Mengupas isu e-dagang - media sosial MHI TV3. Khairul Anuar Md Khalid.

Assalamualaikum. eDagang – Media Sosial adalah lubuk emas!

Kelebihan integrasi platform edagang – media sosial menjadi perbualan dikalangan masyarakat umum pada hari ini. Ia rentetan daripada tindakan pemerintah Indonesia yang memutuskan untuk menutup perkhidmatan TikTok Shop sebagai pembelaan pemerintah kepada para peniaga mikro yang terkesan, akibat daripada perkembangan pesat trend membeli belah melalui integrasi ‘social media-ecommerce’ ini.

Berdasarkan fenomena tersebut, saya telah diundang ke program Malaysia Hari Ini pada pagi Rabu (25 Oktober 2023) bagi mengupas isu ini. Program bertajuk E-Lubuk Emas yang dihoskan oleh saudara Hanif Miswan dan saudari Fariha Onn menjadi medan perkongsian ringkas asas integrasi pasaran digital.

Sememangnya perkembangan transformasi digital tidak boleh dipandang ringan, bukan sahaja dari kalangan warga pengusaha mikro, tetapi juga dalam konteks digital yang lebih besar merangkumi keberadaan sosial, ekonomi dan keselamatan negara.

Isu edagang-media sosial, Khairul Anuar Md Khalid, Hanif Miswan, Fariha Onn (MHI - TV3)

Evolusi eDagang – Media Sosial

Evolusi pasaran internet sebenarnya telah lama berlaku. Ia mengingatkan kembali semasa saya mula bekerja sekitar 1998. Ketika itu, internet menjadi kemunculan baru dalam industri. Malah semasa pengajian sekitar 1996 pun, kami juga didedahkan dengan komunikasi online dalam menghantar setiap assignment melalui emel.

Perkara itu sudah lama berlalu dan pelbagai evolusi serta perkembangan terus berlaku. Dunia menyaksikan penutupan beberapa industri yang sebelum itu sangat subur. Ada perniagaan terpaksa gulung tikar disebabkan industri yang diceburi sudah tidak lagi releven dengan perubahan zaman.. tiada yang mampu menghalang ia berlaku.

Kini, transformasi digital semakin pesat berkembang. Laman sesawang (website) bukan lagi satu perkara baharu. Ia keperluan bagi perniagaan dalam memacu persaingan dan reputasi perniagaan kepada pelanggan dan prospek pasaran. Begitu juga ruangan e-dagang yang membuka peluang perniagaan meneroka pasaran digital 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Penawaran marketplace melalui penubuhan portal-portal e-dagang gergasi merancakkan lagi perkembangan transformasi pasaran. ‘Marketplace’ ini terbuka kepada semua peniaga serata dunia untuk sertai. Maka, secara langsung ia menjadi pasaran terbuka yang tidak terbatas.

Kemunculan media sosial pula membuka perspektif baharu kepada individu di serata dunia. Tujuan asalnya sebagai media perhubungan sosial menjadi ‘trendsetter’ gaya hidup baharu. Semua orang boleh memiliki akaun media sosial dan berkongsi apa jua aspirasi yang diinginkan.

Melalui persaingan industri dan perniagaan serta perkembangan budaya sosiai inilah menjadi pencetus terintegrasinya trend ‘social-ecommerce’ yang diterjemahkan dalam gaya hidup hari ini.

Kupasan lanjut boleh anda tonton di sini> E-Lubuk Emas (MHI-TV3)

Secara relatif, integrasi edagang-media sosial ini bukan sahaja memudahkan peniaga dan pengguna dalam pelbagai peluang baharu, tetapi juga mampu menggugat keselamatan data peribadi dan sosial, mencetus ketidakseimbangan persaingan pasaran sehinggalah aliran tunai dan kelestarian ekonomi sesebuah negara.

Namun ia bergantung kepada tindakan kita dari pelbagai peringkat dalam memastikan kemajuan ini tidak menjadi ancaman dalam memperkasa peluang dalam era transformasi digital ini.

Baca lagi: Perlukah TikTok Shop Malaysia Ditutup?

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini:

3 Thoughts to “Mengupas Isu eDagang – Media Sosial (E-Lubuk Emas MHI-TV3)”

  1. paridah ishak

    Tahniah perkongsian terbaik n bermanfaat memangkin peneraju bisnis

    1. Alhamdulillah, terima kasih kak PI. Mudah2an ada nilaitambahnya, insyaaAllah

  2. Yusuf Chan

    Kupasan yg baik dlm tempoh masa yg singkat. Terima kasih.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.