Akademi Motivator Profesional Malaysia : AMPro

Akademi Motivator Profesional Malaysia, AMPro,

Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPro) merupakan tapak pembelajaran dan latihan yang melahirkan motivator-motivator bertaraf profesional tanah air. Kesempatan pada hari minggu (20/7/2014) yang lalu, saya berpeluang hadir dan melibatkan diri dalam bengkel latihan AMPro yang telah diadakan PKNS Bizpoint, Seksyen 7, Shah Alam.

Akademik Motivator Profesional Malaysia (AMPro), Dato Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof
Bersama Pengasas AMPro, YBhg. Dato Dr Syed Ahmad

Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPro)


AMPro diasaskan oleh YBhg. Dato’ Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof, seorang pakar motivasi dan pidato yang berkaliber di Malaysia. Selaras dengan falsafah motivator itu sendiri, visi AMPro adalah melatih kemahiran individu berpotensi untuk diiktiraf sebagai pakar motivator professional yang berkeupayaan mendorong dan merangsang seseorang yang lain untuk mencapai impian dalam kehidupan. Ia melibatkan teknik dan tatacara pembelajaran yang terperinci bagi memastikan peranan motivasi itu dapat disuntik dengan berkesan.

Pada kebiasaannya, bengkel latihan diadakan pada sebelah malam Isnin dan Rabu bermula jam 9:00 hingga 11:30 malam. Melalui modul yang dirangka, penuntut yang mencukupi syarat pembelajaran layak untuk menduduki peperiksaan bagi membolehkan mereka memperolehi sijil pengiktirafan sebagai pakar motivasi professional Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPro). Namun, kali ini ianya diadakan pada petang Ahad agar ‘ahli keluarga AMPro’ dapat berbuka puasa bersama pengasasnya yang sentiasa bermotivasi dan mesra. Sifat semulajadi beliau sendiri mampu memberi peragsang kepada orang lain untuk terus bersemangat dalam apa jua keadaan yang ditempuhi.

Sesi Perkongsian Ahli Keluarga AMPRO


Akademik Motivator Profesional Malaysia  (AMPro)
Akademik Motivator Profesional Malaysia  (AMPro)
Akademik Motivator Profesional Malaysia  (AMPro)

Pembelajaran ilmu motivasi secara profesional ini dilanjutkan dengan aktiviti berbuka puasa dalam suasana yang sederhana tetapi penuh dengan nilai-nilai kekeluargaan dan kemesraan.

Akademik Motivator Profesional Malaysia  (AMPro)
Akademik Motivator Profesional Malaysia  (AMPro)
Selfie iftar... kari ayam tu memang terbaiklah... :D

AMPro - Motivasi Sebagai Platform Kejayaan


Pernah satu ketika dahulu saya menulis satu artikel pengalaman dan peranan motivasi dalam membentuk kehidupan sejahtera yang boleh dibaca di >>> SINI. Tetapi kini ianya dapat diperkasakan lagi secara lebih ilmiah, tersusun dan terancang. Mudah-mudah dengan peluang motivasi serta berblogging dapat disatukan sebagai komitmen kerjaya yang mampu membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya… in shaa Allah.   

Saya bersyukur kerana berpeluang mengenali ahli keluarga AMPRO. Semoga Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPro) terus mekar melahirkan pakar-pakar motivator profesional untuk kejayaan ummah… aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 68
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Akademi Motivator Profesional Malaysia : AMPro
Akademi Motivator Profesional Malaysia : AMPro
Akademi Motivator Profesional Malaysia, AMPro,
https://4.bp.blogspot.com/-wh6kbfi33v8/U86JtSWYE_I/AAAAAAAAG3I/4eg8NIg2GRE/s1600/10408732_876059442408681_6500788902291810045_n.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-wh6kbfi33v8/U86JtSWYE_I/AAAAAAAAG3I/4eg8NIg2GRE/s72-c/10408732_876059442408681_6500788902291810045_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/07/akademik-motivasi-profesional-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/07/akademik-motivasi-profesional-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy