg serik dah.. T kasih angop atas peringatan & perkongsian ini ye…

  38. Cerita yg lebih serupa tp x sama di jln kapar…klang…kat traffic lite..sebuah keluarga memandang jereta sebelah yg berhenti tp x de pemandu…satu keluarga demam…di s.alam…dulu heboh ngan motor tanpa penunggang di terowong ktm komuter seksyen 19 s.alam…polis buat roadblock….yg jumpa…semuanya jelmaan iblis

  39. Cerita yg lebih serupa tp x sama di jln kapar…klang…kat traffic lite..sebuah keluarga memandang jereta sebelah yg berhenti tp x de pemandu…satu keluarga demam…di s.alam…dulu heboh ngan motor tanpa penunggang di terowong ktm komuter seksyen 19 s.alam…polis buat roadblock….yg jumpa…semuanya jelmaan iblis

  40. Cerita yg lebih serupa tp x sama di jln kapar…klang…kat traffic lite..sebuah keluarga memandang jereta sebelah yg berhenti tp x de pemandu…satu keluarga demam…di s.alam…dulu heboh ngan motor tanpa penunggang di terowong ktm komuter seksyen 19 s.alam…polis buat roadblock….yg jumpa…semuanya jelmaan iblis

    1. Astagfirullah.. mmg menakutkan mcm tu.. makhluk2 halus ni mmg suka mengacau. Moga dijauhkanlah dari menjadi ujian & permainan iblis2 ni.. t kasih atas perkongsian Adengs..

  41. Norhasniza Khalid

    sebenarnya, mama dah nampak tajuk ni masa blogwalking pukul 3 pagi tu, kita berselisih tapi mama buat-buat tak nampak, sebab mama dapat rasa entri ni seram.. bulu roma dah separuh naik bila terpandang tajuk entri ni…. serius, mama memang tak bukak blog en khir pun..hihihih.. takut uiiii… blogwalking sunyi sepi.. lipas lalu pun mama boleh menjerit…. ni baca hari dah siang takpe.. hihi

    1. Kisah ni sememangnya kisah benar mama.. sbb tu mmg ada auranya. Saya yg tulis ni bila ingat2 balik pun jadi takut.. aduihhh serik nak menempuh situasi2 pelik yg mcm tu.. accident satu hal lah.. yg pelik2 tu pun mengganggu minda juga… huh…

    2. Bf sya maut kt area situ…thn 2000 jugak.masok metro tajuk pemandu muda mati tersepit klu xsilap sya.

  42. Eshamz Halim

    Alhamdulilah Bor Khir dan keluarga selamat…. aku dulu pun suka modified kereta..last kereta yg aku modified Daihatsu Charade Aura masuk engine turbo GTti … mmg laju dan best tapi lepas tu umur dah meningkat..dah malas nak laju2…skrg pun bwk kete slow n steady jer… tapi kisah bro khir mmg seram dan misteri… mmg ramai gak kawan2 cite pasal kisah2 cengini dulu… fussssss….. seram oooooo…

    1. Mmg dah tak laju2 lagi dah.. tengok kereta pun dah kurang feel race2 ni. Tp hal ni mmg misteri.. bila kak Lynn share story dia, buat saya betul2 teringat & terpanggil nak share juga.. mmg tertanam dlm otak ni ttg kejadian ni.. accident satu hal.. yg misteri tu pun satu hal juga.. seriklah nak terserempak dgn benda2 yg tak menentu asal usul ni…

  43. julaila kamarudin

    Huh…seram bila baca….mujur isteri awak selamat masa tu……

    1. Alhamdulillah.. mmg syukur sgt2 Julaila.. mmg smpi skrng ttp beringat ttg hal ni..

  44. Anonymous

    seram pulak jadinya..alhamdulillah khir sekeluarga selamat…kena jadikan panduan pada sem,ua pengguna jalan raya..tentang kanak² yang bermain tu maybe ada 'penghuni' yang menghuni di situ..

    1. Mmg confirm ada Kathy.. mmg tempat tu keras. Sampai skrng ni pun saya masih teringat2 lagi.. mudah2an menjadi peringatan yg baik buat kita semua…

  45. pernah alami di karak time tu kecik2 lagi..cuma dgr mak ayah ckp je..kereta sebelah xda pemandu..diamkan aje..biar dia lalu..tp xingt kereta apa..sempat menjeling je..

    1. Fuhh.. menakutkan tu permatabiru.. mmg tak boleh dilayan, nnti buruk padahnya kan. T kasih atas perkongsian & peringatan ini ye…

  46. Vee Sandi

    dulu tak tau pasal hal ni . bila dah tahu , mcm seram jer nak balik mlm lalu situ … umobile dapat promote content

  47. wow seramnya… sy harap balik kampung jgnlah jumpa… huhu… kwn sy pernah kena yang volsagen kuning tu…

  48. MInta dijauhkan daripada kereta tu. hehe

  49. Nasib baiklah khir sekeluarga selamat.kalau tgkkan kereta tu,hurmm..mmg miracle la kerja ALLAH ni.

  50. seram plak baca..
    tapi alhamdulillah..isteri KK xda apa2..risau isterinya lah ngan kandungan tu

  51. Menakutkan. Hanya mereka yang pernah merasakan pengalaman sendiri akan tahu perasaan tu bagaimana. Seram..

  52. Saya baru dengar cerita ni..memang jarang sangat balik ke Johor kampung atok suami..tapi tiada siapa pula yang cerita mistik ni…nauzubillah

  53. Huh… berdiri bulu tengkuk bace citer nih… ingatkan citer tragis td… citer seram rupenyaa… eeeeeee

  54. aiyooo slalu je blk mlm2… tp 2 bulan ni plg kerap tiap2 minggu blk…kdg2 dh ngntuk siap tdo dkt rnr lagoh la..tangkak la..huuu….semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah… 🙂

  55. Selalu dengar di highway karak ja..ini betul-betul baru tau..tq atas sharing cerita seram ni huhu..apapun, alhamdulillah penumpang selamat.

  56. seram baca siang2.. ada kwn duduk pagoh xpenah cerita pulak. hurm.. alhamdulillah selamat

  57. tuan betul betul bernasib baik kerana kereta je teruk…

    orangnya masih ok.

    mungkin Allah bagi peluang kedua untuk tuan terus berbakti kepada kami menerusi penulisan blog

    1. Khir Khalid

      Alhamdulillah tuan, mudah2an begitulah.. aamiin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.