Isu Gejala Sosial Di Malaysia.

Isu Gejala Sosial Di Malaysia - Siapakah yang tidak mempunyai rasa bimbang terhadap gejala sosial? Ia dikategorikan sebagai gejala ‘miskin minda’ yang melanda kebanyakan remaja di negara kita...

Kesempatan dalam satu pertemuan bersama beberapa aktivis sosial yang ‘anti establishment’, membincangkan isu negatif seperti perilaku anak-anak muda dalam kancah penyalahgunaan dadah, merempit, buang bayi dan pergaulan bebas. Namun ada diantara mereka yang mempersoalkan penglibatan ahli intelek sebagai pengkaji sosial yang berteraskan rujukan teori semata-mata. Apa yang dimaksudkan, seharusnya setiap pengkaji sosial itu menyelami permasalahan dari akar umbi sebelum memutuskan sesuatu solusi. Selami lubuk kota sebagai pengukur jalanan, ‘undergrounder’, ‘skaterboy’ atau mat rempit sekali pun anda profesor di universiti. Itulah perjuangan anda sebagai pengkaji sosial dan sememangnya setiap perjuangan pasti ada risikonya…  

Sukan BMX

Fakta Gejala Sosial Di Malaysia

Di sini, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat berdasarkan kelayakan bidang pemasaran melalui subjek ‘understanding consumer behaviour’ serta pemerhatian dari 12 tahun pengalaman di jalanan dan acara remaja. Saya dapati apa yang diperkatakan ada asasnya. Secara terang namun berselindung, kita boleh perhatikan kehidupan malam di ibu kota... apa yang ada di jalan Alor, Chow Kit, belakang Kowloon… yang pasti ramai tidak tahu dimana berlangsungnya acara-acara ‘underground’ tanpa permit, acara perlumbaan haram dan lain-lain tarikan panas anak-anak kota…

Straight Edge, KL edge Day
Straight Edge, antara antidot berkesan aktivis sosial mencegah remaja dari gejala negatif

Ada golongan yang menyalahkan ibu bapa, ada pula yang menyalahkan sistem pendidikan dan ada juga yang meletakkan kesilapan itu pada arus cara hidup moden sekarang. Namun, berani saya suarakan bahawa kesalahan itu sebenarnya tidak boleh diletakkan pada satu-satu pihak sahaja. Apa yang berlaku sekarang adalah satu hakikat dimana boleh dikatakan semua pihak mempunyai sahamnya dalam menyuburkan perilaku negatif ini.

Straight Edge, KL Edge Day

Gejala Sosial Akibat Kealpaan Kita Semua.

Dalam Islam, ibu bapa mempunyai tanggungjawab penting membentuk sahsiah dan membimbing merencanakan masa depan anak-anak. Tetapi dalam zaman kini, kedua-duanya terpaksa bekerja dan menghadapi persaingan kerjaya. Kebanyakan ibu pula perlu berkerja membantu suami untuk menampung ekonomi keluarga. Maka tugas ibu dan juga bapa sedikit sebanyak terabai. Di sekolah, guru pula diamanahkan pelbagai tugasan yang membuatkan mereka tidak mampu untuk menggantikan peranan ibu bapa murid-muridnya. Tambahan lagi, sudah menjadi lumrah anak-anak muda yang lebih mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya berbanding guru mahu pun ibu bapa.

Dalam kelompok sosial masyarakat pula, kebanyakan kita sibuk berusaha meningkatkan kedudukan material masing-masing dan menjadikan sifat hidup berjiran semakin longgar. Kebanyakan lebih selesa hidup secara ‘mind your own business’. Jika ada anak-anak di kawasan kejiranan yang melakukan sesuatu yang buruk, sukar untuk ditegur kerana khuatir akan memudaratkan yang menegur. Malah ada juga anak-anak yang berani berkata “ Mak bapak saya ok je, pakcik yang menyibuk apahal?”.

Remaja Berjiwa Kreatif
Aktiviti mural antara kaedah terbaik membentuk remaja berjiwa kreatif

Ramai anak-anak muda melakukan perkara yang bertentangan disebabkan jiwa separuh sedar mereka yang memberontak. Berdasarkan kajian, kebanyakannya disebabkan paksaan tanpa disedari dari ibu bapa kepada anak agar mengikuti sesuatu bidang yang digemari mereka, bukan yang diminati si anak. Ada juga yang memberi kebebasan penuh tanpa sebarang bimbingan melainkan kewangan dan mengharapkan guru atau sistem pendidikan dapat menggantikan peranan mereka sebagai ibu bapa. Gejala sosial subur bila tiada keseimbangan asas dalam mengelola dan mendidik anak antara dunia dan keagamaan, walaupun si anak dihantar belajar ke sekolah agama.

Kesedaran Masyarakat Dalam Membenteras Gejala Sosial

Kesedaran bersama seluruh masyarakat dalam membenteras gejala sosial amat perlu bermula dari ibu bapa, kejiranan, pendidik, pemerintah dan masyarakat seluruhnya. Janganlah menambahkan lagi peristiwa ‘nasi sudah menjadi bubur’ apabila tubuh anak kesayangan terbujur di jalan raya atau di pesta-pesta atau anak gadis yang disayangi melahirkan anak luar nikah dan sebagainya. Bertambah juga anak-anak muda menjadi penghuni penjara, pusat-pusat pemulihan, rumah-rumah perlindungan termasuk juga di hospital sakit jiwa. Sesungguhnya ia menjadi peringatan buat saya juga.

Sukan Skateboard
Bersama membakar jiwa anak muda untuk generasi yang positif

Gejala miskin minda yang merunsingkan ini tentunya dapat dirungkai jika semua yang melihat perkembangan yang berlaku ditengah-tengah masyarakat sekarang bersatu dan berazam untuk sama-sama membaikinya, bukan menuding jari antara satu sama lain... Bersama-sama turun padang ala-ana Indiana Jones dan lakukan kajian di luar waktu rasmi. Dengan kemampuan yang anda miliki, pasti lebih banyak yang diperolehi untuk manfaat bersama.      


P/s : Pengalaman benar saya sendiri melihat gadis bertudung labuh penuh sopan memasuki tandas awam, tetapi keluar sebagai minah bo****. Tau tak apa minah bo****, kenal tak pakaian dan trend mereka??? Akan saya kupas dientri yang lain…

37 comments:

  1. gajet spt tel pintar juga punca penularan gejala sosial skrg.

    ReplyDelete
  2. isu gejala sosial amat membimbangkan....sekarang masa untuk bertindak dan berdakwah..sikit-sikit pun tak pe..

    ReplyDelete
  3. Generasi y lebih ganas & agresif...

    ReplyDelete
  4. tak boleh nak salahkan satu pihak... kadang-kadang elok dah mak bapa corak, tapi bila dah besar berterabur..sbb iman tak boleh diwarisi... semua kena amik peranan sbnrnya...

    ReplyDelete
  5. sayang... generasi muda kita akhirnya di takuk tu juga. Salahkan globalisasi? Salahkan kapitalisme? mungkin .... tapi sebetulnya selagi kita bergelar insan, peranan kita tak sama kurangnya.

    Ya Allah, cabaran mendidik anak muda hari ini amat tinggi, jadikanlah anak2 kami generasi muda yang cukup bekal dunia dan akhiratnya aaminn.

    ReplyDelete
  6. takut sangat bila dengar kisah-kisah begini, kerana anak mama ni meningkat usianya... dulu tak sama dengan sekarang, .. seriau rasa

    ReplyDelete
  7. cabaran ibu bapa zaman sekarang mendidik anak2..
    kalau zaman saya,sukar hendak dapatkan sesuatu yang berbentuk material..
    tapi zaman sekarang, sebut je in sha Allah dapat..tapi sesuatu yang kita tak dapat adalah kepercayaan..
    walalhuaklam

    ReplyDelete
  8. Betul en Khir, kesedaran sosial ni bermula dari Rumah pada awalnya, tetapi ia tidak terlingkung di situ sahaja, tanggungjawab yang sebenar ialah dari semua pihak...

    ReplyDelete
  9. setuju sangat dengan ulasan di atas... masalah sosial skg memang di paras yang membimbangkan... masakan tidak, budak umur pun dah kenal boyfren/girlfren.... parti liar tak usah di cerita.. langsung tiada sekatan..seolah sudah menjadi amalan biasa remaja kita...

    ReplyDelete
  10. susah nak cakap... huhuhu.... tapi kan.. mia suka yang lukis mural tu... sweet je tengok.. kreatif..

    ReplyDelete
  11. Paling penting mereka kena sayangi diri sendiri...

    ReplyDelete
  12. sebenarnya banyak aktiviti sihat yang boleh dilakukan oleh remaja zaman sekarang..mungkin kurang pendedahan atau event tentang aktiviti macam nie..Sebab itu pada pemdapat aktiviti/event sihat macam ini harus diteruskan supaya remaja boleh keep on track...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. segelintir anak muda zaman sekarang ni mmg lain mcm sikit, boleh dikatakan terlebih cerdik pun ada..segala benda nak dicuba, segala benda nak tahu. mmg bagus kalau cerdik, tapi kalu dah terlebih cerdik mmg menyusahkan..

    ReplyDelete
  14. saya setuju dengan entry ni. sebagai pengajar di intitusi pengajian tinggi, saya melihat gejala negatif ini sangat hebat dikalangan anak muda. bila ditegur, melenting dan terus meninggalkan kelas. kadang kadang hampir buntu, tetapi apa yg sy gunakan sekarang adalah kaedah reverse psikologi. masih dalam proses untuk mereka menerima teguran.

    ReplyDelete
  15. Betul tu tak boleh salahkan satu pihak saja. Kelompok masyarakat...komuniti..jkk setempat dan pihak atasan adalah bertanggung jawab..
    Selebihnya pokok pangkal diri indiividu yang terlibat itu sendiri harus berusaha untuk berubah dan balik kepangkal jalan...

    ReplyDelete
  16. Gejalam Miskin Minda yang semakin serius terutama dikhalangan malay teenagers...Dia orang ni sukar untuk dikawal dan very rebellious...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smookey Bear & palm fortune for you..

      Delete
  17. apa yang berlaku adalah melibatkan semua pihak bila berbicara tentang gejala sosial di kalangan belia dan juga remaja... cara hidup, arus kemodenan, ibu bapa, pengaruh persekitaran, rakan2... zaman sekarang memang dah banyak berubah dan membesarkan anak2 dalam zaman sekarang memang sangat challenging dan mencabar...tapi betullah, kita tak boleh lihat dari satu aspect sahaja, kita kena telus dan teliti setiap inci sudut kehidupan dan faktor2 yang mungkin menyumbang dalam masalah ni...

    ReplyDelete
  18. semua pihak kena main peranan..tak boleh nak salahkan satu pihak saja..paling penting kesedaran pada diri remaja itu sendiri untuk berubah dan mengamalkan ajaran agama dengan sebenarnya.

    ReplyDelete
  19. kalau tengok trend para remaja masa kini...memang menakutkan...kita takut sbb kita ada anak2...takut mereka terpengaruh dengan gejala2 yg tidak baik ni...semua pihak kena memainkan peranan...jgn main cakap je..teori sesiapa pun boleh cakap...yg nak betul2 turun padang..itu yg susah nk cari...sama2 la kita memainkan peranan masing2

    ReplyDelete
  20. Minta dijauhkan dari diri yang serba lemah ni.

    ReplyDelete
  21. setuju dengan bro khir.. suka entri ini...isu sosial memang semakin meruncing tetapi haruslah bersama-sama menangani isu ini..

    ReplyDelete
  22. Nauzubillahi min zalik.. isu masalah sosial ni memang menarik untuk dikupas terutamanya melibatkan remaja.sedih melihatnya...sama2 doakan..

    ReplyDelete
  23. Setuju dengan pendapat Maria Fridz. Tak ada apa yang nak ditambah. Yang penting kesedaran anak muda itu sendiri untuk membentuk hidup mereka ke arah yang lebih berfaedah. Kadang ibu bapa dah buat habis tanggungjawab mereka,tapi hidayah belum sampai ke anak tersebut - maka chances untuk terjebah ke kancah yang tidak disangka masih ada. Tengok pada siapa yang berada di red light area ? Siapakah mereka sebenarnya ? Khir tolong kupas - saya suka baca. Ramai dari mereka orang yang khatam ' q****n dan bekas pelajar .......... ( ini hakikat. Jgn dinafikan )

    ReplyDelete
  24. banyak aktiviti sihat yg mereka lakukan bersama geng mereka . tapi berapa ramai yang join ? tak semua minat dengan aktiviti sihat . saya melihat pergaulan dan pengaruh rakan sebagai penyumbang utama . di sekolah , ikut cakap cikgu . di rumah jadi anak yg soleh dan solehah . bila berada di luar , tiada cctv ibu bapa yg boleh mengekori . semakin moden dan canggih teknologi , semakin semakin besar mata dan minda mereka buka ...

    ReplyDelete
  25. Sejak tinggal di daerah hulu selangor ni, syukur sangat kerana nak lihat depan mata gejala sebegini pun kurang, walau pun ada. Walaupun gegala ini sejak dulu lagi sudah ada tapi ianya secara sembunyi...tapi kini ianya kian terbuka. Inilah yg amat menakutkan.. Semoga anak2 remaja kita terhindar daripada gejala sebegini hendaknya..

    ReplyDelete
  26. didikan agama dari ibu bapa adalah asas.. bagi memcorak kain putih.. tapi ada juga remaja di hadapan ibu bapa ok tapi sebaliknya di sekolah.. semoga mereka yg selalu terlibat dlm gejala sosial camni sedar tentang keburukan yg akan ditanggung..

    ReplyDelete
  27. Gejala ni perlu dapat kerjasama dari seluruh anggota masyarakat, dari atas sampai lah ke bawah. Kalaus sekadar menyalahkan memang jadi lirik lagu bangau oh bangau aje la.

    Saya setuju dengan ahli akademik juga perlu turun padang style Indiana Jones kerana, kalau sembang dengan ahli akademik tentang soal gejala sosial ni, memang majoriti ikut buku aje la. Kadang rasa macam ahli akademik Malaysia ni out of touch dengan public.

    ReplyDelete
  28. saya sokong apa yg En.Khir coretkan..kalau disimpulkan semuanya berbalik kepada agama.....Ajaran agama itu sendiri menyuruh untuk kebaikkan dan meninggalkan kemungkaran..Individu tahu peranan mereka kepada society....Sikap "jaga tepi kain orang" tu adakalanya perlu untuk kearah kebaikkan....Ingat satu kata-kata lecturer saya..Walaupun seluruh ahli intelek berkumpul bersama2 nak bincangkan cara mengatasi masalah social mereka tak akan dapat konklusinya kerana bukan dengan pakai formula boleh rungkai segalanya...Melainkan hanya agama...membawa kepada jalan kebenaran..:DD

    ReplyDelete
  29. pafda ika apa yang paling penting untuk mengelakkan gejala sosial ni berleluasa dalam kalangan remaja adalah dengan perhatian daripada keluarga dan sudah tentu agama...kadang2 ibu bapa ni lupa, dorang just anggap hantar anak2 pergi sekolah belajar tinggi2, belajar agama..tapi tak beri perhatian sepenuhnya pada anak2..pun boleh buat anak tu rasa kurang kasih sayang dan mereka akan cuba cari hiburan atau perhatian dari luar contohnya kawan2...

    insyaAllah, salah satu cara nak tarik anak2 muda untuk keluar daripada masalah sosial adalah dengan adakan pelbagai kempen kesedaran, aktiviti2 yang remaja mudah ceburi sambil2 tu boleh pupuk nilai2 keagamaan juga..

    ReplyDelete
  30. Pengkongsian yg berguna bro...mmg sekarang ni macam2 gejala sosial menjadi2..yg sedih nya ramai antara mereka adalah melayu... anak-anak skrg mungkin terlampau terdedah dengan internet sampai menjadi ikutan tanpa tau mana yg elok..mana yg tak...

    ReplyDelete
  31. susah sekarang bro..nak cakap kang, dia marah kita balik..tu yang susah..hmm

    ReplyDelete
  32. Ibubapa pun kadang2 sporting tak bertempat... diri sendiri yang merosakkan anak2...

    ReplyDelete
  33. Semua pihak ada peranan masing2, x bole salahkn pihak tertentu sahaja

    ReplyDelete
  34. semua orang bersalah dalam ni
    tapi bukan kewajaran nak persoalkan salah siapa
    semua orang perlu bersatu padu
    remaja tu sendiri perlu tanamkan sama ada mereka nak kata
    i wish i had atau i'm glad i did di masa depan mereka
    pilihan terletak di tangan mereka =)

    ReplyDelete
  35. Saya bukanlah cerdik pandai atau pakar dalam menyelesaikan permasalahan ini. Tetapi ini adalah pendapat melalui pemerhatian saya. Sebenarnya jalan penyelesaian yang kita semua lakukan tidak merujuk kepada al-Quran.

    Cuba kita rujuk kembali kepada sirah Rasulullah. Nabi ditugaskan Allah untuk mengubah suatu bangsa yang dah cukup sebati dengan keruntuhan akhlak. Rasulullah mulakan terlebih dahulu dengan memperkukuhkan kekuatan dalaman iaitu dengan mendekatkan bangsa Arab kepada Allah.

    Bukanlah saya nak menafikan segala kebaikan dan usaha yang dilakukan sekarang. Cuma apakata kita libatkan juga para ilmuwan yang pakar dalam agama, berbincang dengan mereka bagaimana langkah berkesan berlandaskan al-Quran.

    Wallahu A'lam. Sekadar pandagna dari saya yang daif.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.