Ramadhan Bulan Al-Quran Diturunkan

Ramadhan, Bulan Al-Quran diturunkan, Kelebihan membaca Al-Quran.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Ketibaan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini merupakan bulan yang dipenuhi rahmat, pahala, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Ramadhan bulan Al-Quran diturunkan yang padanya permulaan wahyu. Hidupkan bulan ini dengan tilawah, tadarus serta mengamalkan Al-Quran sepenuhnya kerana syaitan telah dibelenggu. Inilah peluang kita untuk meraih ganjaran taqwa dan amal ibadat yang dijanjikan untuk hamba-hambaNya yang beriman.

Ramadhan Bulan Al-Quran Diturunkan, Ramadhan, Al-Quran

Kelebihan Membaca Al-Quran


Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud;

“Bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu (antara yang hak dan yang batil).” – Surah Al Baqarah 2 : 185

Kelebihan membaca Al-Quran juga telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadis, antaranya;

Daripada Abu Umamah al Bahili r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran akan datang pada hari kiamat dengan memberi syafaat (pertolongan) kepada tuan (pembacanya)nya.” – Riwayat Muslim no. 804

Al-Quran Dan Bulan Ramadhan


Membaca Al-Quran adalah amalan yang menguntungkan pada setiap masa, tetapi dalam bulan Ramadhan ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi. Rasulullah s.a.w. memberi penekanan yang lebih kepada Al-Quran dalam bulan Ramadhan kerana beberapa sebab;

1. Bulan Wahyu Pertama Diturunkan

Permulaan turunnya Al-Quran adalah pada bulan Ramadhan, pada malam Jibril a.s. datang membacakan surah Al A’laq, ayat 1 – 5 kepada Baginda s.a.w.

Baginda bersabda yang bermaksud; “Malaikat datang dan berkata: ‘Bacalah!’ Dan aku berkata: ‘Aku tidak tahu membaca.’ Jibril lalu memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Kemudian dia melepaskan aku dan berkata lagi: ‘Bacalah’. Aku berkata lagi: ‘Aku tidak tahu membaca.’ Dia sekali lagi memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Lalu dia melepaskan aku dan berkata lagi: ‘Bacalah’. Aku berkata lagi: ‘Aku tidak tahu membaca.’ Untuk kali ketiga dia memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Lalu dia melepaskan aku dan berkata: ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta (semua makhluk). Dia menjadikan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah! Dan Tuhanmu adalah Yang Paling Mulia.” – Riwayat Al Bukhari no. 3.

2. Dari Luh Mahfuz Ke Baitul Izzah

Pada bulan Ramadhan juga, Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia. Sebagaimana riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a. dan telah disebut oleh para ulama salaf bahawa Al-Quran itu diambil dari Luh Mahfuz dan diturunkan ke Baitul Izzah di langit dunia (yang paling bawah) pada malam Lailatulqadar. Kemudian Al-Quran turun kepada Rasulullah s.a.w. mengikut kesesuaian masa selama 23 tahun sebagaimana yang telah dicatat dalam kitab Asbab al Nuzul (sebab-sebab turun ayat Al-Quran).

3. Tadarus Bersama Jibril

Jibril a.s. datang bertemu Rasulullah s.a.w. untuk bertadarus Al-Quran pada setiap malam dibulan Ramadhan. Maka para ulama telah membuat kesimpulan bahawa diisyaratkan agar mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan, kerana pada setiap tahun Rasulullah s.a.w. dan Jibril a.s. telah mengulangkaji semua ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada Baginda s.a.w. sebelumnya. Malah pada Ramadhan tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda s.a.w., mereka telah mengulangkaji sebanyak 2 kali.

Ramadhan Bulan Al-Quran Diturunkan, Ramadhan, Al-Quran, Lailatulqadar

Puasa Dan Al-Quran Pemberi Syafaat


Maka dapat disimpulkan bahawa pada bulan Ramadhan, Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, permulaan turunnya Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w., juga merupakan waktu Jibril a.s. dan Rasulullah s.a.w. mengulangkaji dan menyemak ayat-ayat Al-Quran. Sebab-sebab inilah yang menjadikan para ulama mengambil berat untuk menumpukan kepada pembacaan Al-Quran pada bulan Ramadhan.

Puasa dan Al-Quran merupakan dua amal ibadat yang datang bersama. Mudah-mudahan dapat kita jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik penghayatannya berbanding Ramadhan yang sebelumnya… aamiin.

Sumber:
Solusi isu no. 34
Majlis Ramadaniah, Dr. Salman
Lataif Al-Ma’arif, Ibn Rajab Al Hanbali


Salam Hormat & Salam Ceria

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 50
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ramadhan Bulan Al-Quran Diturunkan
Ramadhan Bulan Al-Quran Diturunkan
Ramadhan, Bulan Al-Quran diturunkan, Kelebihan membaca Al-Quran.
http://4.bp.blogspot.com/-3ZZlcx_VhQU/U7LqafMtjvI/AAAAAAAAGkM/YFiWlu4JzvI/s1600/IMG_20121122_213224-edt.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-3ZZlcx_VhQU/U7LqafMtjvI/AAAAAAAAGkM/YFiWlu4JzvI/s72-c/IMG_20121122_213224-edt.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/07/ramadhan-bulan-al-quran-diturunkan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/07/ramadhan-bulan-al-quran-diturunkan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy