Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-15

Khir Khalid, Social Awareness Blogger, Motivator & Social Entrepreneur in Malaysia

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah… hari ini aku amat bersyukur kehadrat Allah s.w.t atas izinNya dapat aku coretkan sedikit perkongsian sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-15. Mudah-mudahan menjadi doa dan kenangan untuk hari-hari yang mendatang.

Tarikh 7 Mei 1999 merupakan hari pernikahan kami. Sepanjang 15 tahun berkongsi pelbagai ragam pengalaman pahit manis berumahtangga adalah sesuatu yang tentunya amat bermakna. Perkongsian hidup yang kini dianugerahkan 4 cahaya mata. Syukur kehadrat Illahi atas kurniaan yang tidak ternilai… tidak sesekali mampu diungkap dengan kata-kata atau segala intepretasi duniawi… Subhanallah walhamdulillah…

Kenangan Aidilfitri 2013

Sungguh pun begitu, perjalanan masih jauh. Menyemai hasrat menggapai harapan demi masa depan anak-anak dan keluarga. Coretan ini juga aku abadikan sebagai penghargaan ikhlas buat isteri tercinta atas segala jasa, sokongan dan ruang untuk aku memperkasa kerjaya dan cita-cita, termasuk juga peluang berblogging sebagai aktiviti yang bermanfaat. Kepercayaan dan inspirasi semangat yang diberikan adalah anugerah buat aku.

Terima kasih kepada sahabat pembaca sekelian atas ikatan ukhwah silaturrahim yang terbina di alam maya ini. Justeru, kesempatan ini aku memohon agar sudi mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Mudah-mudahan menjadi satu jalan kebaikan kita bersama untuk kehidupan yang diberkati… aamiin.


Salam Hormat, Salam Berkat.



COMMENTS

BLOGGER: 98
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-15
Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-15
Khir Khalid, Social Awareness Blogger, Motivator & Social Entrepreneur in Malaysia
http://3.bp.blogspot.com/-O6PRQQo3lTQ/U2k8H1iDjJI/AAAAAAAAF44/WYngMaDYIiM/s1600/2013-08-08+17.46.01-dt.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-O6PRQQo3lTQ/U2k8H1iDjJI/AAAAAAAAF44/WYngMaDYIiM/s72-c/2013-08-08+17.46.01-dt.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/05/menyambut-ulangtahun-perkahwinan-ke-15.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/05/menyambut-ulangtahun-perkahwinan-ke-15.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy