Pesanan Daripada Penjara S.M.K. Subang Bestari, Selangor.

Program Pesanan Daripada Penjara anjuran SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor - SUBEST.

Pesanan Dari Penjara di SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor - Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, Jabatan Penjara Malaysia

Pada Khamis 17 April 2014, telah diadakan program Pesanan Daripada Penjara anjuran oleh Unit Disiplin, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Program ini menyampaikan mesej kesedaran sosial melalui pameran dan ceramah kepada pelajar sekolah S.M.K. Subang Bestari. 

Saya turut terlibat sebagai motivator, menyampaikan ceramah peringatan berdasarkan perkongsian pengalaman sepanjang terlibat dalam pelbagai inisiatif koreksional dan pembangunan modal insan kepenjaraan bersama-sama pengarah dan warga Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor serta aktivis Jabatan Penjara Malaysia.

Pesanan Dari Penjara di SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor - Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, Jabatan Penjara Malaysia

Pesanan Daripada Penjara, SMK Subang Bestari 


Antara perkongsian yang menjadi peringatan serta membuka minda terhadap realiti kehidupan adalah tentang keadaan penjara itu sendiri.

Saya perjelaskan entang struktur merangkumi aspek binaan dan suasana di dalamnya, disiplin serta jadual kehidupan penghuni penjara termasuk berkongsi pengalaman yang diperolehi dari luahan hati penghuni-penghuni penjara tentang keinsafan untuk dijadikan iktibar pengajaran.

Pesanan Dari Penjara di SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor - Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, Jabatan Penjara Malaysia
SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor, PP Muhammad Nazri Nasaruddin, Parol Negeri Selangor.

Tuan Muhammad Nazri Nasaruddin, selaku Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor turut memberi penerangan tentang maksud perintah parol dan peranan organisasi Parol dalam proses kepenjaraan. 

Parol itu bukanlah satu keistimewaan kepada banduan, sebaliknya ia adalah peluang kedua yang hadir atas kepercayaan melalui proses-proses yang melibatkan penilaian dari pelbagai pihak berwajib. Tidak semua penghuni penjara itu layak untuk beroleh peluang pembebasan awal dibawah penyeliaan perintah parol.

Pesanan Dari Penjara di SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor - Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, Jabatan Penjara Malaysia
SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor, PP Muhammad Nazri Nasaruddin, Parol Negeri Selangor, Jabatan Penjara Malaysia

Ceramah yang disampaikan mendapat pelbagai pertanyaan dari guru dan pelajar untuk memperolehi maklumat serta pencerahan tentang penjara melalui sesi soal jawab yang diadakan.

Persoalan demi persoalan diajukan merangkumi proses perundangan sehingga seseorang itu dipenjarakan, program pembelajaran dalam penjara, ragam perasaan penghuni penjara, residivism serta cabaran yang dihadapi oleh bekas banduan insaf selepas dibebaskan. Persoalan-persoalan ini juga menjadi pengajaran kepada kami tentang rona-rona kehidupan.

Pesanan Dari Penjara di SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor - Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, Jabatan Penjara Malaysia


Bagi saya, antara persoalan yang cukup meninggalkan kesan mendalam adalah semasa beramah mesra dengan pelajar selepas ceramah berakhir. Ada yang bertanya… “apa yang menyebabkan abang uncle memilih untuk terlibat dalam aktiviti kepenjaraan seperti ini?... uncle tak takut ke?”… Dah dapat jawapankan?… terpanggil juga untuk uncle Khir kongsikan di sini…

Jawapan Kepada Pelajar-Pelajar S.M.K Subang Bestari


Dalam kehidupan, ada pengalaman yang membuatkan seseorang itu terfikir bahawa kejayaan masa hadapan bukan sahaja terletak pada 10 atau 20 tahun akan datang. Tetapi ‘masa hadapan’ itu juga adalah untuk 'self-actualization' atau keberkatan akhirat.

Masing-masing boleh memilih jalan yang dirasakan sesuai untuk kebaikan akhirat melalui tanggungjawab duniawi. Memilih jalan yang melibatkan aktiviti pembangunan sosial atau pemutihan sahsiah ummah diakui kebanyakkan yang terlibat termasuk saya sendiri, perasaan khuatir, takut atau stigma tidak timbul bila kita berada atas landasan untuk membantu.

Mudah-mudahan mereka juga dapat memudahkan jalan kita di akhirat kelak... in shaa Allah..

SMK Subang Bestari, Shah Alam

Selain ceramah, aktiviti pameran dan jualan produk-produk penjara juga diadakan di perkarangan sekolah bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang. Kepada yang telah menyokong produk-produk hasil pembuatan penghuni penjara, diucapkan syabas!!… anda diatas landasan untuk membantu.

Pesanan Dari Penjara di SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor - Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, Jabatan Penjara Malaysia

Penghargaan Parol Dan SMK Subang Bestari


Kesempatan ini saya mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor dan Unit Disiplin, S.M.K. Subang Bestari atas kepercayaan yang diberikan.

Terima kasih juga kepada warga pelajar dan guru S.M.K. Subang Bestari yang sudi 'Like' Khir Khalid Page di facebook dan subscribe blog ini serta sudi mengikuti perkongsian jurnal artikel penulisan yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan apa yang cuba dikongsikan menjadi peringatan, rujukan dan panduan dalam mencapai kejayaan berterusan… aamiin.

Pesanan Dari Penjara di SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor - Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, Jabatan Penjara Malaysia

Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat isteri yang sudi meluangkan masa dan membantu mengambil gambar-gambar ini untuk diabadikan sebagai kenangan silaturrahim. 

Antara gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu acara boleh dilihat di link ini : 

COMMENTS

BLOGGER: 63
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pesanan Daripada Penjara S.M.K. Subang Bestari, Selangor.
Pesanan Daripada Penjara S.M.K. Subang Bestari, Selangor.
Program Pesanan Daripada Penjara anjuran SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor - SUBEST.
https://1.bp.blogspot.com/-NUmGyceC54Y/U1O8CwJNM6I/AAAAAAAAFvM/42uf_Yg7OXI/s1600/IMG_20140417_110706.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-NUmGyceC54Y/U1O8CwJNM6I/AAAAAAAAFvM/42uf_Yg7OXI/s72-c/IMG_20140417_110706.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/pesanan-dari-penjara-di-smk-subang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/pesanan-dari-penjara-di-smk-subang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy