Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine

Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine, Boeing 777 Malaysia Airlines, MH17 ditembak, Krisis di Ukraine

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine adalah satu berita yang cukup menggemparkan. Sedang aku menonton televisyen, muncul berita tragedi pesawat MH17 (Boeing 777) milik Malaysia Airlines yang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia telah terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia. Ia membawa seramai 298 penumpang dan anak kapal. Menurut berita sehingga setakat ini tiada lagi yang dilaporkan selamat. 

Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine

Pesawat MH17 / Boeing 777 Ditembak Jatuh


Berdasarkan kenyataan penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan bahawa pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh puak pemisah Pro-Rusia. Walaupun begitu ianya belum lagi disahkan sebagai laporan rasmi hingga setakat ini. Apa yang pasti pesawat MH17 ini sememangnya telah terhempas di kawasan paling bergolak di timur Ukraine.

Krisis Ukraine ini sebenarnya merupakan satu krisis yang sedang serius di peringkat dunia walaupun sebelum ini ia kurang mendapat perhatian sebahagian besar masyarakat kita. Ia melibatkan kepentingan politik dan ekonomi untuk 3 kuasa besar dunia iaitu Rusia, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Justeru jika ditembak, ia menjadi persoalan sama ada kita terkait dengan permasalahan krisis ini di peringkat perhubungan antarabangsa atau disebabkan tembakan rambang oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ?

Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine
Suasana Forum Krisis Di Ukraine yang pernah dihadiri.

Tragedi Pesawat MH17 Dan Perhatian Dunia 


Sebelum ini aku pernah dijemput oleh Kedutaan Ukraine di Malaysia untuk menyoroti kisah dan luahan hati masyarakat Ukraine di sini. Mereka sememangnya tertekan dengan krisis sosio-politik pergelutan penyokong puak pemisah Pro-Rusia dengan penyokong kerajaan Ukraine. Pernah juga mendengar kenyatan bahawa puak pemisah Pro-Rusia berusaha meraih perhatian dunia menggunakan segala cara untuk melemahkan pengaruh kuasa Barat yang ada di Ukraine. Adalah diharap ia bukanlah sesuatu yang menyebabkan tragedi pesawat MH17 yang terhempas akibat ditembak jatuh oleh puak pemisah Pro-Rusia demi mendapat perhatian dunia terhadap krisis di Ukraine.

Krisis di Ukraine ini mula memuncak apabila harapan rakyat Ukraine untuk menyertai Kesatuan Eropah (E.U) musnah kerana pembatalan perjanjian oleh Persidennya sebelum ini. Ia dianggap sebagai konspirasi ciptaan puak pemisah Pro-Rusia menggagalkan rancangan tersebut agar pengaruh negara bekas Kesatuan Soviet itu tetap kukuh walaupun Ukraine telah menjadi sebuah negara merdeka. Bermula titik itu, Ukraine mula kucar-kacir sehingga ke hari ini.


Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine
Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine
Antara gambar-gambar yang diperolehi sewaktu pameran bergambar oleh Kedutaan Ukraine

Doa Kita Untuk Pesawat MH17


Namun, siapa yang bertanggungjawab serta mendalangi tragedi ini masih menjadi persoalan serta tekanan yang belum dapat dirungkaikan. Aku sendiri tidak mahu membuat sebarang spekulasi atas perkara yang telah terjadi. Apa yang aku pasti dan yakin pesawat MH17 sememangnya terhempas atau ditembak, namun ia bukanlah dalam bidang kuasa MAS malah mana-mana syarikat penerbangan pun untuk menjangka akan berlaku tragedi seperti ini kepada sebuah pesawat penerbangan komersil.

Apa yang diharapkan agar kita semua bersatu hati dan berdoa semoga diberi ketabahan buat ahli keluarga yang terlibat dan diberi perlindungan yang sebaiknya buat Malaysia. Hanya takziah yang mampu aku ucapkan buat semua yang terlibat. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka yang telah kembali ke Rahmatullah… Al Fatihah… aamiin.


*** Jika berpeluang dan diizinkan, aku akan cuba mendapatkan pandangan peribadi daripada Kedutaan Ukraine di sini tentang tragedi ini. Isu berkaitan krisis di Ukraine serta pandangan masyarakat Ukraine di Malaysia boleh dibaca melalui link di bawah:



Salam Hormat

Khir Khalid  


COMMENTS

BLOGGER: 30
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine
Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine
Pesawat MH17 Terhempas Di Ukraine, Boeing 777 Malaysia Airlines, MH17 ditembak, Krisis di Ukraine
http://4.bp.blogspot.com/-IDVBOO5vHIQ/U8gQa8RBuyI/AAAAAAAAGzc/-HuQYY-v-Hg/s1600/10527355_874647675883191_3408731664665170240_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-IDVBOO5vHIQ/U8gQa8RBuyI/AAAAAAAAGzc/-HuQYY-v-Hg/s72-c/10527355_874647675883191_3408731664665170240_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/07/pesawat-mh17-terhempas-di-ukraine.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/07/pesawat-mh17-terhempas-di-ukraine.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy