Intervensi Kesedaran Dan Motivasi Sosial Parol WPKL

Intervensi kesedaran dan motivasi sosial, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Parol Kuala Lumpur

Intervensi Kesedaran Dan Motivasi Sosial Parol WPKL - Setelah menghadiri intervensi lawatan ke MajlisTilawah dan Menghafaz Al-Quran ke-56 di PWTC pada pagi Selasa (17/6/14), aku berpeluang menyampaikan amanah yang diberikan pada sebelah petang dalam sesi Intervensi Kesedaran Dan Motivasi Sosial Parol WPKL bertempat di pejabat Parol Daerah Cheras, Kuala Lumpur.

Pejabat Parol Daerah Cheras, Parol WPKL, Kuala Lumpur

Intipati Intervensi


Pada sesi intervensi kesedaran dan motivasi ini, aku berpeluang berkongsi pandangan tentang kesedaran yang perlu ada bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi. Ia bermula dengan mengenal dan menerima keadaan diri seadanya. Setiap manusia hakikatnya mempunyai kebaikan dan keburukan, keistimewaan dan kelemahan masing-masing. Justeru setiap ujian dan musibah yang hadir pasti ada hikmah untuk renungan kebaikan diri. Terpulang sama ada seseorang itu sedar atau tidak dan menginsafi atas segala yang berlaku dengan redha.

Melalui keredhaan kita dapat bermuhasabah, mencungkil kebaikan yang ada agar dapat memperbetulkan kelemahan dan kesilapan melalui ruang kepercayaan yang diberikan atas jalan yang betul. Kita perlu berusaha mencari jalan terbaik untuk menghargai kepercayaan tersebut bermula dengan niat kepada diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan insan-insan lain yang membantu. Peluang kedua yang diberikan merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan sebaiknya. Jadikanlah ruang kepercayaan yang ada sebagai motivasi untuk merubah jalan kehidupan ke arah kejayaan dan kesejahteraan dunia dan juga akhirat.

Sesungguhnya, aku berkongsi hanya sekadar berpesan-pesan kepada kebenaran untuk kebaikan sesama insan.

Pejabat Parol Daerah Cheras, Parol WPKL, Kuala Lumpur

Parol Dan Peluang Kedua


Sesi kesedaran dan motivasi ini dimulakan dengan ucapan dan perkongsian dari Pengarah Parol Kuala Lumpur yang turut menyentuh tentang maksud peluang kedua. Beliau memperjelaskan dengan mendalam tentang hasrat Parol WPKL dalam menyokong keinsafan dengan suntikan motivasi jasmani dan rohani agar seseorang itu dapat berfikir secara matang demi kehidupan yang positif. Selain itu, pegawai parol dari pejabat Parol daerah Cheras juga turut menyampaikan perkongsian yang bermanfaat sebagai peringatan dan renungan kepada semua yang hadir.

Bukan semua segmen insan itu layak diparol dan beroleh peluang kedua. Ia melibatkan kepercayaan dan keyakinan dari pelbagai pihak untuk mendapatnya. Semoga intervensi kesedaran dan motivasi ini dapat dijadikan panduan dan pegangan kepada mereka yang terpilih ini untuk menempuh kehidupan dengan tabah sebagai insan berguna untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat seluruhnya… aamiin.      

Berilah mereka peluang kedua…



Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur. Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:

Logo Parol dan perkhidmatan komuniti, Parol Kuala Lumpur
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat 

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 55
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Intervensi Kesedaran Dan Motivasi Sosial Parol WPKL
Intervensi Kesedaran Dan Motivasi Sosial Parol WPKL
Intervensi kesedaran dan motivasi sosial, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Parol Kuala Lumpur
http://4.bp.blogspot.com/-1lNUvP8lKeI/U6JLCGuwfxI/AAAAAAAAGbo/zTPISUo1oW4/s1600/20140617_125535.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-1lNUvP8lKeI/U6JLCGuwfxI/AAAAAAAAGbo/zTPISUo1oW4/s72-c/20140617_125535.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/intervensi-kesedaran-dan-motivasi-sosial-parol-wpkl.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/intervensi-kesedaran-dan-motivasi-sosial-parol-wpkl.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy