Program Intervensi Rekreasi Futsal Parol WPKL

Program Intervensi Rekreasi Futsal Parol WPKL, Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia

Pada Isnin (9/6/2014), telah diadakan Program Intervensi Rekreasi Futsal Parol WPKL bertempat di gelanggang Futsal, UTC Pudu Central, Kuala Lumpur. Ia merupakan program intervensi rekreasi, kecerdasan dan kesedaran untuk ODP dan PKW bersama-sama kakitangan bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL), Jabatan Penjara Malaysia.

Program Intervensi Futsal Parol WPKL di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur

Apa Itu Intervensi


Intervensi berasal dari perkataan Inggeris “Intervention” yang secara umumnya membawa maksud “Campur tangan” atau pun “Penglibatan secara terus”. Manakala dalam konteks Parol atau segmen koreksional, intervensi membawa maksud penglibatan badan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program berstruktur kepada mereka yang diberi peluang kedua agar tidak kembali melakukan kesalahan dahulu mahu pun yang baharu.

Selain itu, ia juga adalah usaha kesedaran, pemulihan dan pencegahan yang memberi pendedahan kepada ODP dan PKW dengan pelbagai elemen positif dalam proses mengintegrasi mereka ke dalam masyarakat melalui penglibatan Parol dan Perkhidmatan Komuniti sebagai tapak bimbingan dan sokongan. Program intervensi futsal ini merupakan salah satu aktiviti kecergasan yang dilaksanakan di dalam persekitaran kelompok komuniti dan masyarakat.

Gambar-gambar Program Intervensi Futsal


Program Intervensi Futsal Parol WPKL di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Program Intervensi Futsal Parol WPKL di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Program Intervensi Futsal Parol WPKL di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Program Intervensi Futsal Parol WPKL di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur

Sayangnya, aku tidak berkesempatan untuk hadir disebabkan urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Namun, adalah menjadi tanggungjawab untuk berkongsi secara telus agar masyarakat mengetahui antara aktiviti dan kaedah ‘pemutihan insan’ yang ada dilaksanakan dalam kelompok masyarakat kita. Terima kasih kepada Parol WPKL atas ihsan gambar untuk tatapan dan renungan semua.

Program Intervensi Futsal Parol WPKL di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur, Saidun Othman
Program Intervensi Futsal Parol WPKL di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur, Saidun Othman


Intervensi Dan Peluang Kedua


Peluang kedua tidak datang dengan mudah dan berkali-kali… Mudah-mudahan dengan keinsafan, kesedaran dan sokongan positif yang berterusan, termasuk kasih sayang keluarga yang masih ada dapat menjadikan mereka anggota masyarakat yang mampu menyumbang ke arah kebaikan. Kita sebagai masyarakat yang matang juga perlu memahami usaha integrasi yang dilaksanakan agar dapat menghapuskan ‘stigma masyarakat’ dan membuka ruang kepada mereka untuk membuktikan.

Program Intervensi Futsal Parol WPKL di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur


Semoga segala usaha Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur dalam pemulihan dan pemutihan insan sentiasa dipermudahkan demi kesejahteraan masyarakat dan negara… aamiin.

Artikel lain yang berkaitan:

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat 
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 33
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Intervensi Rekreasi Futsal Parol WPKL
Program Intervensi Rekreasi Futsal Parol WPKL
Program Intervensi Rekreasi Futsal Parol WPKL, Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia
http://4.bp.blogspot.com/-JH_qztP0YN4/U5XvCGtC0-I/AAAAAAAAGVY/8PE3bG8XgRk/s1600/10371692_852178721463420_2983021024241967469_n-edt.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-JH_qztP0YN4/U5XvCGtC0-I/AAAAAAAAGVY/8PE3bG8XgRk/s72-c/10371692_852178721463420_2983021024241967469_n-edt.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/program-intervensi-rekreasi-futsal.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/program-intervensi-rekreasi-futsal.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy