BR1M Dan Golongan Muflis

BR1M dan golongan muflis, Bantuan Rakyat 1 Malaysia,

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Baru-baru ini aku telah terbaca satu artikel bertajuk 'Inilah Statistik Pendapatan Rakyat Malaysia Kurang Dari RM1,000.00' di Blog Santai. Melalui ruangan tersebut, saya terpanggil untuk menyuarakan pandangan berdasarkan pengalaman yang dialami berkaitan isu BR1M ini. Artikel tersebut boleh dibaca di >>>> SINI.

BR1M dan Golongan Muflis

Saya pernah bertemu mereka yang berhadapan isu muflis dan insolvensi, hanya disebabkan kelicikan orang lain memanipulasi sistem perundangan untuk kepentingan tertentu. Mereka pada mulanya tidak menyedari implikasi yang akan ditanggung dengan hanya menjadi penama kepada ahli keluarga, saudara atau pun majikan untuk sesuatu urusan yang melibatkan pinjaman kewangan atas dasar percaya. Akhirnya mereka terpaksa menanggung ‘title’ muflis disebabkan perlakuan orang lain yang ‘opportunis’.

Muflis, Akaun Bank Dan Mengemaskini BR1M


Bila memperkatakan tentang penstrukturan semula maklumat BR1M, ada berpendapat ia menyusahkan mereka yang muflis. Jika sebelum ini mereka menerima voucher yang boleh ditunaikan terus di bank dengan menunjukkan kad pengenalan, tetapi kini sukar mengemaskini maklumat secara online. Mereka ada yang tidak lagi mempunyai akaun bank disebabkan muflis, malah bimbang berurusan duit yang 'cukup-cukup makan' itu di bank.

BR1M dan Golongan Muflis

Ada yang tidak mampu berurusan dengan pihak berwajib untuk mendapatkan pencerahan disebabkan kerisauan. Ada juga yang tak mampu, adakala seolah-olah satu alasan bagi pandangan orang yang tak muflis bagi mereka datang berurusan ke pejabat yang disarankan.

Mereka ada yang pagi menghantar anak-anak ke sekolah dengan berjalan kaki, tengah hari ambil pulang dan hantar pula anak yang lain seterusnya ambil lagi pulang waktu petang. Ada anak-anak yang bersekolah untuk dua sesi berlainan.. sesi pagi dan petang. Dengan kewangan yang tipis, semua dilakukan sendirian sambil kerja ambil upah apa yang boleh. Mereka sememangnya tiada kemampuan. Anak-anak mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah. Tidak mampu hantar anak ke sekolah agama, apatah lagi kelas tambahan berbayar.

Ada antaranya hanya mampu beroleh pendapatan dibawah RM1000.00 sebulan hasil usaha sendirian. Mereka ambil upah hari dengan kerja-kerja sub-kontrak, dibantu isteri jual kuih ke gerai berdekatan untuk menyara sewa rumah, bil-bil, belanja sekolah anak-anak dan seluruh kehidupan. Nasib baik juga ada yang mempunyai adik beradik yang sanggup membantu sekadar termampu… itu pun sampai bila.. wallahualam.

BR1M dan Golongan Muflis

Bila ditanya mengenai BR1M, ada yang tidak mengharapkan. Bukan sebab ego, tetapi putus harapan bila tahu tentang pembayaran terus ke akaun bank. Ada juga yang berkata… “BR1M ni untuk orang yang susah tapi sebenarnya masih senang…“  Lemah semangat bila membicarakan tentang mengemaskini maklumat akaun bank sehingga beranggapan ia satu cara mengesan golongan seperti mereka. Justeru ada diantara mereka yang tidak tampil walaupun layak menerima BR1M. Disebabkan bantuan beberapa ratus ringgit, mereka fobia tekanan yang mungkin menanti dari institusi kewangan atas penama kepada hutang yang bukan miliknya.

Antara Bantuan Dan Daya Menjelaskan Hutang


Memang panjang kalau nak bercerita di sini. Mereka ada juga yang berkelulusan tetapi disebabkan muflis, tidak berdaya berkerja secara normal. Bila membincangkan jalan penyelesaian, jawapan yang diterima tetap sama.. “cubalah usaha kerja lebih agar dapat selesaikan hutang tu…“ kalaulah pegawai yang menasihati seperti itu diberhentikan kerja dan mendapati abangnya tidak mampu melangsaikan hutang sehingga beliau muflis kerana menjamin, apa agaknya kerja pegawai tersebut? Ada PHD sekali pun, laratkah dia usahakan ‘kerja lebih’ sebagai buruh binaan dan ‘car wash’ sebelah malamnya? Itu pun kalau mampu bayar hutang dengan anak-anak 5 – 6 orang untuk dibesarkan.

BR1M dan Golongan Muflis
Kredit gambar - www.illustrasiaku.com

Sesungguhnya, apa yang saya nukilkan ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak atau menangguk isu-isu politikus. Ia adalah realiti dalam segmen masyarakat. Selama ini kita biasa mendengar kisah BR1M dengan golongan berpendapatan rendah tetapi masih bergaji dan berkerja. Namun ada yang bergaji kurang RM2,000.00 sebulan pun mampu jana komisyen secara sambilan sehingga ribuan ringgit. Mereka masih dikategori golongan berpendapatan rendah kerana pendapatan sambilan tersebut tiada penyata bertulis… Tak pernah terjumpa? Lebih-lebih lagi bila menjelang perayaan. Ada staff boleh kumpul RM3,000.00 dengan hanya mengambil tempahan kerepek, belum lagi kain atau lain-lain aksesori di tempat kerja.

Mendapatkan Pencerahan Berkenaan Pengagihan BR1M


Ada beberapa persoalan dari golongan muflis untuk pencerahan. Mungkin ada dikalangan pembaca yang dapat membantu berkaitan BR1M ini.

1. Bolehkah seseorang muflis mewakilkan isteri menerima BR1M yang dimasukkan terus ke akaun isterinya mewakili satu keluarga atau beroleh voucher dan boleh ditunaikan dibank seperti sebelumnya?

2. Apakah mekanisma yang digunakan dalam mentakrifkan kadar kemiskinan. Adakah berdasarkan pendapatan gaji  dan 'income tax' semata-mata atau merangkumi seluruh aspek luaran teknikal dan praktikal dalam menganalisa seluruh kategori golongan miskin?

3. Bagaimanakah nasib golongan gelandangan warga tempatan yang muflis. Hartanya disita, keluarga bercerai-berai dan menjadi gelandangan tanpa alamat tetap dan akaun bank. Ke mana mereka ini harus tuju… adakah Baitulmal atau lembaga zakat boleh membantu mereka?

4. Wujudkah peluang untuk golongan muflis untuk berkerja di sektor swasta atau kerajaan walaupun mereka mempunyai portfolio, prestasi yang baik dan berkelulusan agar dapat melunaskan hutang secara terurus?

5. Wujudkah program sokongan untuk golongan muflis yang komited melunaskan hutang hanya terjebak disebabkan penama yang bukan nasihat teori gaji dan pembayaran semata-mata. Mungkin bimbingan pengalaman dari yang pernah muflis tetapi berjaya melangsaikan hutang tanpa berkerja makan gaji.

Sekiranya ada maklumat yang dapat menjadi pencerahan mana-mana persoalan tersebut, saya mohon dikongsikan. Jika ada juga dari kalangan pembaca yang terlibat dalam bidang berkaitan dan terpanggil untuk membantu, boleh hubungi saya. Maklumat perhubungan di ruangan Profil.

Mudah-mudahan ia juga dapat memberi pencerahan dan panduan kepada golongan muflis yang membaca untuk kebaikan bersama.. in shaa Allah.

UPDATED

BR1M Dan Golongan Muflis

Saya telah mendapat maklumbalas berkenaan isu BR1M buat golongan muflis. Terima kasih.

Kepada anda yang muflis, apa yang perlu dilakukan ialah mengemaskini maklumat anda melalui online tanpa perlu menyertakan maklumat perbankan anda. Anda juga boleh merujuk ke cawangan LHDN sekiranya mampu berbuat demikian. Selebihnya anda hanya perlu menunggu sehingga waktu pengagihan BR1M sampai kepada anda nanti.

Anda akan menerima surat yang diposkan ke alamat yang telah anda kemaskinikan. Surat tersebut ada disertakan maklumat anda dan perlu dibawa ke bank terpilih untuk ditunaikan mengikut amaun yang tercatat di surat. Berdasarkan pengetahuan, bank terpilih adalah Bank Simpanan Nasional. Jangan lupa sertakan kad pengenalan bersama-sama surat tersebut ke bank untuk BR1M.

Semoga maklumat BR1M dan golongan muflis ini bermanfaat buat anda yang memerlukan. Semoga segalanya dipermudahkan... aamiin. 

COMMENTS

BLOGGER: 77
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: BR1M Dan Golongan Muflis
BR1M Dan Golongan Muflis
BR1M dan golongan muflis, Bantuan Rakyat 1 Malaysia,
https://3.bp.blogspot.com/-9qFZ5M7Pwfo/U3Q1aPp3a1I/AAAAAAAAGBM/hQY3JFPjzg8/s1600/br1m_2014_03+(1).jpg
https://3.bp.blogspot.com/-9qFZ5M7Pwfo/U3Q1aPp3a1I/AAAAAAAAGBM/hQY3JFPjzg8/s72-c/br1m_2014_03+(1).jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/05/br1m-dan-golongan-muflis.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/05/br1m-dan-golongan-muflis.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy