Mus Bugis Nasi Kukus (MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam, Selangor.

asam pedas subang, MBNK, Subang Perdana 2, kedai makan sedap subang perdana 2,

Bersantai diwaktu petang sambil menikmati nasi kukus ayam dara berempah yang enak, panas, hangat, menyengat!!!... di Mus Bugis Nasi Kukus (MBNK) yang terletak di Taman Subang Perdana 2, Shah Alam, Selangor.

Mus Bugis Nasi Kukus(MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam.

MBNK sememangnya tidak asing dikalangan penduduk Taman Subang Perdana 2 dengan hidangan Nasi Kukus Ayam Dara Berempah dan Asam Pedas Johor yang menyelerakan. Ia sebenarnya diusahakan oleh rakan persekolahan isteri aku yang dikenali dengan panggilan mesra Mus Bugis.

Konsep Dan Resepi Nasi Kukus MBNK


Pada waktu kebanyakan pengusaha memilih perniagaan restoran dengan imej dan konsep yang berbagai-bagai, Mus Bugis lebih gemar mengambil pendekatan berbeza melalui konsep “gerai di bawah pokok” sebagai tapak perniagaan. Pengalaman yang diperolehi sebagai chef dari sebuah restoran terkemuka di Johor Bahru memberi inspirasi kepada beliau untuk mengadunkan resepi tersendiri agar dapat dinikmati oleh sesiapa sahaja.

Mus Bugis Nasi Kukus(MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam.
Menjamu selera di waktu siang...
Mus Bugis Nasi Kukus(MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam.
Menjamu selera diwaktu malam.

Sebagai usahawan yang menjalankan beberapa perniagaan lain, Mus Bugis sentiasa menjadikan MBNK keutamaan atas minat beliau sendiri dalam bidang masakan. Ia juga menjadi tapak pertemuan komuniti penduduk sekitar untuk bersantai mesra disamping menikmati hidangan. Justeru, aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan persekitaran gerai sentiasa dititikberatkan mengikut piawaian ‘standard’ yang ditetapkan. MBNK telah pun mendapat pengiktirafan gerai paling bersih oleh Majlis Bandaraya Shah Alam anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon 17, Subang.

Gerai Paling Bersih - Mus Bugis Nasi Kukus(MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam.


Apa lagi… jomlah… makan sini atau tapau di MBNK!! 


Bagi kami, Nasi Kukus Ayam Dara Berempah menjadi pilihan aku dan anak, manakala Asam Pedas Johor pula adalah habuan untuk puan Mem... yeah.. :D

Ayam Dara Goreng Berempah - Mus Bugis Nasi Kukus(MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam.
Asam Pedas Johor - Mus Bugis Nasi Kukus(MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam.
Mus Bugis Nasi Kukus(MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam.
Mus Bugis Nasi Kukus(MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam.
Woot woot... 

MBNK juga mempunyai ‘MBNK Mobile’ yang menyediakan juadah secara bergerak di kawasan industri Subang Mah Sing. Jika ada sesiapa yang berada di kawasan tersebut janganlah lupa singgah juga.  Perhatikan ‘MBNK Mobile’ seperti gambar di bawah.

Mus Bugis Nasi Kukus, MBNK,

Aku sertakan di sini senarai harga makanan terbaik di MBNK dan MBNK Mobile.


Nasi Kukus Ayam Dara Berempah
Saiz (M) – RM 5.00
Saiz (L) – RM 6.00

Asam Pedas + Nasi Putih
Pilihan Ikan : Siakap, Jenahak, Kembung atau Pari - RM 10.00

*Pakej ekonomi  ‘MBNK Mobile’ untuk pekerja industri - RM 4.00

Jangan lupa juga catatkan maklumat dibawah ini…

MUS BUGIS NASI KUKUS (MBNK)
Gerai bawah pokok, Taman Subang Perdana 2, 40150, Shah Alam, Selangor.

WAKTU PERNIAGAAN: 
MBNK : 10:30 pagi - 9:00 malam (setiap hari)
MBNK Mobile’ : 11:30 pagi - 5:30 petang (Isnin hingga Sabtu)
 (Menerima tempahan untuk sebarang majlis)

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI: 
MUS BUGIS NASI KUKUS RESOURCES
Mus Bugis - 012 380 2819

Mus Bugis Nasi Kukus(MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam.
Bersama Mus Bugis di gerai MBNK Taman Subang Perdana 2.


Jom terjah!!!… menikmati hidangan yang terbaik hanya di MBNK.

Sememangnya… ‘Highly recommended”!!

COMMENTS

BLOGGER: 114
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Mus Bugis Nasi Kukus (MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam, Selangor.
Mus Bugis Nasi Kukus (MBNK), Subang Perdana 2, Shah Alam, Selangor.
asam pedas subang, MBNK, Subang Perdana 2, kedai makan sedap subang perdana 2,
https://2.bp.blogspot.com/-UbTLzd5DvOA/U2sTmvZa-6I/AAAAAAAAF5g/F9KXRU7fYDA/s1600/IMG_20140507_170648.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-UbTLzd5DvOA/U2sTmvZa-6I/AAAAAAAAF5g/F9KXRU7fYDA/s72-c/IMG_20140507_170648.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/05/mus-bugis-nasi-kukus-mbnk-subang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/05/mus-bugis-nasi-kukus-mbnk-subang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy