Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.

Ukraine Photo-Exhibition di Publika, Solaris Dutamas,Gambar Rusuhan, Rusuhan di Ukraine, Politik Ukraine. Ukraine, krisis di ukraine

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Pada Isnin (7/4/14) aku berpeluang hadir dalam satu acara pameran gambar 'Ukraine Photo-Exhibition' yang diadakan di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur atas jemputan Kedutaan Ukraine di Malaysia. Ia merupakan satu pameran yang memaparkan gambar-gambar dari jurugambar-jurugambar profesional tentang suasana dan keadaan huru-hara yang berlaku di Kiev (ibu negara Ukraine) pada waktu kini.

Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.

Pameran Bergambar Tentang Keadaan Di Ukraine


Pameran bergambar ini bertujuan mempamerkan kepada dunia tentang keganasan dan huru-hara akibat daripada ketidakstabilan politik yang sedang berlaku di Ukraine. Ia diharap dapat membuka mata pihak-pihak yang berkenaan seperti kedutaan lain, aktivis-aktivis sosial, media dan rakyat Malaysia terhadap pendirian sebenar rakyatnya.

Pada entri kali ini aku kongsikan beberapa gambar yang sempat diambil untuk dipertontonkan di laman maya ini. Mudah-mudahan ia juga membawa peringatan dan iktibar kepada kita semua. Biarlah gambar bercerita...

Gambar-gambar Ukraine Photo-Exhibition 


Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Gambar yang memaparkan demonstrasi dari rakyat Ukraine di Kiev yang diadakan
setiap minggu hingga ke hari ini.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Tekanan demi tekanan dari rakyat Ukraine terhadap pentadbiran yang korup.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Aku difahamkan gambar ini menunjukkan polis Ukraine yang terpaksa berkawal 24 jam sehari silih
berganti sehingga ke hari ini walaupun suhu sejuk mencecah -20 celsius..
Dibelakang adalah polis yang berehat manakala di hadapan perlu sentiasa berkawal.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Gambar ini membicarakan bagaimana polis-polis muda Ukraine terpaksa mengawal
para demonstrasi yang terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri.
Kegagalan polis melaksanakan perintah menyebabkan mereka boleh dihukum mati.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Seorang ibu merayu agar anaknya dibebaskan... kasih ibu...
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Benteng pertahanan rakyat dengan bendera Ukraine tegak berdiri...
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Rakyat mara dengan api kemarahan...
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Gambar ini menunjukkan seorang professor, pensyarah university yang amat dikenali dan
dihormati di Ukraine yang berjuang bersama anaknya untuk masa depan negara yang lebih baik.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Impian, harapan & masa hadapan Ukraine...
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Ketua kedutaan Ukraine ke Malaysia menulis tanda sokongan untuk dihantar ke Ukraine. 
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Aku pun diminta tinggalkan jejak sokongan...
Jangan lepas ni puak U.S, EU & Rusia cari aku pulak sudah.. adoiii...
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Gambar kenangan bersama kedutaan & komuniti Ukraine di Malaysia

Krisis Ukraine Dan Media Antarabangsa


Ukraine mula menjadi tumpuan media antarabangsa kerana krisis politik dan ideologi sosio-budaya yang bukan sahaja berkait rapat dengan krisis dalamannya sendiri, tetapi juga melibatkan persaingan antara 3 kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (E.U) dan Rusia. Ada juga yang berpendapat jika sekiranya krisis dalaman Ukraine ini bertambah buruk, ia memungkinkan tercetusnya perang dunia ke-3. Namun buat masa ini ia dilihat tidak mungkin akan berlaku oleh kebanyakan pengkaji politik... wallahualam. 


Salam Hormat, Salam Berkat 
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 87
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Ukraine Photo-Exhibition Di Publika, Solaris Dutamas.
Ukraine Photo-Exhibition di Publika, Solaris Dutamas,Gambar Rusuhan, Rusuhan di Ukraine, Politik Ukraine. Ukraine, krisis di ukraine
http://3.bp.blogspot.com/-DAAvL-m-IHo/U0RF9sUlbnI/AAAAAAAAFmk/ckgGti2K13k/s1600/IMG_20140407_194421.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-DAAvL-m-IHo/U0RF9sUlbnI/AAAAAAAAFmk/ckgGti2K13k/s72-c/IMG_20140407_194421.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/04/ukraine-photo-exhibition-di-publika.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/04/ukraine-photo-exhibition-di-publika.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy