Positive Unity For Life : Program Transformasi Sosio-Remaja Malaysia

Positive Unity For Life, Program motivasi pembangunan insan dan keusahawanan sosial, Khir Khalid Resources,

Positive Unity For Life adalah program motivasi pembangunan sosial yang mengetengahkan elemen kesedaran untuk pemerkasaan sosio-kerjaya kepada golongan remaja dan belia di Malaysia. Ia dirangka bagi menyuntik kesedaran dan membina nilai kepimpinan serta tanggungjawab sosial sebagai platform pencegahan terhadap anasir gejala sosial era digital dan globalisasi.

Empowerment Program, Modul Motivasi,

Positive Unity For Life


Positive Unity For Life bermula pada 2011, inspirasi pengalaman pahit manis kerjaya dan penglibatan dalam pelbagai kegiatan pembangunan dan kaji selidik sosio-remaja sejak 2006. Ia telah membuka peluang, kepercayaan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan, pihak institusi, pengkaji, penggiat dan aktivis sosial tempatan serta antarabangsa.

Modus operandi program merupakan visi jangka panjang dalam menyokong inisiatif transformasi sosial kepada generasi kini sebagai asas pemerkasaan akademik dan kerjaya dalam mendepani cabaran pengaruh sosiolisme dengan menyuntik kesedaran, intelektual berintegriti dan bertanggungjawab.

Fokus utama adalah kesedaran sosial yang merangkumi aspek persediaan modal insan perspektif akademik, realiti kerjaya, keusahawanan, perundangan, kepimpinan dan tanggungjawab sosial berdasarkan fakta kaji selidik sosio-remaja dan pengalaman dalam segmen online, akademik, koreksional, vokasional dan pembangunan belia.


Penglibatan jaringan kenalan sepengajian dan kerjaya yang menceburi segmen keusahawanan sosial di Amerika Syarikat, United Kingdom, Netherlands, Germany, Australia dan Singapura juga antara faktor menyuntik aspirasi diri memperkasa antidot pembangunan sosial tempatan.

Sesungguhnya, agenda pemerkasaan sosial bukan sahaja wujud melalui modul tempatan, tetapi bersaing dengan acuan 'socialpreneurship' luar negara yang masuk dalam pelbagai cara. Ada diantara modul yang tidak sesuai dengan 'eastern ideology' resmi budaya masyarakat Malaysia. Justeru, aspirasi ini juga merupakan usaha berperingkat yang memerlukan fokus serta komitmen berterusan.

Positive Unity For Life
Aspirasi pemerkasaan sosial Genovasi
Positive Unity For Life
Motivasi kesedaran SMK Subang Bestari
Positive Unity For Life
Motivasi sosio-remaja SMK Wangsa Melawati
Positive Unity For Life
Intervensi sosial Parol WPKL
Positive Unity For Life
Intervensi sosial di Melaka
Transformasi sosial Kuala Lumpur 

Pemerkasaan Sosial Tunjang Transformasi Negara


Transformasi permodenan negara perlu berasaskan ilmu sains, teknologi dan sosial yang tergabung dalam paradigma lengkap. Jika ukuran kemodenan hanya tertumpu kepada kemajuan teknologi, bangunan pencakar langit, pendapatan tinggi dan seangkatannya, saya yakin ia tidak akan beroleh titik kejayaan sekiranya idea pemerkasaan sosial masih dipandang ringan.

Sebagai Perunding dan Key Opinion Leader komuniti yang bergiat aktif dalam industri online, pendekatan kesedaran dan pendedahan strategik yang sewajarnya dari segenap aspek kepada generasi kini sememangnya amat perlu sebagai sokongan dan bimbingan membentuk pemimpin masa hadapan yang berintegriti.

Posity Unity For Life
Transformasi Hari Belia Kuala Lumpur
Positive Unity For Life
Motivasi belia Bukit Bintang
Positive Unity For Life
Kepimpinan remaja Kuala Lumpur 1.0
Positive Unity For Life
Kepimpinan remaja Kuala Lumpur  2.0
Positive Unity For Life
Kesedaran remaja SMK Subang Bestari
Asas motivasi adalah kesedaran. Ia perlu disuntik agar pemikiran positif dapat dizahirkan melalui kehidupan. Misi dan objektif utama adalah memperkasa kesedaran secara praktikal dan integratif dari peringkat akar umbi bermula sekolah, institusi pengajian hinggalah sistem masyarakat seluruhnya demi kebaikan generasi kini dan masa hadapan. 

Ia juga sentiasa menjadi aspirasi dalam memperkukuh idea sosial kepada segenap lapisan generasi sebagai perisai diri dan panduan bermanfaat. Merupakan satu amanah dan tanggungjawab diri yang turut dikongsi melalui pemerkasaan program sosio-remaja mahu pun jurnal di blog ini sebagai pendedahan 'bookwise' dan 'streetwise'. 

Positive Unity For Life
Intervensi pengkajian sosial UKM melawat Penjara Sungai Buloh
Positive Unity For Life
Intervensi sosial (Malaysia - Ukraine) bersama wakil Kedutaan Besar Ukraine di Malaysia
Intervensi sosial IM4U fm Sunway Fabrik Kasih
Positive Unity For Life
Jelajah Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia
Positive Unity For Life
Kajiselidik seksual kesihatan remaja bersama wakil FRHAM dan UPM

Modal Insan Membangun Masyarakat Berjaya


Adalah menjadi harapan agar Positive Unity For Life mampu menyumbang kepada pengukuhan transformasi sosial melalui pembangunan modal insan berkemahiran dan berkepimpinan positif terutama kepada bakal pemimpin masa hadapan negara. Pelbagai perkongsian berkaitan program motivasi pembangunan sosial juga ada dikongsikan di blog ini dari masa ke semasa sebagai jurnal informasi dan rujukan.

Pengisian dan pembentangan lanjut program pemerkasaan sosio-remaja dan modal insan, sila hubungi saya, Khir Khalid di +6010 2430097 atau emel di >SINI<.

Kenali saya di ruangan > Biodata Khir Khalid

Salam Sukses!
Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 40
Loading...
Name

Bisnes,42,Blogging,67,Durex,2,ECERDC,11,Ekspresi,117,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,IJM Land,5,Informasi,102,Intervensi,27,INTI,32,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,121,MDEC,3,Motivasi,116,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,44,RWGenting,22,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,86,Sunway,6,Teater,6,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wellness,21,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Positive Unity For Life : Program Transformasi Sosio-Remaja Malaysia
Positive Unity For Life : Program Transformasi Sosio-Remaja Malaysia
Positive Unity For Life, Program motivasi pembangunan insan dan keusahawanan sosial, Khir Khalid Resources,
https://1.bp.blogspot.com/-STEHFy_8xJs/WXsAjqQKxcI/AAAAAAAAQd8/iwWTFwMImkAh_cgegAt2QB3cWoGm3GzXwCLcBGAs/s640/Positive%2BUnity%2BFor%2BLife.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-STEHFy_8xJs/WXsAjqQKxcI/AAAAAAAAQd8/iwWTFwMImkAh_cgegAt2QB3cWoGm3GzXwCLcBGAs/s72-c/Positive%2BUnity%2BFor%2BLife.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/05/program-kesedaran-dan-motivasi-sosial.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/05/program-kesedaran-dan-motivasi-sosial.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy