Program Intervensi ODP Sukan Bowling, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti (Zon Tengah).

Program intervensi ODP sukan bowling Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia yang berlangsung di Ampang Superbowl, Kompleks Metro Point, Kajang

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Pada hari Ahad 13 April 2014, Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor telah menganjurkan Program Intervensi ODP melalui aktiviti riadah sukan bowling yang berlangsung di Ampang Superbowl, Kompleks Metro Point, Kajang, Selangor

Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti

Program intervensi sukan bowling ini juga telah disertai Ibu Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Malaysia bersama-sama kakitangan Parol dan ODP bagi negeri WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Selangor selaku tuan rumah. 

Matlamat Dan Tujuan Program Intervensi Parol


Ia adalah salah satu program intervensi yang bertujuan memupuk kesedaran berterusan kepada Orang DiParol (ODP) agar tidak mengulangi kesalahan lalu disamping menyuntik semangat dan motivasi diri untuk meneruskan kehidupan dengan baik bersama masyarakat. Selain itu, ia juga dapat merapatkan hubungan dan mewujudkan kerjasama yang lebih erat diantara anggota Parol dari negeri-negeri yang terlibat dalam usaha melaksanakan tanggungjawab koreksional dengan lebih berkesan.

Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti

Alhamdulillah, aku juga berpeluang terlibat sebagai peserta yang bertanding dibawah pasukan Parol WPKL disamping dapat beramah mesra dengan kakitangan Parol dan ODP dari negeri-negeri lain. Kesempatan di sini aku berhasrat berkongsi gambar-gambar santai sewaktu program intervensi sukan bowling sedang berlangsung untuk tatapan bersama.

Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti

Program Intervensi ODP ini menyaksikan perlawanan sengit antara 5 pasukan mengikut negeri, termasuk pasukan dari Ibu Pejabat Parol Malaysia. Setiap pasukan pula dibahagikan kepada beberapa pecahan kumpulan dengan jumlah 4 orang untuk setiap "lane". Jumlah pemarkahan dikira berdasarkan jumlah skor tertinggi untuk pasukan dan juga setiap individu yang bertanding.

Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti

Pengisian Program Yang Santai Tetapi Bermanfaat.


Sewaktu perlawanan berlangsung, aku ternyata telah mendapat sokongan padu dari seorang peminat setia yang membuatkan aku terus bersemangat untuk berjuang. Peminat itu tidak lain ialah "Puan Mem" aku... yeah!! Sempat juga kami merakamkan beberapa gambar kenangan bersama warga Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia... :)

Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti

Atas sokongan peminat aku tu juga.. aku telah berjaya memenangi tempat ke-15. Ok lah tu.. dapat pingat.. Nasib baik juga ada "Puan Mem", kalau tidak pasti aku ber'selfie' gambar dengan pingat wakakaa.... 

Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti

Melalui program intervensi sukan seperti ini sebenarnya dapat memberi pencerahan positif kepada ODP tentang perlunya menghargai erti dan nilai kebebasan yang dikecapi. Ia membuka minda mereka termasuk kita semua untuk sentiasa bersyukur atas keperihatinan keluarga dan masyarakat dengan kepercayaan yang diperolehi. Ini diperjelaskan lagi melalui peranan parol sebagai tapak sokongan koreksional, intervensi dan motivasi kepada ODP agar mereka dapat memanfaatkan peluang kedua yang diperolehi ke jalan yang diredhai.

Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti

Program ini tamat sekitar jam 2 petang dengan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati serta sesi gambar kenangan. Ia menjadi sebagai satu aktiviti riadah dan pengisian ilmu kesedaran yang sangat bermanfaat kepada semua yang hadir.

Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Program Intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti

Harapan Dan Motivasi Kehidupan


Mudah-mudahan program intervensi ODP melalui aktiviti sukan bowling ini dapat dijadikan sebagai salah satu tapak sandaran semangat kepada ODP untuk berjaya dalam menempuh ranjau kehidupan. Semoga dipermudahkan segala usaha Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia dalam mencapai misi dan objektif demi kebaikan masyarakat dan negara… aamiin.


Entri Lain Yang Berkaitan:


Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 51
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Intervensi ODP Sukan Bowling, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti (Zon Tengah).
Program Intervensi ODP Sukan Bowling, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti (Zon Tengah).
Program intervensi ODP sukan bowling Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia yang berlangsung di Ampang Superbowl, Kompleks Metro Point, Kajang
http://4.bp.blogspot.com/-tEeUddX26pc/U00o50P4hAI/AAAAAAAAFqk/DltkNYFXsJw/s1600/IMG_20140413_121558.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-tEeUddX26pc/U00o50P4hAI/AAAAAAAAFqk/DltkNYFXsJw/s72-c/IMG_20140413_121558.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/program-intervensi-sukan-bowling-parol.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/program-intervensi-sukan-bowling-parol.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy