Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah

Seni, Kesenian, Medium dakwah Islamiah.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Siapa yang tidak menyukai seni dan kesenian? Sama ada seni lukis, seni suara, seni lakon termasuk seni penulisan kreatif. Seni dan kesenian membuatkan dunia ini subur dengan kehidupan yang meriah dan menceriakan…

Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah

Seni Membentuk Keperibadian Insan.


Melalui pemerhatian, seni adalah elemen penting dalam kehidupan. Secara umumnya ia menggambarkan sesuatu keperihatinan, kehalusan dan keindahan. Ada yang dapat membentuk kelembutan akhlah serta menjauhi sifat kasar dan ada juga yang mengarah kepada sebaliknya. Seni dan kesenian dapat membentuk keperibadian insan.

Islam tidak pernah menolak seni seandainya ia bersesuaian dengan fitrah dan bertepatan dengan syarak. Ia bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi ia adalah keperluan bagi setiap manusia normal yang mempunyai citarasa. Sebagaimana keperluan tubuh kita terhadap makanan dan minuman, begitu juga keperluan seni kepada jiwa. Namun, jika makan dan minum boleh membahayakan kesihatan, seni juga mampu membahayakan jiwa dan pemikiran sekiranya tidak menepati tatacaranya.

Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah

Menyuburkan Wadah Kesenian Ummah.


Seni yang sesuai dengan Islam seharusnya dipergiat sebagai alternatif kepada seni yang melalaikan serta berbaur maksiat. Semua bidang seni mampu menyumbang kepada pembentukan nilai murni serta mengajak peminatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Malah seni juga dapat berperanan sebagai penguat kepada perpaduan dan persaudaraan. Catatan Ibnu Sina ada mengatakan bahawa seni itu pengubat terapi diri. Seni yang dilakukan secara berkumpulan dapat mendidik ahlinya melakukan kerja berpasukan dan cara kerja yang berdisplin.

Aku berpendapat, Islam sememangnya mempunyai gaya terapi tersendiri dan salah satunya melalui bidang kesenian. Ia melatih peminatnya berfikir akan maksud disebalik lukisan, lirik dan nada lagu, lakonan termasuk penulisan-penulisan kesusasteraan. Kesemua itu mempunyai sentuhan rasa yang dapat melahirkan peringatan, kesyukuran, ketenangan dan keasyikan yang dapat menyampai kepada Maha Pencipta. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa, Al Quran juga menggunakan bentuk penceritaan dengan bahasa yang tinggi dan sebaiknya dibaca dengan alunan suara yang merdu mengikut hukum, tartil dan tajwid yang betul.     

Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah

Seni Sebagai Antidot Penyakit Sosial.


Marilah kita renungkan betapa indahnya seni anugerah Allah swt melalui minda dan bakat manusia. Marilah bersama kita hargai seni yang mampu membawa kepada dakwah Islamiah. Seni yang tidak melalaikan tanpa mengira bentuk seni asalkan perlaksanaan dan persembahannya tidak bertentangan dengan syarak. Kesenian yang sentiasa menjaga akhlak serta bersesuaian dengan tarikan jiwa insan dalam arus kemodenan.

Apa yang penting, seni itu tidak melalaikan dan mampu menjauhi perkara syirik, mungkar dan yang bertentangan dengan akidah. Kesenian yang bukan didasari untuk bermegah tetapi disampaikan dengan niat untuk menyeru umat manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran… in shaa Allah...


Salam Hormat, Salam Berkat.


COMMENTS

BLOGGER: 46
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah
Kesenian Sebagai Medium Dakwah Islamiah
Seni, Kesenian, Medium dakwah Islamiah.
http://2.bp.blogspot.com/-sLf4-_vaePs/U4YmWA52zcI/AAAAAAAAGOg/DPST7ZDLEtA/s1600/2012-11-18+16.31.04-edt.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-sLf4-_vaePs/U4YmWA52zcI/AAAAAAAAGOg/DPST7ZDLEtA/s72-c/2012-11-18+16.31.04-edt.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/05/kesenian-sebagai-medium-dakwah-islamiah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/05/kesenian-sebagai-medium-dakwah-islamiah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy