Artikel Plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia

Artikel plagiat, Maksud warna baju banduan di Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Petang semalam, aku menerima panggilan dari sahabat memaklumkan telah terbaca satu artikel plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia. Ia adalah salah satu artikel berkenaan isu koreksional yang pernah aku nukilkan di blog ini untuk perkongsian bersama. Hanya sedikit penambahan diawal dan di dalam penulisan tersebut, selebihnya ia di ‘copy-paste’ daripada artikel di blog ini yang bertajuk Peringkat Dan Warna Baju Banduan Di Malaysia. <<< klik link untuk perbandingan.

Artikel Plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia
Salah tu.. warna baju bukan untuk mengenalpasti kesalahan banduan..

Aku dapati artikel tersebut disiapkan hanya sehari selepas artikel aku diterbitkan. Untuk lebih lanjut berkenaan artikel plagiat atau 'copy-paste' tersebut boleh dibaca di >>>>> SINI

Plagiat Dalam Artikel Penulisan Blog


Kepada sahabat blogger yang biasa bertandang pasti tahu apa yang aku biasa nukilkan. Ini termasuk juga kepada semua sahabat yang terlibat dalam bidang koreksional kepenjaraan yang mengenali diri aku dan sentiasa membaca nukilan di blog ini. Aku pasti corak dan ayat artikel penulisan blog yang ditulis pun sedikit sebanyak dapat kita kenal, sepertimana mengenali cara penulisan antara sahabat-sahabat blogger yang biasa kita baca.

Ini juga merupakan kali kedua artikel aku diplagiat. Jika sebelum ini aku tersentap bila mendapati artikel Penjara Sejahtera aku telah diplagiat, tetapi kali ini aku sedar, inilah lumrah segelintir manusia yang tidak tahu erti integriti dalam hati mereka. Aku berpendapat, sebenarnya tiada yang bersalahan sekiranya hebahan itu dilakukan untuk kebaikan melalui rujukan dan dinukilkan semula mengikut idea penulisan tersendiri. Tetapi jika perahan akal dan pengalaman orang lain di ‘copy-paste’ tanpa memberi kredit atau backlink lalu ditambah sekadar merosakkan atau menyedapkan maklumat secara 'tangkap muat', ia tentulah sesuatu yang salah dan mengecewakan. 

Artikel Plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia
Info biar betul... mana baju Ungu.. reman penjara??
Jenis kes kesalahan banduan dicatatkan di 'kad bilik'... mula-mula dah failed... :(
Artikel Plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia
100% Plagiat & copy paste dari >>> SINI
Artikel Plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia
Memang ramai yang dalam bidang koreksional kepenjaraan akan tengok ni...
Tau ke sebenarnya yang dimaksudkan tu... agak-agaklah... fikir-fikirkanlah...
Artikel Plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia
Aamiin... p/s: Wahh.. pandai mengadjust ayat.. aktivis penjara juga ke? Bila boleh jumpa?

Isu Plagiat Di Sisi Islam


Kesempatan ini, ingin aku catatkan sedikit ulasan dari rujukan yang aku perolehi berkenaan isu plagiat di sisi Islam;

Seikh Al-Albani rahimullah berkata: “Para ulama mengatakan, “Diantara keberkahan ilmu ialah menisbatkan setiap perkataan kepada orang yang mengatakannya”, kerana yang demikian itu lebih selamat dari pemalsuan sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya;

“Orang yang (berpura-pura) berpenampilan dengan sesuatu yang tidak diberikan kepadanya bagaikan orang yang memakai dua pakaian palsu (kedustaan)”.
– HR Bukhari V/2001 no.4921, dan Muslim 111/1681 no.2129, 2130, dari Asma radhiyallahu anha).

Sesungguhnya, ia adalah sifat dusta dan berpura-pura didalam Islam… nauzubillah. Sekiranya anda seorang blogger mahupun insan yang beretika… fikir-fikirkanlah

Artikel Plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia
Kredit : www.muslimin88.blogspot.com


Plagiat, Ekspresi Dan Renungan


Apa maksudnya hasil yang diperolehi sama ada dalam berbentuk material, wang ringgit atau pujian jika budi bahasa mahupun etika sunnah pun dilanggar begitu sahaja. Bercerita tentang koreksional, adakah plagiat satu sifat yang baik untuk diteladani? Jika terkait, sama ada dengan Tan Sri, Dato’, hatta Perdana Menteri sekali pun, ia tetap sesuatu yang tidak betul. “Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara”

Bukanlah aku orang yang sombong, keras kepala mahu pun takbur. Sekadar berkongsi perasaan terkilan bila segala peringatan telah aku pahatkan di ruang penafian dilanggar begitu sahaja. Hidup kita bukan hanya di alam siber... aku orang, bukan robot.. boleh dihubungi berdasarkan maklumat yang tersedia di ruang profil. Pastinya, kebanyakkan blogger akan berasa marah atau kecewa jika artikel mereka diplagiat... ada blogger, penulis atau novelist yang gembira ke?


Justeru, jadikan ia satu peringatan. Bersama-sama kita berpesan-pesan kepada kebenaran dengan cara yang betul. Janganlah menjadi insan yang ‘nampak tetapi membiarkan’, ‘tahu tetapi buat-buat tidak tahu’… Semoga kita semua tidak tergolong dikalangan orang yang berdusta mahu pun munafik, hanya kerana mengejar sesuatu dengan cara yang kita terang-terang ketahui kesalahannya… fikir-fikirkanlah…

**Sebagaimana senyapnya artikel aku diambil, senyap jugalah aku membuat artikel ini. Semoga menjadi peringatan di enjin carian untuk tidak mengalakkan aktiviti plagiat yang hina ini.  Walaupun ilmu aku masih cetek, sekurang-kurangnya apa yang aku nukilkan adalah pengalaman dalam bidang aku sendiri... Tetapi, apa guna hebat berblogging jika etika insaniah tidak dapat diteladani... Nak sebar kebaikan biarlah kena cara dan bahasa. Nak bercerita bukan dari pengalaman dan pengetahuan lantas mencuri ayat orang lain seperti kata-kata sendiri.. siap berpesan agama lagi pehh... fikir-fikirkanlah.

COMMENTS

BLOGGER: 87
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Artikel Plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia
Artikel Plagiat Maksud Warna Baju Banduan Di Malaysia
Artikel plagiat, Maksud warna baju banduan di Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia.
https://4.bp.blogspot.com/-2rkWIB_g5OE/U6SoTUTSsNI/AAAAAAAAGcI/UkgmoAJVFwQ/s1600/10488099_859071527440806_3393368887512886679_n.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-2rkWIB_g5OE/U6SoTUTSsNI/AAAAAAAAGcI/UkgmoAJVFwQ/s72-c/10488099_859071527440806_3393368887512886679_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/artikel-plagiat-maksud-warna-baju-banduan-di-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/artikel-plagiat-maksud-warna-baju-banduan-di-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy