Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP – ODS)

Program Pemulihan Pemasyarakatan, Pemulihan Banduan, PPP, ODS, Jabatan Penjara Malaysia.

Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) merupakan usaha koreksional Jabatan Penjara Malaysia melibatkan banduan yang layak dipilih mengikuti program pemulihan lanjutan dengan bekerja dalam komuniti di luar tembok dan batas penjara.

Ia salah satu program integrasi banduan ke dalam masyarakat dengan kerjasama pihak lain. Melalui program ini, banduan yang layak dibenarkan bekerja berbayar di sektor perkilangan, pertanian, penternakan dan perkhidmatan disamping mengikuti kursus-kursus yang diluluskan semasa menjalani hukuman dibawah kawalan serta tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia sepenuhnya.

Kredit gambar - utusan.my

Kementerian Pertahanan Malaysia merupakan agensi pertama yang terlibat dalam usahasama melaksanakan pemulihan banduan di luar penjara.

Setiap banduan yang dipilih perlu terlebih dahulu melalui proses pemulihan Program Pembangunan Insan (PPI) didalam penjara. Setiap banduan akan dinilai melalui setiap fasa PPI yang diantaranya adalah Fasa Orientasi dan Fasa Pengukuhan Sahsiah sebelum layak dipertimbangkan untuk menyertai Program Pemulihan Pemasyarakatan ini.

Walaupun belum dibebaskan, mereka yang layak mengikuti program tidak lagi dipanggil banduan, tetapi dinamakan sebagai Orang DiSelia (ODS)

Syarat asas banduan yang layak mendapat pertimbangan untuk menyertai program ini sebagai ODS adalah seperti berikut:-

1. Banduan yang mempunyai hukuman enam bulan ke atas atau mempunyai baki hukuman tidak lebih daripada 36 bulan.

2. Banduan bukan daripada kategori kesalahan berat seperti jenayah bunuh dan seksual.

3. Tidak melakukan kesalahan tatatertib dalam penjara sebelum dipertimbangkan dan diperakukan sihat oleh Pegawai Perubatan.

4. Banduan yang tidak lagi mempunyai kes-kes lain yang sedang berjalan dan telah selesai segala rayuan dan urusan di mahkamah.

5. Banduan yang lulus menjalani ujian psikologi dan ujian saringan air kencing sebelum mendapat sokongan dan diluluskan oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Orang DiSelia - Program Pemulihan Pemasyarakatan (kredit- mstar.com.my)

Pada waktu ini, PPP telah pun dilaksanakan di lima buah kem tentera. Banduan yang layak akan ditempatkan dan bekerja dalam bidang penyelengaraan lanskap, saliran dan pembersihan di seluruh kawasan kem dan penempatan yang ditentukan.

Antara kem-kem tentera yang terlibat adalah seperti berikut:-

- Kem Mahkota Kluang, Johor.
- Kem Desa Pahlawan, Kelantan.
- Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah.
- Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
- Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.

Justeru, program ini memberi peluang kepada banduan insaf untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga mampu untuk memberi sumbangan kepada negara. Ia juga dapat mewujudkan landasan asas persediaan kepada mereka untuk memanfaatkan kemahiran yang dipelajari atas landasan yang betul setelah dibebaskan nanti.


Kepada sesiapa yang pernah berkunjung atau berkhidmat sebagai tentera di kem-kem tersebut, pasti dapat melihat suasana kebersihan, kekemasan dan perapian kawasannya. Itulah hasil tenaga ODS melalui usaha Program Pemulihan Pemasyarakatan ini.

Persepsi masyarakat juga diharap akan berubah melalui penglibatan agensi kerajaan lain, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat untuk kebaikan masyarakat. Institusi penjara bukanlah tempat untuk menghukum pesalah semata-mata tetapi sebagai institusi koreksional 'kitar semula modal insan' yang membimbing banduan insaf agar menjadi individu berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara.

Kredit foto : Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.


Artikel lain yang berkaitan:


COMMENTS

BLOGGER: 34
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP – ODS)
Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP – ODS)
Program Pemulihan Pemasyarakatan, Pemulihan Banduan, PPP, ODS, Jabatan Penjara Malaysia.
https://2.bp.blogspot.com/-rLMyvXnvdmc/U2CvQXHLFNI/AAAAAAAAF1M/2UY1zTRb8NE/s1600/ws_01.1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-rLMyvXnvdmc/U2CvQXHLFNI/AAAAAAAAF1M/2UY1zTRb8NE/s72-c/ws_01.1.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/program-pemulihan-pemasyarakatan-ppp-ods.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/program-pemulihan-pemasyarakatan-ppp-ods.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy