Pengaruh Internet Dan Membimbing Anak

Pengaruh Internet Dan Membimbing Anak. Menjadi ibu dan bapa di zaman teknologi maklumat kini bukanlah satu tugas yang mudah. Alam maya dunia tanpa sepadan menjadi satu fenomena bukan hanya kepada golongan dewasa, malah teramat kuat menarik jiwa golongan muda untuk mendekatinya. Namun, disebabkan pengaruh internet dan membimbing anak, ada sesetengah ibu bapa yang mengambil keputusan untuk menghalang terus anak-anak mereka dari mendekati komputer, gadget mahu pun internet disebabkan keburukannya.

Laman siber

Pengaruh Internet Dan Keperluan Masa Kini.


Jika BR1M yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah pun memilih untuk berurusan secara on-line, ia bermaksud bahawa internet merupakan satu keperluan majoriti besar masyarakat kita. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan beberapa urusan dan kaedah pembelajaran secara on-line dikalangan pelajar sekolah. Malah untuk merujuk keputusan peperiksaan bagi sesi pertengahan dan akhir tahun dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5 pun boleh dirujuk secara on-line. Tidak cukup dengan itu, rata-rata sekolah pada masa kini juga pada kebiasaanya mempunyai laman Blog rasmi atau ‘Official Facebook Page’ sendiri. Takkanlah ‘likers’ dan ‘followers’ hanya terdiri dari kalangan guru dan ibu bapa sahaja… cubalah periksa kalau tak percaya.. :D

Justeru, aku berpendapat tindakan menjauhkan anak-anak dari pengetahuan komputer, gadget dan internet bukan lagi satu tindakan yang bijak kerana generasi muda kebanyakannya cukup mudah terpengaruh dengan segala perkembangan tentangnya. Kasihan anak-anak jika kita sedar yang mereka sebenarnya ternganga, terpinga-pinga dan terkial-kial bila bersama-sama rakan di sekolah yang kebiasaanya menjurus topik perbualan tentang apa yang diperolehi dari Blog, Twitter, Instagram, Facebook, Youtube yang lebih besar pengaruhnya daripada majalah, akhbar, radio mahupun televisyen… itulah realiti fenomena kehidupan masa kini.

Pengaruh Internet Dan Membimbing Anak, Internet Penyebab Gejala Sosial

Internet Penyebab Gejala Sosial.


Perlu juga kita ketahui bahawa asas gejala sosial biasaannya bermula dari institusi kekeluargaan yang terlalu menghalang, membiarkan atau tidak mempedulikan elemen-elemen yang mempunyai nilai kepada anak dalam hubungan mereka dengan trend dan pengaruh rakan sebaya. Internet adalah salah satu elemen yang amat bernilai kepada hampir semua generasi muda kini. Oleh itu, jangan dihalang peluang dan masa hadapan mereka, sebaliknya bimbinglah ia ke arah yang positif dengan sepenuh pemantauan serta kebijaksanaan. Jangan sampai pengaruh rakan sebaya anak-anak berjaya mengatasi pengaruh anda sebagai ibu bapa hingga menjadikan anak-anak anda seorang yang memberontak jiwanya, sama ada secara terang ataupun secara tersembunyi… nauzubillah.

Bimbingan Ibu Bapa Terhadap Pengaruh Internet Membawa Manfaat Yang Sangat Besar.


Sesungguhnya, bimbingan di alam maya itu juga merupakan salah satu tanggungjawab yang tersangat penting kepada semua ibu bapa dalam kehidupan di era teknologi maklumat ini. Ia juga menjadi satu peringatan kepada diri aku demi kebaikan masa hadapan keluarga… in shaa Allah..

Ini adalah pandangan peribadi aku berdasarkan pemerhatian. Mungkin ada perkara yang lebih baik yang dapat dikongsikan untuk kebaikan bersama. Apa pendapat anda… adakah anak-anak zaman ini perlu didedahkan berserta bimbingan atau sama sekali tidak releven selagi mereka belum habis bersekolah?


Salam Hormat, Salam Berkat.



37 comments:

  1. Hmm. Entah lah cik khir.
    Bagi qila mesti lah jgn dedahkan dulu T_T
    Sebab banyak yang negatif more than positive kan...
    Qila setuju dgn cik khir!
    :D

    ReplyDelete
  2. Bagi bunda pulak...budak kecil bawah 5 tahun tu tak perlu lah didedahkan sangat internet dan gadget2 ni...
    Mereka dalam proses membesar...biar mereka membesar secara natural dengan alat bantuan pelajaran biasa dan permainan biasa...
    outdoor games...bukan tak boleh langsung maksud bunda...
    Yang 6 tahun keatas tu dalam proses pra dan alam persekolahan... rasanya barulah dimulakan perlahan2....
    Perlu pantauan oleh segenap golongan dan setiap aspek...jangan sampai terlalu bergantung dan terdedah tanpa kawalan...
    Takut nanti mereka leka...terutama dengan gadget2..yang mana tidak ada keperluan penting pun...

    ReplyDelete
  3. bila dah sekolah akan didedahkan akan penggunaan internet..
    walau dididik dengan betul, pengaruh internet & laman sosial amat kuat

    ReplyDelete
  4. internet nie ada baik ada buruknya...
    kita yg mencorakkannya hitam/putih...
    biasanya byk neg dari positive..
    eemmm..

    ReplyDelete
  5. memang kita tidak boleh untuk menghalang anak2 kita dari menggunakan internet..Bila di rumah mungkin diorang akan ikut cakap kita,tapi bila diluar..anak-anak ni kan cepat terpengaruh dengan rakan2,
    so kena lah kita disiplin an mereka masa yang sesuai untuk menggunakannya..

    ReplyDelete
  6. betul tu En.Khir..Tindakkan menjauhkan anak2 dengan dunia teknologi bukan satu langkah yg bijak.Tepi sebaliknya,mereka perlu didedahkan dengan semua ini dan ibu bapa berperanan menjadi mentor mereka semua..:DD

    ReplyDelete
  7. Saya bagi anak guna internet, tapi secara berkala dan dengan pantauan. Apapun ita jangan bagi mereka guna secara over limit. Kalau you tube tu banyak footage yg bahaya, itu yg kena pantau

    ReplyDelete
  8. Zaman ini, kalau tak tahu komputer dan internet, alamat ketinggalanlah. Oleh itu anak2 wajar diberi pendedahan tetapi terkawal. Kita boleh setting internet kepada parental view. Ianya dijamin selamat. Begitu juga media sosial, pastikan dipantau semua rakan dan post.
    Dedahkan ilmu dan kebaikan internet kepada mereka dan bukannya menghindarkan. Lagi dihalang lagilah mereka memberontak.

    ReplyDelete
  9. pada acik kalau mahu beri gadgert harus di awasi... dan kalau guna internet itu harus di block laman carian yang tak baik...dan boleh di lakukan..sebagai orang lebih dewasa kita harus mengawasi dan memberi mana yang baik dan tidak

    ReplyDelete
  10. Bagi zumal pendedahan terhadap internet nie perlu tapi biarlah ada kawalan... Penggunaan yang tak terkawal tu yang merosakkan minda anak2...

    ReplyDelete
  11. Pada saya, gajet dan IT tidak dapat dihalang dari capaian anak-anak di zaman ini. Mungkin, peranan ibu bapa dalam memantau dan memberikan panduan dapat mencegah dari penyalahgunaan teknologi.

    Teknologi IT dan telefon pintar ni ibarat pisau. Jika betul gunanya, maka eloklah manfaatnya. Jika salah, buruklah akibatnya.

    ReplyDelete
  12. Aplikasi teknologi tu yang penting. Kalau salah guna - buruklah jadinya. Prinsip yang sama dengan isu dadah. Dadah tu tak salah. Penyalahgunaan dadah tu yang salah. Jadi kalau isu gadget IT semua ni. Pendidikan berkenaan hal-hal tersebut kena diterapkan. Pendidikan yang betul dari rumah InsyaAllah boleh membantu tangani masalah ni.

    ReplyDelete
  13. ada benarnya juga apa yang diperkatakan tu..bagi aku tak salah untuk kita mengawal tindak tanduk remaja tapi kekadang kita tak boleh terlalu menghalang kerana itu hanya akan membuatkan mereka rasa nak rabel jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. Nak berinternet atau kenal gadjet tak salah dan tak perlu halang terus... Tpi kena bijak mengawal..

    ReplyDelete
  15. tak salah nak berintenet.. tp perlu terkawal.. bkn senang tugas ibu bapa sekarang..

    ReplyDelete
  16. Perlu pemantauan......hargai kemajuan. Banyak kebaikkannya jika betul caranya.

    ReplyDelete
  17. stuju. rasanya mmg x patut kalau ada ibubaa yg memilih untuk menyekat penggonaan teknologi terhadap anak2 secara ttotal kerana ia sekarang sudah menjadi keperluan... walaupun ada keburukan datang dari penggunaan internet dan gajet, tapi kita x dapat nk nafikan dengan kemajuan ini juga ada kebaikannya. tapi sekatan itu perlu, cuma bukan secara total. mungkin lebih kepada pemantauan, spaya anak2 x terlalu leka dengan kemajuan ini..
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  18. setuju..anak-anak mesti sentiasa di awasi ,anak-anak sekarang tak macam kita dulu..apatah lagi sekolah rendah pun dah ada akaun facebook pelbagai...

    ReplyDelete
  19. Tak dinafikan internet banyak membantu Khir, tapi banyak juga keburukannya kalau disalah gunakan..So kena balancekan..dan disitulah terletaknya cabaran bagi orang dewasa untuk membimbing mereka...

    ReplyDelete
  20. kanak-kanak yg terdedah pd penggunaan internet, harus ada pantauan ibu bapa. agar mereka tahu cara menggunkan internet dgn betul. kan byk pulak kes x sepatutnya skrg ni

    abg khir jemput join segmen mudah yumida:
    http://umikasum.blogspot.com/2014/05/segmen-blogging-menang-hadiah.html

    juga buat kengkwn yg lain..jemput join semua

    ReplyDelete
  21. saya setuju apa yg bro khir katakan..tapi budak or remaja lgi dikawal tanpa kawalan yg betul skali dia memberontak lagi teruk jadinya.. boleh nak main..tapi parent kena kawal or stiing apa yg patut..
    kalau media sosial kena kawal takut pos gambar apa2 tah nanti family jugak malu..kena tahu apa yg perlu ambik tahu..sbab diorg pun.. parent.... pnah muda juga.. so paham perasaan nak mencuba dan memberontak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro khir saya ada satu pertanyaaan..diharapkan bila-bila free boleh bg repon utk enry ni ya.. terima kasih :)

      http://www.sobriyaacob.com/2014/05/cerita-gay-melayu.html

      Delete
  22. MAMA juga setuju, pemantauan harus diberi pada anak-anak kecil ni, tak sama macam kita dulu, umur setahun pun dah pandai main tepon mak ayah.. mula-mula layan utube lagu twinkle twinkle.. lepas tu, layan movie pulak.. hihi

    ReplyDelete
  23. Teringat pesan nabi, mendidik anak biarlah dengan cara/teknologi dalam zaman mereka sendiri. Bukan mendidik mengikut cara dan zaman kita dididik. Asalkan ada pemantauan penggunaan - itu sudah memadai.

    ReplyDelete
  24. semuanya kena sederhana..beri ikut keperluan,bukan kemahuan..sentiasa betulkan niat..

    ReplyDelete
  25. Nak sekat terus pun tak bagus juga... oleh itu sebaiknya adalah ibubapa perlu kawal penggunaan internet ini kepada anak2... pantau setiap site yang dilawati... berlebihan tidak baik... disekat terus juga tidak baik...

    ReplyDelete
  26. ya , internet penyumbang utama tetapi handphone adalam medium utama yg sgt mudah diakses dan ini diluar kuasa ibu bapa . pernahkan ibu bapa mengintai apa yg anak tgk di handphone ketika berseorangan terutama di dlm bilik mrk ? ... alhamdulillah dapat darli di awal pagi ...

    ReplyDelete
  27. internet mmg ada baik dan ada buruknya..baiknya utk pembelajaran..buruknya pulak bila disalah guna..budak2 sekarang kita x ajar pun dia org reti dah bukak mcm2..

    ReplyDelete
  28. wah dah mempraktikkan teknik seo ni =)

    emm betul juga kan
    semua yang mereka lakukan perlu bimbingan daripada ibubapa

    ReplyDelete
  29. Zaman kita dulu dgn zaman skrg ni mmg cukup berbeza... zaman kite dulu kurang pendedahan IT dan internet ni tapi skrg ni budak seumur awal 5 tahun pun dah tahu guna gadget... lebih2 lagi tab.. internet sebenarnya penting bagi anak-anak untuk proses pembelajaran dan pembesaran..... saper yg taknak anak2 drg bijak dan pandai kan sebab zaman skrg semua perkara berkaitan dgn IT dan Internet tp perlu diawasi dengan kerap... bagi computer di rumah.. ada 1 setting atau software yg boleh mengelakkan anak2 dr bukak web2 yg tidak elok...

    Walau bagaimana pun setiap benda atau pekara mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri... kdg2 ibubapa mmg tidak dapat mengawasi semua... rakan2 sebaya juga memainkan peranan penting....

    ReplyDelete
  30. Penggunaan Gadget dan internet perlu dipantau dan bimbingan dari ibubapa sangat penting..

    ReplyDelete
  31. hmmm... ini pula pendapat saya.

    betul apa kata abang Khir. zaman sekarang ni kita tak boleh nak lari dari dunia teknologi. kalau kita cuba jauhkan budak-budak ni dari internet or seangkatan dengannya, orang lain akan tarik diorang juga.

    kalau dari kecil tak dibagi pakai internet bagai, nanti dia dah masuk universiti, dia jadi buta IT. orang buat esaimen semua pakai internet. orang buat group work semua pakai whatsapp, pakai group facebook.

    kalau semua tu dia tak ada, susah lah. baru terkial-kial nak cuba itu ini. lama-lama dia malu.

    tapi bila dah bagi, macam ni pula jadinya. kadang-kadang ibu bapa pun tak mampu nak kawal. kalau dimarah, nanti memberontak. kalau dibagi, nanti kepala dpijak. hmmm...

    yang penting rasanya, didikan agama. banyakkan tanam diri diorang dengan ingat pada ALLAH. kalau dah rajin fikir pasal akhirat, pasal dunia ni, diorang tak terlalu taksub. mudah-mudahan.

    ReplyDelete
  32. Internet masih boleh ditapis tapi yang paling membimbangkan ialah siaran tv yang terlalu banyak adegan COMOLOT..adess

    ReplyDelete
  33. Kalau dibiarkan anak-anak hanyut dengan gajet memang ada peluang mereka akan terjermus ke arah pengaruh yang tidak sihat

    ReplyDelete
  34. It's an remarkable paragraph for all the internet users; they will obtain advantage from it I am sure. google mail sign in

    ReplyDelete

Powered by Blogger.