Okawa Shumei: Penterjemah Al Quran Pertama Jepun

Okawa Shumei, Penterjemah Al Quran pertama di Jepun, Islam Jepun, sejarah Jepun dan Islam,

Okawa Shumei, Penterjemah Al Quran Yang Pertama Di Jepun. Bercerita tentang Jepun, terlintas untuk berkongsi kisah seorang tokoh Jepun yang aku ketahui sewaktu pengajian dahulu. Kisah seorang pengkaji intelek dan pernah menghadapi masalah mental yang berlaku lebih 60 tahun lalu. Namun sesuatu menarik tentang beliau yang harus diketahui ialah usahanya menterjemahkan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama. Terjemahan itu telah diterbitkan pada tahun 1950.

Okawa Shumei Dalam Sejarah Jepun.  


Okawa Shumei, penterjemah Al Quran pertama Jepun
Kredit gambar : Wikipedia
Okawa Shumei dilahirkan di Sakata, Yamagata Jepun pada 1886 dan merupakan pemegang ijazah pertama dalam kesusasteraan Verdic dan Falsafakh Klasik India. Ia adalah bidang yang menjadi kegemaran golongan bijak dan kelas atasan pada ketika itu. Beliau seorang yang suka mengkaji dan mampu menguasai banyak bahasa termasuk Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit, Pali dan Arab. Kebijaksanaan beliau mengkaji banyak buku berkaitan falsafah dan agama melayakkan beliau menyandang jawatan sebagai penterjemah tertinggi di Imperial Japan Army General Staff.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2 dengan kekalahan tentera Jepun, Okawa telah didakwa sebagai penjenayah perang oleh Pihak Berikat. Beliau dibicarakan bersama-sama pegawai tentera Jepun yang lain. Namun akibat tekanan Perang Dunia, Okawa didapati menghadapi masalah mental dan dipindahkan dari penjara ke hospital Amerika Syarikat di Jepun, seterusnya ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, iaitu sebuah hospital mental yang terkenal di Jepun pada waktu itu.

Semasa di hospital itulah beliau melakukan pengkajian terperinci dan menterjemah Al Quran dalam bahasa Jepun. Beliau menghabiskan masa selama 2 tahun untuk menyiapkannya. Keinginannya ketika itu adalah untuk mendalami pengajian Islam dan menerbitkan sesuatu yang boleh difahami oleh masyarakat Jepun tentang kebaikan serta keistimewaan agama Islam.

Mahkamah tribunal perang dunia kedua
Mahkamah Tribunal Perang Pihak Berikat di Tokyo, Jepun

Okawa Shumei Dan Pengkajian Al Quran.  


Ada yang menganggap kecenderungannya pada Islam adalah selepas ditahan sebagai pesakit mental. Tetapi itu bukanlah punca beliau meminati Islam kerana telah mengkajinya sejak era sebelum bermulanya Perang Dunia ke-2 lagi. Sehinggalah ketika telah disahkan pulih, beliau mengambil keputusan untuk terus menghuni hospital mental tersebut kerana memperolehi ketenangan untuk menyiapkan penterjemahan Al Quran sehingga tahun 1948.

Okawa Shumei, penterjemah Al Quran pertama Jepun
Al Quran terjemahannya itu adalah yang pertama di Jepun. Segala terjemahan yang dilakukan telah diperakui ketepatannya oleh Badan Agama Islam Jepun dan antarabangsa pada masa kini. Walau apa yang diperkatakan terhadap beliau, usaha dan inisiatif yang dilakukan telah memberi manfaat kepada ramai terutamanya bangsa Jepun sendiri. Beliau juga telah menulis selepas itu berkenaan Nabi Muhammad (Life of Muhammad) dan autobiografi yang bertajuk The Gate to Peace of Mind : A Spiritual Auto Biography.

Falsafah, Ideologi Dan Inspirasi Okawa Shumei.


Pada mulanya, Okawa lebih cendrung sebagai pengkaji agama. Beliau mendapati Islam adalah agama yang paling sesuai untuk digabungkan dengan falsafah politiknya. Kajiannya yang mendalam telah menemukan ideologi yang dapat menarik orang-orang Asia menentang Barat (Asia untuk Asia). Akhirnya beliau semakin terpikat untuk menghuraikan segala isi yang terkandung di dalam Al Quran serta memeluk Islam. Okawa Shumei merupakan penterjemah Al Quran yang pertama di Jepun. Kajian Islam yang telah beliau lakukan terus diterima pakai dan menjadi peninggalan yang amat berharga terutamanya buat masyarakat Islam di Jepun sehingga hari ini… subhanallah.  


Artikel lain yang berkaitan.


COMMENTS

BLOGGER: 28
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Okawa Shumei: Penterjemah Al Quran Pertama Jepun
Okawa Shumei: Penterjemah Al Quran Pertama Jepun
Okawa Shumei, Penterjemah Al Quran pertama di Jepun, Islam Jepun, sejarah Jepun dan Islam,
http://3.bp.blogspot.com/-DvQpJSIuJMY/U4TaDOi4scI/AAAAAAAAGNQ/XDJQqNQyoeY/s1600/220px-Shumei_Okawa.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-DvQpJSIuJMY/U4TaDOi4scI/AAAAAAAAGNQ/XDJQqNQyoeY/s72-c/220px-Shumei_Okawa.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/05/okawa-shumei-penterjemah-al-quran-yang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/05/okawa-shumei-penterjemah-al-quran-yang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy