Gejala Membunuh Diri

Gejala dan punca membunuh diri

Asssalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Terpanggil untuk aku berbicara tentang gejala membunuh diri lanjutan dari pertemuan dengan seorang rakan di hospital tempat beliau bekerja. Ia bukanlah suatu perkara yang baharu dan pihak hospital sendiri telah banyak menerima kes-kes yang melibatkan cubaan membunuh diri. Aku juga pernah berhadapan situasi kenalan yang berniat membunuh diri akibat kerentungan saham syarikat semasa mengendalikan pelaburan di Bursa Kuala Lumpur suatu waktu dahulu.  

Berdasarkan kejadian tersebut serta penglibatan dalam aktiviti sosial sedikit sebanyak membuka pengetahuan aku tentang isu ini. Walaupun kejadian yang berlaku kurang mendapat pendedahan media perdana disebabkan terlalu banyak berita-berita yang lebih penting dan menarik perhatian, namun permasalah ini biasa berlaku dalam masyarakat kini tanpa mengira agama dan bangsa.

Gejala membunuh diri, Gejala sosial bunuh diri, bunuh diri
Sekadar gambar hiasan

Istilah Dan Punca Membunuh Diri


Berdasarkan istilah sains sosial, apabila seseorang itu telah melakukan sesuatu perbuatan untuk membunuh dirinya tetapi tidak berjaya mati kerana sempat diselamatkan, maka perbuatan tersebut dinamakan ‘parasuicide’ (cubaan membunuh diri). Manakala ‘suicide’ pula diistilahkan sebagai tindakan membunuh diri dengan niat yang mengakibatkan seseorang itu berjaya menempa maut untuk dirinya sendiri… nauzubillah.

Berdasarkan rujukan, kajian dan pemerhatian menunjukkan bahawa konflik masalah percintaan seperti putus cinta, ditinggalkan atau perhubungan yang ditentang keluarga termasuk pasangan yang disayangi meninggal dunia merupakan punca utama bunuh diri dikalangan belia dan remaja khususnya. Masalah di tempat kerja seperti tekanan dari majikan atau persaingan rakan sekerja yang menimbulkan perasaan tidak dihargai termasuk masalah kesempitan hidup, perniagaan, kewangan, bankrap turut menjadi sebab mendorong kepada membunuh diri.

Selain itu, dikalangan orang tua, cacat dan kurang upaya atau mereka yang mempunyai penyakit yang sukar dirawat dan tidak dapat menjalani aktiviti hidup normal seperti yang sebaya dengannya dan merasa tidak lagi berguna kepada keluarga dan masyarakat juga mengakibatkan seseorang cenderung untuk membunuh diri.

Keperihatinan Dalam Mencegah Gejala ini


Seperti yang kita semua boleh menjangka bahawa kaedah-kaedah membunuh diri banyak diceritakan di televisyen dan media massa yang lain. Antaranya seperti melompat dari bangunan yang tinggi, menjerut leher, meminum racun, mengambil dadah berlebihan atau pelbagai cara lain. Berilah perhatian yang sebaiknya jika ada dikalangan yang anda sayangi berstatus ‘parasuicide’. Ini adalah kerana pandangan mereka terhadap dunia tidak sama lagi. Hati mereka amat rapuh dan peluang untuk tergelincir kembali amatlah mudah dan tinggi. Bantulah mereka dengan keperihatinan dan kasih sayang ikhlas sepenuhnya.

Hidup ini memang banyak pancaroba dan permasalahannya. Kembalilah kepada ajaran agama dan ingatlah kepada Allah swt. Belajar mengenal erti keredhaan serta berserah segalanya kepadaNya dengan doa dan usaha yang termampu… in shaa Allah, pasti akan dibukakan jalan kebaikan di dunia dan juga akhirat... aamiin.


Salam Hormat & Salam Mesra

Khir Khalid       


COMMENTS

BLOGGER: 31
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Gejala Membunuh Diri
Gejala Membunuh Diri
Gejala dan punca membunuh diri
http://3.bp.blogspot.com/-Oq-Y5DG0IwE/U7ZoOqK9zfI/AAAAAAAAGlc/pFTXwwz1wok/s1600/110324205453.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Oq-Y5DG0IwE/U7ZoOqK9zfI/AAAAAAAAGlc/pFTXwwz1wok/s72-c/110324205453.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/07/gejala-membunuh-diri.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/07/gejala-membunuh-diri.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy