Ramadhan, Hujan Dan Gelandangan

Gelandangan, Pengemis, Ramadhan.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Jam menunjukkan pukul 4:00 pagi sewaktu aku menaip entri ini. Lama rasanya aku tak menaip entri yang merapu hehee… Ramadhan, hujan dan gelandangan. Disebabkan esok dikira cuti, makanya mata ini tak dapat nak tidur memikirkan masalah dunia.

Ramadhan, Hujan, Nyaman... kejiranan yang tenang... alhamdulillah

Sempat mengambil gambar dari jendela. Hujan diwaktu pagi ini sungguh menenangkan. Dibulan yang mulia ini kadangkala seronok termenung diwaktu pagi merenung dan bermuhasabah diri. Mengingatkan nasib sesetengan insan yang… bila kita merasai bahawa kita ini ada kekurangan, ingatlah bahawa ramai lagi yang masih serba serbinya lagi kekurangan. Sekurang-kurangnya, aku masih boleh menaip meluahkan isi hati….

Isi hati??? Aku tersentap dengan berita tentang bab sedekah dan isu gelandangan, terutama dibulan yang mulia seperti ini. Aku pasti ramai juga yang tersentap, terutamanya yang pernah terlibat dan turun padang dalam isu gelandangan. Kalau rakan blogger yang aku kenal, anda semua boleh melihat sendiri perjalanan pengalaman blogger Acik Idah tentang gelandangan di >>>> acikidah.blogspot.com. Carilah artikel berkenaan dengan isu gelandangan perkongsian beliau bersama teamnya. Mereka sememangnya turun padang… aku salute!

Isu Gelandangan Dan Ramadhan


Pernah satu waktu dahulu aku menyoroti hal gelandangan ini, namun hati aku lebih tertarik dengan segmen koreksional. Aku lebih meminati untuk mendekati isu akhlak, moral, bekas banduan insaf, miskin minda, sosial dan yang seangkatan dengannya. Namun ramai juga yang aku kenal dan masih lagi memperjuangkan hal-hal gelandangan ini sama ada secara solo atau berkumpulan. Antara sahabat seperjuangan yang aku hormati, yang terus menerus memperjuangkan isu ini adalah yang dalam gambar di bawah. Itulah hiburannya setiap kali menjelang Ramadhan

Sorry gua ambil status fb lu bro.. isu ni buat gua terharu... salute!
Takkan buat macam ni pun nak kena denda / tangkap??

Soal pengemis sindiket atau sebagainya… kalau seseorang itu turun padang walau hanya sekali pasti akan memahami. Setahu aku, sindiket-sindiket ni tak layan makanan atau pemberian dari NGO-NGO seperti ini. Mereka pun ada strategi… mereka tidak bodoh untuk meletakkan leher mereka untuk dijerut. Mereka sindiket… bijaksana dalam memanipulasi mata dan telinga penguasa dan itulah realitinya… mereka memang hebat dan itu sepatutnya kita tahu.

Gelandangan Dan Pengemis Di Kuala Lumpur


Gelandangan dan mereka dikategorikan pengemis yang senantiasa dibantu oleh NGO-NGO ini adalah orang kita. Setiap seorang dari mereka ada sebab dan kisah mengapa mereka jadi begitu. Bukan mereka tiada usaha, akal dan fikiran, tetapi itulah takdir. Ada antara mereka yang pernah berada di atas namun jatuh tersungkur... Aku pun pernah jatuh tersungkur namun dikira masih bernasib baik... semuanya takdir. Usaha melangit pun kalau takdirnya berbeza tak akan jadi... Takdir yang menguji kita untuk menilai dan melihat. Mensyukuri nikmatNya dan membantu sekadar termampu. 

Kredit - The Traveller

Panjang pula rasanya jika aku hendak menyatakan apa yang aku fikirkan. Tetapi berbalik kepada isu gelandangan ini, dana yang diperolehi adalah amanah untuk mereka salurkan kepada yang memerlukan. Dana tersebut bukan sahaja dari individu, malah juga dari syarikat yang biasa mahupun gergasi. Malah GLC juga aku difahamkan ada peruntukan untuk disalurkan kepada mereka atas nama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Aku pun tak faham dah… cukuplah setakat ini. Sebaiknya, jika ada kesempatan dengan izinNya.. sesekali cuba kita turun dan melihat sendiri siapa pengemis dan gelandangan yang mereka bantu. Pastikan keselamatan kita terjaga dan turunlah melihat dengan mata kepala sendiri. Sesuatu yang patut kita semua renungkan…



Apa yang aku harap sekiranya perlaksanaannya berlaku, biarlah ia bertepatan dengan matlamat yang sebenar hendak dicapai. Jangan lain yang disasarkan, lain pula yang diperangi. Gelandangan dan pengemis kita perlu dibantu bukan dibuang atau disalahkan tanpa bicara… wallahualam

Gelandangan dan pengemis adalah isu yang sudah lama wujud... tetapi kenapa 'havoc' waktu Ramadhan? 


Salam Hormat & Salam Ceria

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 42
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ramadhan, Hujan Dan Gelandangan
Ramadhan, Hujan Dan Gelandangan
Gelandangan, Pengemis, Ramadhan.
http://1.bp.blogspot.com/-tCU660oY8FA/U7cIqiQGkfI/AAAAAAAAGls/9cZuOF8AQe8/s1600/10450971_867318683282757_1951973441852683011_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-tCU660oY8FA/U7cIqiQGkfI/AAAAAAAAGls/9cZuOF8AQe8/s72-c/10450971_867318683282757_1951973441852683011_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/07/ramadhan-hujan-dan-gelandangan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/07/ramadhan-hujan-dan-gelandangan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy