Menukar Template Baru Di Blog

Jurnal, Menukar template baru diblog.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Hampir 2 minggu aku mencari-cari, meninjau-ninjau alam maya… akhirnya bertemu juga apa yang berkenan di hati. Hampir seharian juga aku terkial-kial mengolah untuk menukar template baru di blog. Maklumlah, orang baru dan blur macam aku ni… eh sana, eh sini… kira bolehlah ni untuk mukadimah.

Karnival Aiman Motorshow, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Template Dan Mini Karnival


Pada hari minggu yang lalu, kebetulan ada mini karnival selama 2 hari yang berlangsung dikawasan kejiranan. Bermacam-macam benda ada di sana yang pada awalnya aku tak pasti niche mini karnival tersebut. Tetapi berdasarkan acara utama, ianya merupakan karnival permotoran. Layan jugalah tengok motor-motor, kereta modified dan sebagainya.

Kami tidak merancang untuk ke sini. Disebabkan ianya terletak di tapak pasar malam taman perumahan membuatkan kami terus singgah selepas membeli barangan dapur di kedai runcit berhampiran. Seperti kebiasaan pada setiap karnival yang menyajikan pelbagai jualan. Minat aku tertumpu pada jualan barangan terpakai dan ‘rare’… sempoi juga melihat-lihat barangan vintage yang ada. Anak-anak dah tertumpu matanya ke kawasan permainan yang disediakan. Tidak kurang juga dengan puan mem. Biasalah kalau orang perempuan kalau ke mini karnival… pesona baju, tudung dan aksesori memanggil-manggil huhu..    

Karnival Aiman Motorshow, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Sedang aku melilau tanpa arah… terjumpa pula booth yang menawarkan perkhidmatan mencetak t-shirt segera (heat press), membuatkan aku tergerak nak usha line... Rupa-rupanya, pengurus acara karnival itu yang membuka booth heat-press di situ. Disamping beliau perlu berjaga sepanjang karnival, boleh juga menambah pendapatan tunai… bijak sungguh… pandai menggunakan peluang yang baik. Memandangkan aku tak perlu pergi jauh dan tertarik dengan keramahannya, tergerak untuk mencuba print t-shirt. Memang hebat event manager tu punya marketing.. :D :D

Karnival Aiman Motorshow, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Karnival Aiman Motorshow, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Sempat balik ke rumah dan minta tolong puan mem mengedit design dan hasilnya… layan eh.. :D

Khir Khalid - Blogger Malaysia
Bagi anak pakai kalau ada aktiviti kelab di sekolah... promo.. promo.. :D :D

Template Untuk Blog


Justeru, inspirasi dari t-shirt aku tambah sedikit modal dengan membeli template untuk blog. Besar sikit tulisan dan tak perlu pakai cermin mata kepada yang rabun untuk membacanya hehee.. Atas tujuan apa aku tak pasti, tetapi aku anggap ia sebagai modal pelaburan skim cepat kaya alang-alang dah berblog dan tak merugikan pun sebenarnya… in shaa Allah.

Walaupun otak aku ni masih berat dalam ilmu-ilmu maya, tetapi aku rasa perlu untuk mendalaminya. Biarlah secara perlahan-lahan asalkan ia berterusan dengan jalinan silaturrahim yang baik… yang penting istiqamah, in shaa Allah.

p/s: Maaf sekiranya aku terlambat sedikit untuk berblogwalking eh… otak aku jem sekejaplah… berasappp! Cuma satu pertolongan diharapkan kepada yang tahu koding bersesuaian untuk sitemap template ni. Koding lama tak respondlah… tolong…


Salam Hormat & Salam Ceria  

Khir Khalid



COMMENTS

BLOGGER: 41
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Menukar Template Baru Di Blog
Menukar Template Baru Di Blog
Jurnal, Menukar template baru diblog.
http://4.bp.blogspot.com/-LeHfw6jvTi8/U6kTZKvdeyI/AAAAAAAAGe4/REDSd33dTCc/s1600/10312768_861186153896010_7553138019882189321_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-LeHfw6jvTi8/U6kTZKvdeyI/AAAAAAAAGe4/REDSd33dTCc/s72-c/10312768_861186153896010_7553138019882189321_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/menukar-template-baru-diblog.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/menukar-template-baru-diblog.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy