Apabila Khir Khalid Belajar SEO

Belajar SEO, Kepentingan ilmu SEO dalam dunia blog. Blogger dan SEO.

Apabila Khir Khalid Belajar SEO - Cuti sekolah, belum lagi dapat ke mana-mana kerana anak kedua aku perlu menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Minggu ini, ‘puan mem’ berada di kampung bersama anak sulong, maka tinggallah aku dengan anak-anak yang lain. Jadilah aku ‘Mr Mama Khir Khalid’ huhu…

Puteri Central Park di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Ingin aku berkongsi pengalaman yang menyedarkan aku tentang pentingnya memahami ilmu Search Engine Optimization (SEO) dalam dunia berblogging ini. Apa itu SEO, tidak perlulah aku perjelaskan kerana telah banyak artikel mengenainya yang boleh di ‘Google’. Tambahan lagi, aku bukannya pakar dalam ilmu SEO. Tengoklah tajuk tu, Apabila Khir Khalid Belajar SEO…  Maka, biarlah pakar yang bercerita.

Kesedaran Belajar SEO


Sewaktu bersantai melihat gelagat anak-anak di taman permainan kawasan perumahan, aku telah disapa seorang lelaki lingkungan awal 50an. Beliau juga antara ibubapa yang membawa anak bermain di situ. Menyedari aku terasa diperhatikan, akhirnya beliau mendekati dengan senyuman. “Assalamualaikum… Khir Khalid ye…”. Sambil berjabat tangan dan menjawab salam, aku membalas jawapan.

Misteri aku terjawab bila ditanya.. “Khir ada menulis blog kan?”. Ohh.. ada peminat juga rupanya aku ni... nasib baik lelaki yang datang huhu… Rupa-rupanya, beliau terjumpa blog aku di carian Google sewaktu melayari alam maya meninjau ‘Gambar Tasik Puteri’. Katanya lagi, “Saya perasan muka sebab yang tulis blog tu orang sini, jadi ingatlah... manalah tau terjumpa sebab saya baru pindah sini…”.  Seterusnya kami berbual panjang dengan bermacam-macam topik yang keluar. Aku ‘kaget’… blur... teruja dan tipu kalau tak seronok… Alhamdulillah, dapat kawan baru... J J

Berpunca dari pertemuan itu, secara praktikal aku sedar perlunya belajar SEO secara berterusan.

Kepentingan SEO Dalam Dunia Maya


Sebagai blogger yang bantai menulis, pastinya aku teruja dengan perkara seperti ini. Kalau ia berkaitan dengan niche blog yang aku sasarkan, mungkin ada punca-punca lain boleh dikenali. Kejiranan di Bandar Tasik Puteri ini pun bukanlah kecil… tak semua yang kenal dan sejumlah besar tidak tahu aku berblogging. Tetapi dengan izin Allah, dapat menjalin persahabatan baru di kawasan kejiranan melalui enjin carian sebagai tapak perkenalan.

Justeru, aku meng’google’ dengan ‘keywords’ seperti yang dicakap. Walaupun tersenarai di muka kedua carian Google bersama blog-blog organisasi hebat yang berkaitan, aku bersyukur. Blogger Bro Framestone tersenarai di atas… ‘Top Blogger Malaysia’!!.

Kepentingan SEO untuk blog

Peristiwa ini cukup terkesan untuk aku sedar tentang kepentingan ilmu SEO. Sebelum ini pun, banyak juga pendedahan hasil perkongsian blogger-blogger hebat. Namun, tak semua boleh dicerna dengan cepat oleh otak aku yang agak ‘gitu-gitu’ ni. Bermula dari format dan tatacara penulisan, cara mempublishkan artikel, ping entri, webmaster tools, blogwalking, komen, template mesra SEO, kata kunci... “yang aku ingat hanya penjara sahaja main kunci-kunci neh”… dan pelbagai lagi ilmu penting yang bermanfaat.

Keistimewaan Blog Dan Blogger.


Jika diperhatikan, ‘Tok Google’ itu hanyalah robot yang bijak mencari rujukan kepada yang memerlukan. Sumber maklumat yang diperolehi adalah daripada blog dan laman web manusia itu sendiri. Amatlah rugi jika ilmu ini tidak sedikitpun dipandang. Tidak semestinya anda perlu menjadi blogger sepenuh masa baru hendak mempelajarinya. Apa gunanya menulis jika tiada matlamat walaupun untuk bersantai atau suka-suka, kerana itu juga adalah satu matlamat. Biar lambat disebabkan kekangan masa, asalkan usaha mempelajarinya berterusan selagi diizinkan berblogging…

Blog dan blogger sememangnya istimewa. Kesemua ilmu dan teknik, membezakan dunia blog dengan media sosial yang lain. Ia juga menjawab persoalan tentang kenapa usaha dan perkhidmatan blogger itu harus dibayar. Amat bertepatan dengan penjelasan yang aku baca di blog Encik Titan ini :

Kredit : www.ahmadfaizal.com

Jelas… blogger adalah satu kerjaya sama ada full-time, part-time, anytime, landing-time… Sama-samalah kita mengimarahkan dengan silaturrahim ilmu untuk kebaikan bersama. Mudah-mudahan segala usaha kita bukan sahaja beroleh hasil yang bermanfaat di dunia, malah dapat juga memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak, in shaa Allah… aamiin.


P/s: Tengah jadi ‘Mr Mama’ ni… lambek sket aku blogwalking eh.. :D


Salam Hormat, Salam Mesra
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 53
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Apabila Khir Khalid Belajar SEO
Apabila Khir Khalid Belajar SEO
Belajar SEO, Kepentingan ilmu SEO dalam dunia blog. Blogger dan SEO.
http://1.bp.blogspot.com/-M4iwTkUvYGE/U4ykhMmtvLI/AAAAAAAAGRk/KgC80gwGf7s/s1600/10390202_847867748561184_3318248927349520751_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-M4iwTkUvYGE/U4ykhMmtvLI/AAAAAAAAGRk/KgC80gwGf7s/s72-c/10390202_847867748561184_3318248927349520751_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/apabila-khir-khalid-belajar-seo.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/apabila-khir-khalid-belajar-seo.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy