Tauladan Kisah Sufiah Yusof

Tauladan Kisah Sufiah Yusof. Pernahkah anda mengetahui tentang kisah seorang insan pintar bernama Sufiah Yusof. Kisah beliau merupakan salah satu tugasan aku untuk pertubuhan NGO pembangunan sosial sebagai rujukan pengkajian psikologi sains sosial institusi pengajian tinggi (IPTA / IPTS) dalam segmen kekeluargaan. Mencari fakta sahih dalam mencatatkan kisah ini sebagai bahan rujukan juga menjadi salah satu faktor kekangan berblogging pada minggu ini. Justeru, ingin aku kongsikan secara ringkas kisah beliau untuk iktibar dan tauladan kita semua.

Tauladan Kisah Sufiah Yusof

Siapa Sufiah Yusof


Sufiah Yusof adalah seorang wanita kacukan Melayu/Pakistan yang pernah menjadi kebanggaan Malaysia suatu ketika dahulu dalam pencapaian akademik. Beliau pernah dinobatkan sebagai pelajar terpintar dan berjaya diterima masuk ke Universiti Oxford, United Kingdom ketika berusia 13 tahun pada tahun 1997.

Beliau merupakan seorang pelajar genius dalam bidang matematik mendahului pelajar lain seangkatan usianya yang rata-rata baru melangkah kaki ke sekolah menengah. Namun disebalik kisah kepintarannya, terselit pemberontakan jiwa dan dendam yang membara. Ia disebabkan perasaan terkongkong atas displin keluarga yang tidak memberi peluang beliau bergaul dengan teman sebaya seperti kebanyakan yang lain.

Pemberontakan Jiwa Sufiah Yusof


Dua tahun di University Oxford, Sufiah Yusof telah mengejutkan dunia dengan berita kehilangannya dari pengajian. Tindakannya melarikan diri menyebabkan polis melancarkan operasi mencarinya di seluruh Britain. Namun, apabila ditemui beliau menegaskan tidak akan kembali kepada ibubapanya dan meminta untuk dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak.

Sufiah Yusof telah menyatakan kepada dunia bahawa beliau sebenarnya terlalu didesak oleh bapanya untuk berjaya dalam bidang pelajaran. Perkara tersebut membuatkan beliau berasa tertekan dan menjadi cepat matang dalam usia yang terlalu muda. Bapa Sufiah, Farouk Yusof dikatakan terlalu mengongkong dengan corak kehidupan displin akademik ciptaan keluarganya. Sufiah menyifatkan kehidupan bersama keluarga bagaikan ‘neraka dunia’ dan mendesak bapanya agar tidak mencabarnya lagi. Jika tidak, beliau akan mendedahkan secara terbuka dan terperinci penderitaan yang ditanggung sepanjang hidup bersama keluarganya. Kisah Sufiah Yusof ini merupakan kontroversi kekeluargaan yang mendapat liputan meluas di Britain ketika itu.

Liputan media Britain terhadap Sufiah Yusof

Lanjutan Kisah Kehidupan Sufiah Yusof

Atas penerimaan terbuka University Oxford, Sufiah akhirnya menyambung semula pengajiannya pada 2002 dan berkahwin dengan rakan sekuliah bernama Jonathan Marshal yang telah memeluk islam pada tahun 2004. Sufiah telah mendirikan rumahtangga ketika beliau berusia 19 tahun. Boleh dikatakan satu peringkat usia yang amat muda bagi seorang yang berpendidikan tinggi.

Beliau kemudiannya mengikut suaminya bertugas di London dan Singapura. Bagaimanapun rumahtangga mereka tidak kekal kerana suaminya ingin menumpukan perhatian kepada ajaran Islam sedangkan Sufiah pula sebaliknya. Sekitar akhir 2008, Sufiah mengejutkan negara dengan berita beliau yang menjual diri sebagai pelacur kelas atasan. Sufiah hanyut bersama kenangan silam dan nikmat arus kehidupan…

Apa yang aku tahu sekitar 2012, beliau telah menginsafi atas perlakuan buruk yang telah dilakukan. Namun masih keberatan untuk bertemu dengan kedua ibubapanya. Mudah-mudahan ianya sesuatu yang benar.. sama-samalah kita doakan untuk kebaikannya... aamiin. 

Artikel terkini Sufiah Yusof

Melihat keadaan ini menyedarkan aku bahawa manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi dan membesar melalui proses kehidupan. Tauladan Kisah Sufiah Yusof... Kecelaruan identiti sosial dalam pembesaran minda kanak-kanak, remaja dan dewasa boleh membawa akibat yang memburukkan. Kepintaran yang dikejar kadangkala terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi… wallahualam. Menjadi peringatan buat diri ini juga...

Jika ada dikalangan pembaca yang mengetahui kisah beliau yang terkini dan yang selanjutnya, bolehlah dikongsikan agar ia menjadi panduan dan peringatan berguna buat kita semua.


92 comments:

  1. sebenarnya semua orang nak anak pandai, lebih2 lagi dalam dunia yang kompetitif sekarang... ada parents memang terlalu mendesak anak2... tapi sebenarnya salah cara ni... bila ibu bapa terlalu mendesak anak2 akan retaliate... ada cara lain sebenarnya nak pastikan anak2 berjaya dalam pelajaran.... excel dalam pelajaran, macam mana caranya itu yang parents kena mainkan peranan dan bijak mencari peluang serta ruang untuk atur strategi tu... apa2 pun, yang penting kena berjaya pelajaran dunia dan juga akhirat...Wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Farah.. ibubapa mana yg tak mahu anak2nya berjaya kan.. Keseimbangan dunia & akhirat tu mmg perlu ada. T kasih.. :)

      Delete
  2. Sufiah ni dah insaf ke atau dah kaya dengan hasil pelacuran..huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam Admin.. harap2 dah insaflah...

      Delete
    2. Pernah trbaca blog sblum ne, ada wrtawan yg mnyamar utk mnemuramah sufiah, beliau mmg dh insaf & mula mmakai hijab..wallahualam..

      Delete
    3. In shaa Allah, mudah2an... Kita doakan yg terbaik buat beliau... aamiin. T kasih Syahwinn atas infonya.. :)

      Delete
    4. pernah tgk 1 dokumentari skrg sufiah dh insaf....memperbaiki diri menuntut ilmu agama dan membantu pelajar2 lain...

      Delete
  3. Pernah terbaca kisah Sufiah ni.. bermula dengan kegemilangan seterusnya tragik dan kita harapkan berakhir sempurna.. in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Nurul... sama2lah kita doakan.. aamiin..

      Delete
  4. Sufiah...ikon pembelajaran yg menjadi sebutan..sebab tu kita yg ada anak ni kena betul2 didik anak kita...bukan dengan utamakan ketegasan but let them feel the freedom..tp dengan disiplin...sebenarnya didikan tu yg mencorak anak2...sekarang duni bertambah moden kan...anak2 dh advance..jd ibu bapa kena bersikap yerbuka dlm mrndidik anak2 tetapi tetap mengekalkan disiplin dan ajaran agama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul tu AS.. setuju.. yg penting mereka faham apa yg sebenarnya kita harapkan. Bukan utk kita, tp utk mereka... Mudah2an kita semua dijauhkan dari perkara2 yg memburukkan... aamiin.

      Delete
  5. Kita berdoa yang terbaik untuk adia sofia...semoga dirahmati dan diberkati Allah kehidupannya selalu. Amin,insyallah.

    ReplyDelete
  6. Doakan yg terbaik utk sofiah yusof..snggh mlm ke sini en khir. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Syaz. T kasih sudi singgah.. :)

      Delete
  7. pernah terbaca kisah dia suatu ketika dahulu
    kesian jugak pd dia, walaupun time dulu ramai yg menghentam dia
    moga hubungan sofiah berbaik dgn keluarganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... kita doakan yg baik2 je lah kan Yumida... :)

      Delete
  8. ecah pernah baca berita pasal dia ni.. tapi tu lahh.. sebagai orang islam kita kena berpegang teguh dgn ajaran islam. kalau betul2 teguh terhadap islam, insyaAllah masalah sebegini tak kan berlaku. smoga dia mendapat hidayah daripada yg Maha Esa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. nak menerapkan kefahaman tu pun mmg kena cari jln yg sebaiknya lebih2 lagi zaman skrng ni kan ecah... Semoga beliau mendapat hidayah Allah... aamiin.

      Delete
  9. Kadang2 kita terlalu menekan mereka pun tak berapa molek. Kesudahannya, anak akan memberontak dan natijahnya bukan pada anak tapi pada parents jugak.

    Satu peringatan juga buat anim sbg ibu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul tu Anim.. itulah yg sgt2 dirisaukan. Peringatan buat diri sendiri juga.. T kasih..

      Delete
  10. Just apa yang boleh dibuat hanyalah berdoa yg terbaik untuk dia.....

    awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. sama2lah kita mendoakan yg terbaik.. aamiin. T kasih Taufiq.

      Delete
  11. Sayangkan anugerah yang diberi Allah berakhir dengan tragedy..Semoga beliau kembali ke pangkal jalan & disatukan kembali dengan familynya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Downy & Netum & DIGI for you..

      Delete
    2. In shaa Allah Raudzah.. sama2lah kita mendoakan yg baik... aamiin. T kasih.. :)

      Delete
  12. pernah terbaca juga pasal genius ni..terkejut juga jadinya..moga semuanya ada jalan kembali...

    ReplyDelete
  13. saya mengikuti tapi tak semuanya . bila keperluan kebijaksanaan melebihi agama , itulah jadinya . dapat nestle jer . digi lak bagi peringatan suruh byr bill ... ahak ahak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga menjadi peringatan yg baik buat kita semua Vee.. T kasih.. :)

      Delete
  14. Kecoh dulu kisah si sufiah ni masa dulu bukan sahaja kejayaannya malah zaman gelapnya juga. Apa2xpun kita doakan yang terbaik. Dia pun sekarang menuju ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul tu Bahrain.. zaman kebanggaan & kesedihan. Semoga menuju ke arah kebaikan... aamiin..

      Delete
  15. sewajarnya insan2 sebegini usah dikeji... manusia mana tak buat silap dan tersasar... sebaiknya, kita doakan beliau kembali ke jln Allah dan kembali kpd keluarganya dgn baik. Amiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ieta.. bersama2lah kita semua doakan kebaikan buat beliau & keluarga. Mudah2an kita semua juga beroleh keberkatan dlm kehidupan... aamiin...

      Delete
  16. Deno pernah baca kisah Sufiah masa deno remaja.. kesian juga kat dia sebab jadi macma tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg satu kisah yg menjadi peringatan deno... wallahualam...

      Delete
  17. pernah terbaca kisah berkenaan sofiah yusof ni dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg satu cerita yg hebat diperkatakan satu masa dahulu kan Pha Is...

      Delete
  18. Bkn hanya kecemerlangan akademik shj yg pntg..tanpa ajaran agama yg teguh kita tidak akn kemana juga. Sama2 lah kita jadikan tauladan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wawa.. semoga menjadi peringatan & tauladan buat kita semua...

      Delete
  19. semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah utknya..
    sygkan seorg yg terlalu bijak hancur mcm tu jer..
    mudah-mudahan kisahnya ,menjadi renungan utk kita
    sebagai ibubapa...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Haslinda... kasihan kpd Sufiah, kasihan juga kpd ibu bapanya... renungan yg mendalam buat kita semua sbg ibu & bapa...

      Delete
  20. saya mohon keampunan buat sufiah yusof..kisah dia memang tragis dan saya faham menjadi seorang yang genius bukan satu kelebihan jika tak kena pada caranya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. pengajaran buat kita semua. Semoga diampunkanlah... aamiin..

      Delete
  21. Adalah lebih baik besederhana dalam segenap aspek kerana itu yang disarankan untuk kita semua..yang utama adalah bagaimana ibu bapa itu mendidik anak anak dengan kasih sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul tu Perdu cinta.. keperihatinan mmg penting & berserdahanalah dlm setiap aspek.. mudah2an menjadi peringatan yg baik buat kita semua...

      Delete
  22. kisah yang pernah menggemparkan kita..seorang yang bijak kemudian hanyut..
    penerapan agama itu lebih penting dari terlalu mengongkong anak untuk jadi pintar..biarlah ianya berlaku dengan sewajarnya..rahsia Allah, menyuruh kita berfikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mar... peringatan & tauladan buat renungan kita semua...

      Delete
  23. yee....aku ingat lagi kisah pasal ini walaupun agak samar2..cuma aku tak tahu laa plak detail jalan ceritanya sebelum baca entry ini...tapi pendapat aku kisah ini sepatutnya menjadi panduan kepada parent2 yang berada diluar sana..sebagai parent kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita tapi jika kita terlalu mendesak, result yang keluar mungkin berbeza daripada apa yang kita harapkan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Strider.. budak2 zaman skrng ni bnyk dugaannya.. klu strict pun, biarlah bersesuaian dgn keadaan kan... sama2lah kita jadikan peringatan...

      Delete
  24. Thanks sharing...semoga menjadi taudalan

    ReplyDelete
  25. jadikan ia sebagai pengajaran buat kita, moga dijauhkan perkara ini dengan anak-anak kita kelak..aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. aamiin.. Pengajaran buat peringatan kita semua... moga dijauhkan...

      Delete
  26. Hidayah Allah tu sangat mahal....

    ReplyDelete
  27. Aku boleh faham tekanan yang Sufiah ni pernah hadapi. Aku waktu kecik dulu pun kena pressure jugak dengan mak aku dalam bidang akademik, sebab masa awal aku sekolah, aku nu pernah dikira sebagai high achiever.

    Mujur bapak aku sporting sikit. Kalau tak mau aku tertekan sewaktu membesar. Cuma tertekan sampai nak jadi gigolo tu tak mungkin la kan walaupun nama aku dengan Sufiah Yusof ni dekat-dekat sama. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik nama dekat2 dah.. mintak dijauhkan bro he..he

      Delete
    2. Hehee.. klu jadi gigolo silap2 aku dpt buat kajian & buat entri ttg Sylarius Yusof lah pulak huhu.. :D

      Delete
    3. kelakar la plak baca komen sylarius..hehehehe...

      Delete
  28. wah bgus entry ni ..ingat lagi dlu pnah kecoh dgn isu ni..budak bijak malaysia jadi pelacur di oversea;. tapi x sure sangat apasal kes ni terjadi.. good entry pencerahan dan detail yg bgus mngenai peristiwa ni bro..nampaknaya zaman skrg kaeadah mngajar anak mugkin perlu diubah selari dgn pkembangan semasa tapi nilai2 murni timur dan islam harus dilaksanakan cuma perlaksaanaan yg lebih open dan bijak perlu diterapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... mmg zaman smakin berubah.. pemikiran & pengaruh manusia juga berubah. T kasih bro Sobri.. :)

      Delete
  29. muga kisah ini dapat menjadi pengajaran pada ibu bapa dalam mendidik anak2.. jangan terlalu mendesak anak2 demi mengejar nama dengan a++++..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Nah... siapa yg tak mahukan a+++ kan... tapi tak perlulah mendesak sehingga lari tujuan asal utk berjaya... mmg menjadi pengajaran...

      Delete
  30. ya.. pnah tahu kisah sufiah ni.. tapi tak tahu lbh trperinci.... kiranya benar beliau sudah insaf.. sama2 kita doakan yang trbaik buat beliau.. amin
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/05/kisah-aku-dia-dan-mereka.html

    ReplyDelete
  31. mcm ingt2 lupa pulak pasal ni..tp semoga kisah ni dpt jd iktibar utk kat semua ibubapa kat lua sana..xsemua anak suka dikongkong..nak kongsi sikit jugak la sebab niesa ada 2 org kwn yg sentiasa dikongkong pergerakkan dan pergaulan..sampaikan ber-sms dgn lelaki pn boleh kena penampar.. Bila berjauhan dengan keluarga, hidup jadi terlalu bebas. Keluar malam-malam buta balik 2,3 pagi. Semua ibubapa nak yg terbaik utk anak2kan..mmg tak salah mengongkong tp kena pandai cara kawal anak2..sekadar pendangan sebagai seorang anak muda wpn blm berkeluarga.hehehe

    ReplyDelete
  32. IQ, EQ dan SQ perlulah seiring.. mcm kes dia ni, IQ terlalu dititikberatkan sehingga EQ dan SQ masih terumbang-ambing... sy yakin ramai lagi org islam diluar sana mcm ni.. moga2 kita semua bersederhana dalam segala hal agar emosi kita tidak membawa kita ke jalan yg dibenci oleh Allah SWT..

    ReplyDelete
  33. semoga kisah ini menjadi iktibar kepada para ibu bapa dalam proses membesar anak2...

    ReplyDelete
  34. Salam bro... teringat aku kembali kisah sofiah ni... dulu masa dier ke UK..abis seluruh channel siarkan kisah dier ...pastu bertahun2 senyap...pastu kuar berita balik dgn sebagai seorang pelacur kelas atasan.... anak2 ni klu ditekan kaw2..mesti jiwa akan timbul perasaan memberontak... biler dah jiwa rebel ni mmg akan buat perkara2 yg wajar...... moga jadi iktibar kepada para ibu bapa dalam proses membesar anak2 di zaman skrg....

    ReplyDelete
  35. baca cite ni terus teringat kembali kontroversi yang melanda
    suatu ketika dulu, hancur harapan ibubapa dia
    tapi tulah manusia, pnuh dengan kekhilafan
    cuma rasanya sufiah tak wajar menyalahkan ibubapa dia sahaja
    mungkin dia belum jadi parent

    apapun ianya merupakan kisah yang menjaid iktibar

    ReplyDelete
  36. semua ibu bapa inginkan yang terbaik utk anak2 mereka...sehingga lupa pada kehendak anak2 itu sendiri...semoga ianya menjadi iktibar kepada kita semua...

    ReplyDelete
  37. Ye.....ingat kisah dia ni....
    Terlampau ekstream dalam pendidikan anak anak pun tak boleh jugakkan.Mereka tak berpeluang nk menikmati zaman kanak kanak dan akhirnya memberontak....
    Sayangnya ....bila kita kehilangan saudara seislam yg genius cenggitu

    ReplyDelete
  38. doakan jelah yang terbaik untuk Sufiah...

    ReplyDelete
  39. salam. nice sharing..sy hampir da lupa da cerita ni..

    ReplyDelete
  40. Bagus entri ini, kita sebagai khalifah Allah perlu beringat akan semuan benda adalah hak Allah. Dalam masa sesaat sahaja segala kehidupan boleh berubah atas kehendak-Nya. Tq sebab share dan saya nak jemput encik singgah blog saya http://www.kacamataview.com/

    ReplyDelete
  41. Pernh terbaca dgn kisah sufiah ni,itulah..bkn mudah mjadi plajar cemerlg,harap2 amalina yg cmerlg tu,takde la smpai mcm ni,apa kisah yer pasal amalina tu? Lama tak update cerita pasal dia
    .

    ReplyDelete
  42. Semoga kisah sufiah ini dapat menjadi pengajaran bukan saja kepada remaja2 tetapi kepada para ibu bapa juga... jangan terlalu memaksa anak2 mengikut apa yang kita inginkan... fikirkan juga apa yang mereka inginkan...

    ReplyDelete
  43. memang ia berita yang agak mengejutkan pada mulanya, tapi kita kena terima hakikat dan mula belajar serta menjadikannya sebagai ikhtibar...

    ReplyDelete
  44. ambil pengalaman org sebagai iktibar...anak ibarat kain putih, ibu bapa yg mencorakkan...nak cantik ke, serabut ke, mendamaikan ke, pilihan di tangan parent. parent pon kena ada ilmu. ilmu parenting. tak reti, kena lah merujuk org lain. sesekali kena muhasabah diri. betul ke apa yg aku buat ni. semoga irra dapat membentuk anak-anak menjadi soleh n solehah

    ReplyDelete
  45. kalau terlalu memberi penekanan kepada anak, boleh buatkan jiwa mereka memberontak

    ReplyDelete
  46. Pernah juga ikuti kisah sufiah yusuf ni...ramai yang bercakap bukan apa segalnya dari tekanan perasaan jugak...zaman kanak2 lagi dah tertekan oleh ibu bapa untuk terus belajar,, tak ada ruang untuk bersuka seperti anak2 yang sebaya...

    Itulah salah satunya penyebab sufiah mencari hiburan sendiri keluar dari belenggu keluarga....wallahu'alam...

    ReplyDelete
  47. Kita doakan yang baik2 saja utk beliau yang telahpun insaf atas perbuatannya

    ReplyDelete
  48. Baru2 ni tv 3 berjaya menemuramah sufiah...kesian dengar kisah hidupnya...hidup tanpa keluarga, sentiasa dalam ketakutan untuk memberitahu tempat tinggal sebenarnya...takut dengan press...cuma dia yang mengalami lebih tahu mengapa dia jadi begitu...namun dia masih tak menyalahkan mak bapaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap insan layak mendapat peluang kedua dalam kehidupan ini... Bersamalah kita mendoakan jln kebaikkan serta dipermudahkan segalanya buatnya... aamiin..

      Delete
  49. Tanpa kisah Sufiah mungkin kita tidak nampak akan kepincangan yg berlaku. Sesungguhnya setiap yg berlaku itu ada hikmahnya. Allah memilih beliau utk menghadapi segala ujian ini... Sekiranya beliau berjaya, InsyaAllah...akan ada sinar kebahagiaan dimasa hadapan. Doakan semoga beliau diberi petunjuk dan hidayah...

    ReplyDelete
  50. semoga kisah sufiah ini boleh kita jadikan iktibar,.tiada kata lain,.hanya mendoakan agar beliau mendapat hidayah,InshaAllah,.

    ReplyDelete
  51. tercari2 kisah tentang saudari sufiah ni. rupanya begitu ceritanya. semoga menjadi pengajaran bagi kite semua insyaAllah. aminn

    ReplyDelete
  52. Kesian. Apabila kepintaran dianggap lebih hebat dari ajaran agama, inilah padahnya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.