Penyokong Jerman Di Kampung Parit Jerman

Penyokong Jerman, Kampung Parit Jerman,

Hari ini aku ingin menyatakan kegembiraan diatas kemenangan pasukan bola sepak ‘feveret’ sejak dizaman persekolahan. Sungguh pun begitu, aku bukanlah seorang peminat bola sepak tegar. Namun terpanggil untuk berkongsi keterujaan penyokong Jerman di Kampung Parit Jerman, Pontian, Johor.

Penyokong Jerman di Kampung Parit Jerman, Teluk Kerang, Pontian, Johor

Kampung Parit Jerman


Kampung Parit Jerman yang terletak di Teluk Kerang, Pontian, Johor ini mula mendapat liputan media apabila pasukan Jerman mula mara ke peringkat separuh akhir. Lokasi kampung ini dianggarkan kira-kira 20km dari Bandar Pontian tempat aku dibesarkan. Kalau dahulu, bukan sahaja menjelang piala dunia, malah setiap kali melibatkan cerita-cerita berkaitan Jerman seperti Hitler dan sebagainya pasti nama kampung ini menjadi buah mulut dan gurauan penduduk setempat.

Kini dengan kemajuan media sosial, kisah-kisah sebegini tersebar dengan begitu cepat dan meluas sekali. Tersenyum bila terlihat nama dan penduduk Kampung Parit Jerman menjadi popular sehingga mendapat liputan akhbar dan blog-blog berita ternama di Malaysia. Apa yang lagi menarik apabila ada pengistiharan dari penduduk dan penyokong Jerman di kampung Parit Jerman untuk menyediakan ‘nasi ambeng’ bagi menyambut kemenangan pasukan bola sepak Jerman merangkul piala dunia. Nasi ambeng tuuu… layannn.. :D

Status Kampung Parit Jerman Di Media Sosial

Kalau dari ruangan laman FB, aku sendiri tersenyum dan tersengih apabila melihat pelbagai status yang di’upload’ terutama oleh penyokong Jerman di Kampung Parit Jerman. Apatah lagi mereka yang sememangnya berasal dari Kampung Parit Jerman ni. Siap ada yang menuntut cuti umum dari ketua kampung lagi hohoo…

Penyokong Jerman di Kampung Parit Jerman, Teluk Kerang, Pontian, Johor
Status FB dari sahabat... :D
Penyokong Jerman di Kampung Parit Jerman, Teluk Kerang, Pontian, Johor
Petikan sumber Berita Harian
Penyokong Jerman di Kampung Parit Jerman, Teluk Kerang, Pontian, Johor
Perkongsian sahabat di group wassap... Luaskan Kuasamu huhu..

Kampung Parit Jerman Dan FIFA 2014 


Piala dunia telah pun melabuhkan tirainya. Apa jua yang diceritakan di sini adalah sekadar berkongsi keriangan dan kegembiraan. Walaupun sudah hampir 20 tahun aku berhijrah meninggalkan Pontian, namun bila melihatkan status fb page Kelab Anak Jati Pontian, tak semena-mena aku pulak ‘excited’ walaupun hanya bekas warga 'Anak Pontian, Johor'. Mungkin juga disebabkan aku salah seorang penyokong pasukan Jerman untuk Piala Dunia FIFA 2014 ini.  

Tahniah buat pasukan Jerman dan syabas buat Kampung Parit Jerman… yeah... J


p/s: Marilah kita terus berdoa agar diberi ketabahan dan dipermudahkan jalan kejayaan buat Palestin… aamiin.


Salam Hormat & Salam Ceria

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 46
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Penyokong Jerman Di Kampung Parit Jerman
Penyokong Jerman Di Kampung Parit Jerman
Penyokong Jerman, Kampung Parit Jerman,
http://2.bp.blogspot.com/-4HQVaqYfotE/U8P6PqfETxI/AAAAAAAAGw0/YcwxdZJkPTg/s1600/10516803_808686122499353_1628845821452878080_n+(1).jpg
http://2.bp.blogspot.com/-4HQVaqYfotE/U8P6PqfETxI/AAAAAAAAGw0/YcwxdZJkPTg/s72-c/10516803_808686122499353_1628845821452878080_n+(1).jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/07/penyokong-jerman-di-kampung-parit-jerman.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/07/penyokong-jerman-di-kampung-parit-jerman.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy