Usaha Menerbitkan Buletin Parol Dan Perkhidmatan Komuniti

Usaha menerbitkan Buletin Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, Parol WPKL.

Hari Jumaat (13/6/14) merupakan hari yang mencatatkan pengalaman baharu. Aku amat berbesar hati apabila berpeluang terlibat menyumbang serba sedikit perkongsian dalam usaha menerbitkan Buletin Parol Dan Perkhidmatan Komuniti yang sedang dalam proses untuk disiapkan. Sesi mesyuarat dan perkongsian yang telah diadakan sepanjang hari di pejabat Parol negeri W.P. Kuala Lumpur, turut dihadiri Penguasa Penjara bahagian Parol serta pegawai dari ibu pejabat Parol Malaysia

Buletin Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Parol WPKL

Apa Itu Buletin Parol


Buletin Parol Dan Perkhidmatan Komuniti (Buletin Parol) adalah publikasi cetakan berbentuk majalah yang akan diterbitkan secara berkala. Ia merupakan catatan mengenai usaha Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia berkaitan proses pemulihan, pencegahan dan re-integrasi insan yang dilaksanakan di sekitar kehidupan masyarakat kita. Sebagai satu bahagian organisasi terpenting dalam aspek koreksional negara, adalah menjadi keperluan dan tanggungjawab untuk mewujudkan buletin ini agar proses perlaksanaan, cabaran dan keberhasilan yang diperolehi dapat dikongsikan untuk pengetahuan masyarakat.


Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Parol WPKL
Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Parol WPKL
Suka baca blog yang kat screen lappy tu... :D

Intipati Asas Buletin Parol


Buletin ini akan menampilkan kisah dan fakta maklumat tentang Parol, program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Ia merangkumi aspek kesedaran, keinsafan, intervensi dan motivasi untuk iktibar pengajaran dan peringatan semua. Selain itu, ia secara tidak langsung menjelaskan kepentingan parol dalam pembangunan masyarakat serta hubungkaitnya dalam proses mencapai matlamat transformasi sosio-ekonomi negara. 

Buat masa ini aku belum lagi mengetahui secara terperinci berkenaan edaran dan terbitannya. Tetapi apa yang dimaklumkan, ia akan diedarkan ke seluruh institusi koreksional dibawah Jabatan Penjara Malaysia, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan termasuk institusi pengajian serta sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dari masa ke semasa.

Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, Parol WPKL
Gambar kenangan usaha menerbitkan Buletin Parol

Mempertingkatkan Kefahaman Masyarakat


Oleh itu, adalah menjadi harapan agar ianya dapat mempertingkatkan kefahaman masyarakat dengan lebih berkesan dan membuang ‘stigma masyarakat’ terhadap mereka yang layak diparol. Sokongan dan penerimaan positif dari semua pihak sememangnya perlu dalam membantu memperkasakan usaha yang dilakukan ke arah mewujudkan kitar semula modal insan dalam pembangunan masyarakat yang sejahtera.

Kesempatan ini juga, aku pahatkan penghargaan terima kasih kepada Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia atas kepercayaan yang diberikan. Semoga urusan menerbitkan Buletin Parol ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya… aamiin

Artikel-artikel yang berkaitan

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur. Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 42
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Usaha Menerbitkan Buletin Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Usaha Menerbitkan Buletin Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Usaha menerbitkan Buletin Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, Parol WPKL.
http://4.bp.blogspot.com/-ZinYb4Maps8/U5sq946jo6I/AAAAAAAAGXk/aPhYwJ76Vus/s1600/10344833_854566457891313_1513182351469557521_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-ZinYb4Maps8/U5sq946jo6I/AAAAAAAAGXk/aPhYwJ76Vus/s72-c/10344833_854566457891313_1513182351469557521_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/06/usaha-menerbitkan-buletin-parol-dan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/06/usaha-menerbitkan-buletin-parol-dan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy