Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

Pertandingan Kawad Kaki, Badan beruniform sekolah rendah, Peringkat negeri Selangor

Kesempatan dari kelapangan waktu pada pagi Rabu (25/6/14), aku telah hadir dan menyaksikan acara Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di SMK Seri Kundang, Rawang.

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Selangor

Pertandingan kawad kaki sekolah rendah ini bermula pada jam 9 pagi selepas pendaftaran pegawai pertandingan, petugas, peserta dan pemeriksaan pakaian selesai. Ia melibatkan pelbagai pasukan beruniform sekolah rendah seperti TKRS, Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Puteri dari sekolah-sekolah rendah yang terpilih mewakili daerah masing-masing di seluruh negeri Selangor.

Tujuan kedatangan kami adalah untuk memberi sokongan moral kepada 2 orang anak dan pasukan sekolah SK Tasik Puteri 2 yang menyertai pertandingan tersebut. Kami tiba sekitar jam 10 pagi diwaktu pertandingan sedang rancak berjalan. Suasana kelihatan meriah dengan pelbagai imej pasukan beruniform dan formasi kawad yang dipersembahkan manakala panel juri penilai juga terdiri dari anggota beruniform yang berkelayakan dalam aktiviti kawad. Sempat juga mengambil beberapa gambar-gambar kenangan…

Gambar-gambar Kawad Kaki

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor

Pengalaman Kawad Kaki Dan Kenangan

Apabila melihat aktiviti pertandingan seperti ini, kepala aku pun teringat-ingat kembali suasana sewaktu zaman persekolah dahulu. Aku juga merupakan salah seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti pengakap. Sejak dari sekolah rendah, banyak aktiviti perkemahan termasuk pertandingan kawad kaki peringkat sekolah, daerah, Korobori dan Jambori telah aku sertai. Bila mengenang kembali, ia menjadi pengalaman manis yang masih segar sehingga ke hari ini.

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor, SK Tasik Puteri 2, Rawang

Disebabkan pengalaman nostalgia itu juga, aku tidak menghalang anak-anak untuk menyertai badan-badan beruniform seperti ini di sekolah. Aku yakin, ia dapat membentuk keyakinan dan displin diri disamping memperkasa ilmu melalui penyertaan aktiviti ko-korikulum yang lain. Mudah-mudahan membawa kebaikan kepada mereka dan juga kepada semua yang menyertainya… aamiin.

Syabas kepada SK Tasik Puteri 2, Rawang… J

P/s: Ada tak anak-anak sahabat blogger atau pembaca dihormati sekelian yang menyertai pertandingan kawad kaki ni eh?..

Salam Hormat & Salam Ceria

Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 36
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Kawad Kaki, Badan beruniform sekolah rendah, Peringkat negeri Selangor
http://4.bp.blogspot.com/-o3RXQWq_Jws/U6v8QWFG7DI/AAAAAAAAGgY/kLSwQZJ8uHQ/s1600/10389229_862410910440201_5479882679203435427_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-o3RXQWq_Jws/U6v8QWFG7DI/AAAAAAAAGgY/kLSwQZJ8uHQ/s72-c/10389229_862410910440201_5479882679203435427_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/pertandingan-kawad-kaki-badan-beruniform-sekolah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/pertandingan-kawad-kaki-badan-beruniform-sekolah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy