Kunjungan Tetamu Blog Dari Israel

Kunjungan tetamu blog dari Israel

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Betullah kiranya tajuk tu... Meninjau alam siber melalui statistik di dashboard blogger. Minggu lepas boleh dikira antara jumlah statistik pengunjung yang baik buat blog picisan ini… Alhamdulillah. Namun, ada sesuatu yang membuatkan aku musykil apabila mendapati sumber kunjungan kali ini agak berlainan dari kebiasaan. Buat pertama kali blog aku telah menerima kunjungan tetamu dari Negara Israel.

Weiii.. apalah yang bani Israil ni cari sampai melibatkan blog aku nehh..!!!???

Kunjungan tetamu blog dari Israel
Statistik pengunjung (31/5 - 7/6/2014)

Statistik Kunjungan Dari Israel


Berdasarkan statistik, kunjungan dari negara Israel menduduki tempat ketiga selepas Malaysia dan Amerika Syarikat. Pehh.. tempat ketiga… ramai pulak tu sampai seribu lebih yang datang!!

Dalam kepelikan yang melanda, aku memerhatikan pula senarai ‘keyword’ mingguan yang ada. Boleh dikatakan semuanya menjurus kepada artikel yang pernah aku tulis. Maka, aku membuat kesimpulan bahawa keywords Hitler dan Islam mungkin terkait dengan apa yang pernah aku nukilkan dan mungkin menjadi antara carian maya kebanyakan mereka… agaknya…

Kunjungan tetamu blog dari Israel

Kepada yang ingin membacanya boleh klik di sini >>> Adolf Hitler Dan Islam

Kesimpulan Kunjungan Tetamu Israel


Namun, tergerak juga untuk aku menyiasat dengan lebih lagi atas kemusykilan yang masih ada. Pagi-pagi tadi aku meninjau statistik blog dan mendapati salah satu lagi artikel yang pernah ditulis ada tercatat sebagai carian keywords (day) hari ini. Maka, ini lebih menepati sangkaan dan kesimpulan terhadap apa yang aku musykilkan walaupun ianya dalam bahasa Melayu.

Kunjungan tetamu blog dari Israel

Ia pasti berkenaan dengan artikel ini >>> Rothschild Dan Teori Konspirasi

Artikel tersebut hanyalah review sebuah buku berkenaan tokoh Yahudi dan konspirasi mereka terhadap dunia ini. Aku rasa kalau mereka ‘translate’ penulisan aku pun tiada apa yang menarik untuk mereka ketahui. Paling tidak pun, mereka akan cari buku itu untuk dibeli… wallahualam.

Asalkan mereka tak melabelkan aku pro-sosialis, regim atau pengganas sudahlah ya bani Israil huhu…

Ingin aku bertanya, ada tidak dikalangan sahabat blogger yang pernah menerima kunjungan dari kaum bani Israil a.k.a Israel seperti yang aku alami ini. Mohon kongsi dengan sedikit pencerahan ye... Terima kasih. :D



Salam Hormat & Salam Mesra

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 64
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kunjungan Tetamu Blog Dari Israel
Kunjungan Tetamu Blog Dari Israel
Kunjungan tetamu blog dari Israel
http://3.bp.blogspot.com/-YW4UqrTu3DU/U5Ij6fjoPCI/AAAAAAAAGSw/hxAmsKQOrXk/s1600/10437787_850547114959914_2205002015362283265_n.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-YW4UqrTu3DU/U5Ij6fjoPCI/AAAAAAAAGSw/hxAmsKQOrXk/s72-c/10437787_850547114959914_2205002015362283265_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/kunjungan-tetamu-blog-dari-israel.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/kunjungan-tetamu-blog-dari-israel.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy