Salam Ramadhan 1435H / 2014M

Salam Ramadhan 1435H / 2014M.

Assalamualaikum w.b.t. & Selamat Sejahtera. Salam Ramadhan 1435H / 2014M kepada sahabat pembaca yang dihormati sekelian. Ramadhan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan. Bulan mulia bagi menabur benih keberkatan untuk kehidupan yang diredhai Allah s.w.t di dunia dan juga akhirat.


Hikmah Berpuasa Dibulan Ramadhan


Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu;

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
 
2. Para malaikat beristigfar untuk mereka sehingga berbuka.
 
3. Allah s.w.t memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: ‘Hampir-hampir hamba-hamba Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.’ (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
 
4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan lain.
 
5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).”

Mengenai perkara yang ke-5 itu, ada sahabat Baginda yang bertanya, “Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada Malam Lailatulqadar?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya”. - (Riwayat Imam Ahmad).

Golongan Yang Rugi Dan Mengecewakan


Aku teringat sebuah lagi hadis riwayat Imam Ahmad yang dicatatkan melalui sebuah tazkirah. Ia menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w. yang sedang menaiki mimbar lalu Baginda menyebut “aamiin” sebanyak 3 kali. Selesai Baginda menyampaikan khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut “aamiin” sebanyak 3 kali?

Maka Rasulullah menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdoa bahawa ada 3 golongan yang rugi dan mengecewakan. Mereka itu termasuk;

1. Orang yang apabila disebut nama Muhammad s.a.w. tetapi tidak dibaca selawat atasnya.

2. Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.

3. Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.

Astagfirullah… malangnya jika kita termasuk dalam 3 golongan itu. Nauzubillah… Sesungguhnya ia menjadi peringatan buat diri ini, dan aku panjangkan di alam maya untuk renungan bersama.

Justeru, marilah bersama kita semua tetap berdoa dan berusaha agar Ramadhan kali ini dapat dilaksanakan dengan sepenuh ketabahan dengan keberkatan dan kejayaan yang berkekalan… aamiin.


Selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan 1435H / 2014M



Salam Hormat, Salam Ceria.

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 39
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Salam Ramadhan 1435H / 2014M
Salam Ramadhan 1435H / 2014M
Salam Ramadhan 1435H / 2014M.
http://2.bp.blogspot.com/-LlkIsPRc8-s/U69-mvi3MkI/AAAAAAAAGiM/vtJNgbzLDCE/s1600/10458821_863885276959431_7432773387408832529_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-LlkIsPRc8-s/U69-mvi3MkI/AAAAAAAAGiM/vtJNgbzLDCE/s72-c/10458821_863885276959431_7432773387408832529_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/salam-ramadhan-1435h-2014m.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/salam-ramadhan-1435h-2014m.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy