Peringkat Warna Baju Banduan Malaysia

Peringkat dan warna baju banduan di penjara. Jabatan Penjara Malaysia, apakah maksud banduan akhir, warna baju banduan,

Peringkat Dan Warna Baju Banduan Di Malaysia. Sewaktu melihat kata kunci carian maya di Nuffnang dan statistik blog ini, antaranya terdapat ‘keywords’ yang hampir sama. Ia adalah Warna Baju Rasmi Banduan dan Peringkat Baju Penghuni Penjara. Kedua-duanya bermaksud, peringkat dan warna baju untuk banduan, Jabatan Penjara Malaysia.

Peringkat dan warna baju banduan di Penjara Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia
Peringkat dan warna baju banduan - kredit gambar : sinarharian.com.my


Peringkat Dan Warna Baju Kategori Banduan / Penghuni Penjara Malaysia 


Berikut aku kongsikan senarai ringkas untuk pengetahuan semua.

UNGU
Baju ungu adalah untuk banduan reman yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat dimahkamah.

PUTIH
Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat dibawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.

MERAH
Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama. Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Ia bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum  ke Fasa yang seterusnya.

HIJAU
'Kolar hijau' adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2. Ia adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.

BIRU
Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.

HIJAU FLORESCENT
Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru. Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara dibawah seliaan pegawai penjara. Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.  

PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH
Tidak keterlaluan untuk aku dikatakan bahawa peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.

Pintu masuk Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Penjara Kajang, Jabatan Penjara Malaysia
Pintu masuk ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Penjara Kajang, Selangor.


Cerita Penghuni Penjara


Pasti ada diantara anda yang terlibat dalam bidang koreksional kepenjaraan, pernah mendengar dari penghuni atau bekas penghuni penjara yang lebih kurang berbunyi… Belum sampai biru dah bebas, tapi cerita mengalahkan orang hayat… agak-agaklah… syukur tak jadi BA…“. Apa sebenar yang dimaksudkan itu?... fikir-fikirkanlah…

Pelbagai pengalaman aku temui sepanjang terlibat sebagai sukarelawan koreksional, Jabatan Penjara Malaysia. Kisah penghuni dan bekas penghuni penjara… ada yang dihukum kurang dari setahun tetapi bercerita mengalahkan penghuni hukuman hayat. Ada yang menjalani hukuman yang agak lama tetapi terpaksa menerima dengan tenang dan tabah.


Namun apa yang cukup terkesan ialah bila melihat semangat kebanyakan yang dibebaskan dalam usaha mereka meneruskan haluan kehidupan ke arah yang bermanfaat dan diberkati… Semoga Allah sentiasa memudahkan hasrat murni mereka… aamiin.

Updated: Jawapan dari pertanyaan ramai berkenaan status Baju Oren.
Baju oren belum dikategori banduan. Ia baju lokap polis dan masih dibawah tahanan polis sepenuhnya.-

Semuanya menjadi pengajaran yang patut dijadikan iktibar dan peringatan untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat… in shaa Allah.


Artikel lain yang berkaitan

COMMENTS

BLOGGER: 99
Loading...
Name

Bisnes,42,Blogging,67,Durex,2,ECERDC,11,Ekspresi,117,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,IJM Land,5,Informasi,102,Intervensi,27,INTI,32,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,121,MDEC,3,Motivasi,116,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,44,RWGenting,22,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,86,Sunway,6,Teater,6,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wellness,21,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Peringkat Warna Baju Banduan Malaysia
Peringkat Warna Baju Banduan Malaysia
Peringkat dan warna baju banduan di penjara. Jabatan Penjara Malaysia, apakah maksud banduan akhir, warna baju banduan,
https://4.bp.blogspot.com/-bQjcfgMduz8/U3j-fmc5UyI/AAAAAAAAGDc/qx0H5DWa8-M/s1600/image+(1).jpg
https://4.bp.blogspot.com/-bQjcfgMduz8/U3j-fmc5UyI/AAAAAAAAGDc/qx0H5DWa8-M/s72-c/image+(1).jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/05/peringkat-dan-warna-baju-banduan-di.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/05/peringkat-dan-warna-baju-banduan-di.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy