Benarkah Malaysia Masih Kekurangan Doktor?

Benarkah Malaysia Masih Kekurangan Doktor?

Benarkah Malaysia masih kekurangan doktor?... Perkara yang aku baca dan dengar tentang kekurangan doktor terutamanya disektor kerajaan telah berlaku bertahun-tahun yang lalu. Namun baru-baru ini, aku sendiri mengalami kesan yang diperkatakan apabila anak bongsu kami telah menghidapi demam yang teruk dan perlu mendapatkan rawatan doktor untuk 2 malam berturut-turut di wad kecemasan rawatan pesakit luar, Hospital Sungai Buloh.

Tugasan Doktor Dan Aidilfitri


Tanpa kita sedari, tugasan doktor dan seluruh kakitangan hospital bertambah dalam suasana perayaan seperti ini. Suasana perayaan termasuk Aidilfitri adakalanya membuatkan kadar kesihatan seseorang tidak normal. Tambahan lagi kadar margerin dan santan yang tinggi dalam badan membuatkan mudah lemah, kerap mengantuk dan diserang pelbagai penyakit.

Terlalu banyak bermain diwaktu panas, minum air batu, air berkarbonat, kuih muih, makanan bersantan dan pelbagai lagi yang membuatkan anak aku demam. Keadaan demam bertambah teruk pada waktu tengah malam hingga membuatkan kami terpaksa berkejar ke hospital. Bila jam menunjukkan hampir 12 tengah malam, tempat yang terdekat dari rumah adalah Hospital Sungai Buloh. Sesungguhnya terlalu ramai orang di wad kecemasan pesakit luar walaupun pada waktu tengah malam dan awal pagi. Pelbagai senario yang boleh dilihat terutamanya aksi pesakit dan orang ramai yang menunggu…

Benarkah Malaysia Masih Kekurangan Doktor?
Selfie sewaktu menunggu.. keadaan stress tak mengizinkan untuk menangkap gambar...

Kekurangan Doktor Di Hospital


Mendapatkan rawatan pesakit luar di wad kecemasan pada malam pertama mengambil masa selama 1 jam. Ia aku anggap normal walaupun terdapat beberapa permasalahan penyerahan nombor giliran disebabkan tiada penerangan atau tanda arahan untuk membuat demikian. Namun, keperihatinan antara yang sedang menunggu dengan yang baharu sampai menyelesaikan permasalahan tersebut walaupun ada yang telah menunggu hampir setengah jam untuk dipanggil tanpa menyerahkan nombor giliran kepada bilik pemeriksaan doktor.

Keesokkan hari, keadaan anak aku menampakkan kesan pulih tetapi malangnya ia kembali memburukkan pada sebelah malam. Badan anak aku semakin panas, tidak berpeluh dan seolah-olah diserang lelah. Lantas, untuk kedua kali diwaktu malam kami terpaksa berkejar lagi ke hospital. Pada kali ini, kami terpaksa menunggu hampir tiga jam untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Sewaktu pemeriksaan, sempat doktor tersebut menjelaskan kepada isteri bahawa beliau sahaja satu-satunya doktor yang bertugas pada malam itu. Biasalah, masalah kekurangan doktor terutamanya di hospital kerajaan bukanlah perkara baharu. Apapun, aku ucapkan syabas kepada doktor tersebut yang masih mampu berkhidmat dengan mesra walaupun terpaksa berhadapan dengan berpuluh dan mungkin beratus kerenah pesakit. Tambahan lagi, memohon maaf atas kelewatan akibat kesesakan di wad kecemasan pesakit luar. Sampel darah anak aku diambil dan mendapati ia mengandungi kuman. Sampel darah tersebut tidak diambil oleh doktor untuk diperiksa pada malam yang pertama. Kini, aku bersyukur kerana anak aku mula menampakkan perubahan untuk pulih… Alhamdulillah.

Kerjaya Sebagai Doktor Di Hospital Kerajaan


Aku ada berbual tentang permasalahan kekurangan doktor dan perkhidmatan di hospital kerajaan. Ada yang berpendapat.. “biasalah, kalau nak perkhidmatan yang baik… bagus ke hospital swastalah… bayarlah..”. Pendapat yang merupakan tunjang pemikiran kapitalis sememangnya sudah tertanam. Tak kiralah siapa pun yang berfikiran sedemikian…

Pada aku, pendapat tersebut bukan penyebab perkhidmatan hospital kerajaan tidak bagus. Tetapi disebabkan kekurangan doktor menjadikan perkhidmatan di hospital kerajaan agak membebankan sarat dengan orang yang ramai. Ada juga yang menyatakan ‘doktor, jururawat dan kakitangan hospital kerajaan’ agak kasar dalam perkhidmatannya kerana banyak kerja akibat kekurangan doktor dengan kerenah pesakit yang ramai… wallahualam.

Apa salahnya kalau bekerja sebagai doktor di hospital kerajaan? Adakah hanya disebabkan gaji yang tidak menarik semata-mata? Apa pula pandangan anda tentang hal kekurangan doktor ini. Adakah sememangnya negara kita ini benar-benar kekurangan doktor?...


Artikel lain yang berkaitan:
>>>>> Pulang Sudah...


Salam Hormat

Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 40
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Benarkah Malaysia Masih Kekurangan Doktor?
Benarkah Malaysia Masih Kekurangan Doktor?
Benarkah Malaysia Masih Kekurangan Doktor?
https://1.bp.blogspot.com/-0f-XhF4XE9g/U-oHi1w6kBI/AAAAAAAAHFA/QMq4br2PxK0/s1600/10256795_889030464444912_8125604723893457855_n.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-0f-XhF4XE9g/U-oHi1w6kBI/AAAAAAAAHFA/QMq4br2PxK0/s72-c/10256795_889030464444912_8125604723893457855_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/08/benarkah-malaysia-masih-kekurangan-doktor.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/08/benarkah-malaysia-masih-kekurangan-doktor.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy