Menghargai Bakat Muda Dalam Masyarakat

Menghargai bakat anak-anak muda untuk pembangunan ummah.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Sesiapa yang mengkaji sejarah akan mendapati bahawa masyarakat terdahulu sangat menghargai bakat-bakat muda. Bukanlah bermaksud aku arif dalam mengkaji ilmu sejarah, hanya sekadar melontarkan pandangan melalui pemerhatian diri yang kerdil ini. Aku dapati kebanyakan sumbangan tokoh-tokoh yang tertulis dalam lipatan sejarah peradaban dunia dan juga Islam terdiri dikalangan mereka yang muda-muda usianya. Cubalah selidiki dengan sebaik-baiknya dan maaf sekiranya aku khilaf…

Menghargai bakat muda dalam Islam, Taman Sri Gombak

Bakat Muda Dalam Sejarah Islam


Masyarakat Islam terdahulu tidak menilai seseorang kerana usia, sejarah silam mahupun keturunannya, akan tetapi potensi yang dimilikinya. Antara bakat muda dalam sejarah Islam yang aku temui adalah Attab bin Usaid yang pernah dilantik oleh Baginda Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin kota Mekah ketika usia beliau 17 tahun. Baginda juga pernah mengangkat Usamah bin Zaid sewaktu berusia 20 tahun sebagai ketua ke negeri Syam (Syria) walaupun terdapat orang yang jauh lebih senior dan berpengalaman.

Selain itu, sewaktu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berniat mengumpulkan ayat-ayat Al Quran, beliau memilih Zaid bin Thabit yang berusia 22 tahun menjadi ketua perintis projek tersebut. Begitu juga dengan Khalifah Umar bin Al Khattab yang sentiasa membawa Ibni Abbas dalam setiap mesyuarat tertinggi negara sebagai penasihat beliau. Ibni Abbas banyak memberi saranan dan pandangan kepada Sayidina Umar untuk pentadbiran negara ketika usia beliau 20 tahun.

Hikmah Bakat Dan Suara Anak Muda


Berdasarkan apa yang aku perolehi, pasti ada hikmah yang tersembunyi dalam fakta di atas. Jika diperhatikan secara relatif dengan dunia masa kini, sememangnya keyakinan kita terhadap bakat dan suara muda ini ada hadnya. Jika melibatkan urusan ke peringkat tertinggi mahupun sesuatu keputusan yang penting, pasti ramai yang sangsi tentang umur dan kelayakan melangkaui bakat yang ada.

Namun, aku juga akur atas sesetengah perkara yang menjadikan kita semua kurang berkeyakinan dengan tindakan atau keputusan yang mereka ambil. Bukanlah disebabkan usia, tetapi pengaruh dan pemikiran yang mereka serap kadang-kala tidak selaras dengan kefahaman Islam dan juga konsep teras dalam kehidupan masyarakat sekeliling. Sungguh pun begitu, ia tidaklah bermakna suara mereka tidak langsung boleh didengar atau diambil perhatian.

Menghargai bakat muda dalam masyarakat

Disebabkan bercambahnya ideologi revolusi ‘rebel’ masa kini, sepatutnya golongan seniorlah yang perlu turun mendekati anak muda dengan akal senior yang "senior", bukan sebaliknya. Maka, mana yang anda mahukan... pemimpin yang turun mendekati rakyat atau sebaliknya? Contoh kepimpinan melalui tauladan seperti itu dapat mencipta kesinambungan dan penghormatan yang tinggi daripada anak muda kepada golongan senior. Ia dapat membentras jurang ‘senioriti’ ciptaan barat dan menjinakkan gejala sosial memberontak dikalangan anak-anak muda. Secara tidak langsung mampu melahirkan generasi muda yang lebih matang, inovatif, beriman dan berpandangan jauh mengikut kesesuaian peredaran zaman.

Dengarlah Suara Anak Muda


Melalui bakat yang terukir dalam lipatan sejarah jelas memberi mesej penting untuk kita semua. Sesungguhnya, anak-anak muda adalah aset Islam yang tidak ternilai dan memiliki potensi yang besar dalam memajukan umat. Berilah ruang kepada mereka untuk bersuara dan menyumbang buah fikiran segar yang bermanfaat dengan bimbingan dari yang senior. Dengarlah dan hormati suara-suara mereka kerana hikmah pastinya boleh keluar dari sumber yang tidak kita sangka.

Justeru, aku menegaskan bahawa Islam tidak pernah meremehkan suara-suara muda apatah lagi tidak memandangnya langsung. Adalah menjadi tanggungjawab kepada golongan yang lebih usianya untuk mendekati, membimbing dan membuka peluang buat mereka selaras dengan tuntutan Islam dan juga peredaran zaman. Sesiapa yang mengaibkan suara-suara ini secara tidak langsung telah menzalimi mereka dan diri sendiri serta merugikan kekuatan umat Islam seluruhnya di era globalisasi ini… wallahualam.


Salam Hormat & Salam Mesra.

Khir Khalid.


COMMENTS

BLOGGER: 33
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Menghargai Bakat Muda Dalam Masyarakat
Menghargai Bakat Muda Dalam Masyarakat
Menghargai bakat anak-anak muda untuk pembangunan ummah.
http://2.bp.blogspot.com/-VIfONXLndsU/U5CtZA6EEKI/AAAAAAAAGSM/08gtpAsBwJc/s1600/308774_491841090847986_1525800590_n-edt.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-VIfONXLndsU/U5CtZA6EEKI/AAAAAAAAGSM/08gtpAsBwJc/s72-c/308774_491841090847986_1525800590_n-edt.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/menghargai-bakat-muda-dalam-masyarakat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/menghargai-bakat-muda-dalam-masyarakat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy