Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M)

Intervensi Lawatan Parol WPKL, Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M), PWTC

Suasana menjelang tibanya bulan Ramadan yang mulia sudah mula dirasai. Ia menyemarakkan perasaan ini terhadapnya apabila aku berpeluang menghadiri program Intervensi Lawatan Parol WPKL ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al Quran Peringkat Antarabangsa ke-56 (1345H/2014M) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M) di PWTC

Program Intervensi Lawatan Parol WPKL


Seawal 8:45 pagi Selasa (17/6/14), aku bersama-sama warga Parol WPKL sudah pun berada di aras 3, Dewan Merdeka PWTC untuk menyaksikan acara hafazan Al Quran yang dibacakan oleh peserta-peserta dari pelbagai negara. Ia merupakan program intervensi lawatan inisiatif Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) sebagai salah satu elemen dalam proses kesedaran dan re-integrasi ODP / PKW melalui pendekatan Islamiah sempena Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-56. Ia juga turut dihadiri oleh pegawai dari ibu pejabat Parol Malaysia sebagai sokongan terhadap program intervensi lawatan yang diadakan ini.

Gambar-gambar sewaktu Majlis Menghafaz Al-Quran


Sempat merakam beberapa gambar sewaktu majlis menghafaz Al-Quran baharu sahaja berlangsung. Suasana dewan ketika ini masih lengang disebabkan ia masih di peringkat awal pada hari kedua dan belum sampai ke waktu kemuncaknya.

Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M) di PWTC
Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M) di PWTC
Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M) di PWTC
Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M) di PWTC
Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M) di PWTC

Maklumat Ringkas Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran


Perasmian tilawah dan menghafaz Al-Quran kali ini disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertema “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”. Menurut maklumat, kategori hafazan yang diadakan pada sebelah pagi ini baharu diperkenalkan buat julung kalinya dalam majlis yang berlangsung selama 5 hari bermula Isnin. 

Malaysia diwakili johan lelaki dan wanita kategori 30 juzuk, Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-35 iaitu Mohd Ersyad Abdullah dari Kedah dan Hanimzah Jalaludin dari Pahang untuk kategori hafazan. Manakala bagi kategori tilawah diwakili johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-57 iaitu Ahmad Tarmizi Ali dari Terengganu dan Hanimzah Jalaluddin dari Pahang. 

Secara keseluruhan, majlis ini melibatkan 38 peserta tilawah dan 30 peserta hafazan dari 26 negara.  

Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M)

Program lawatan seperti ini sebenarnya amat bermanfaat kepada semua umat Islam. Ia membuka minda sesiapa sahaja yang hadir untuk menyaksikan secara langsung dan mendengar kehebatan hafazan peserta-peserta dari pelbagai bangsa dan negara. Ia sesungguhnya menimbulkan kesayuan kalbu yang menarik jiwa untuk menginsafi diri ke arah kehidupan yang diredhai… in shaa Allah.

Kepada sahabat pembaca terutamanya yang beragama Islam, jangan lupa juga menyaksikannya secara langsung di tv... :)

Artikel yang berkaitan

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur. Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Kuala Lumpur, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Parok Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat  

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 65
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M)
Intervensi Lawatan Parol WPKL Ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M)
Intervensi Lawatan Parol WPKL, Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 (1345H / 2014M), PWTC
http://4.bp.blogspot.com/-lfk9H4DzyZA/U6DgAZsmQnI/AAAAAAAAGaU/59SCD-ymkN4/s1600/20140617_102429.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-lfk9H4DzyZA/U6DgAZsmQnI/AAAAAAAAGaU/59SCD-ymkN4/s72-c/20140617_102429.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/intervensi-lawatan-parol-wpkl-ke-majlis-tilawah-al-quran.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/intervensi-lawatan-parol-wpkl-ke-majlis-tilawah-al-quran.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy