Ekspresi Kemerdekaan Dan Cabaran Anak Merdeka

Ekspresi Kemerdekaan Dan Cabaran Anak Merdeka, Hari Kemerdekaan ke 57

Ekspresi Kemerdekaan Dan Cabaran Anak Merdeka –  Dari segi pencapaian fizikal, kita sebagai rakyat Malaysia boleh berbangga dengan pembangunan negara yang dikecapi sekarang ini. Bangunan pencakar langit tersergam indah dengan kereta jenama tempatan menyusur di seluruh pelusuk negara. Kita pasti turut merasa bangga sekiranya terdapat penglibatan mahu pun kejayaan Malaysia dipersada antarabangsa. Itulah sebahagian hakikat kemerdekaan yang kita kecapi setiap hari sebagai anak merdeka.

Dalam kehidupan merdeka yang mencecah 57 tahun ini, kita dapat melihat pelbagai ragam manusia dengan gaya, cara dan arah tujuan sendiri. Jalan-jalan raya terus hidup dengan pelbagai destinasi tujuan yang senantiasa sedia menerima tetamu siang dan malam. Aktiviti manusia juga menggambarkan kegiatan ekonomi dan sosial negara ini yang seperti tidak ada masa untuk berehat. Ia merupakan suasana yang pasti berbeza dengan keadaan sebelum atau sewaktu bermulanya era pasca kemerdekaan seperti yang kita dengar dari mulut datuk nenek termasuk ibu dan bapa kita.

Ekspresi Kemerdekaan Dan  Cabaran Anak Merdeka

Pasca Kemerdekaan Dahulu Dan Kini


Masih aku ingat suasana ketika membesar di era 80an. Ibu bapa tidak bimbang membiarkan anak-anak berbasikal berbatu-batu ke sekolah pada pagi yang hening. Mereka tidak bimbang melepaskan anak-anak kecil merentasi jalan pintas di celah-celah kampung dan bandar untuk mengaji, ke kelas tuisyen atau pun hanya membeli barangan ke kedai berdekatan. Apa yang menjadi kerisauan jika keluar di waktu malam pula hanyalah momokan hantu bungkus, pontianak atau penanggal yang mungkin muncul menggugat perjalanan ke tempat yang hendah dituju…

Kini, keadaan sudah banyak berubah. Walaupun kita dilengkapkankan dengan pelbagai infrastruktur kemajuan pasca kemerdekaan, keadaan semakin dirasakan tidak selamat seperti dahulu. Ibu bapa pastinya tidak berani melepaskan anak berjalan seorang diri ke sekolah walaupun ditengah-tengah taman perumahan yang ramai penghuninya. Ada yang terpaksa menghantar mereka walaupun jarak ke sekolah hanya sepelaungan dari rumah kediaman. Apabila anak remaja terutamanya gadis sunti ke sekolah atau kegiatan tambahan, pasti akan terdetik disetiap perasaan ibu bapa berhubung keselamatan mereka. Tidak termasuk perasaan khuatir disebabkan mungkin terpengaruh dan terjurus dengan anasir negatif akibat pengaruh dari rakan sebaya.

Cabaran Kehidupan Sebagai Anak Merdeka


Jika meninjau dari aspek kemajuan teknologi yang pantas membangun, boleh dikatakan setiap gedung perniagaan dikawal rapi dengan kamera dan alat penggera. Kalau dahulu, kehadiran seorang ‘jaga’ tanpa senjata sudah memadai untuk memastikan keselamatan terjaga. Namun kini timbul pula kejadian dimana pengawal keselamatan yang lengkap bersenjata menjadi perompak yang kejam. Harapkan pagar, pagar makan padi… Ditambah lagi dengan kes-kes lain seperti pecah rumah, jenayah terancang, rompakan bersenjata, rasuah, pecah amanah, penipuan serta kegiatan memanipulasi perundangan, menganiaya insan yang lurus semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Paling parah ialah serangan demi serangan terhadap akhlak dan pegangan akidah. Semakin banyak program seolah-olah dirancang oleh pihak tertentu untuk menghakis pendirian belia terhadap agama dan patriotisme. Tidak termasuk dakyah agama yang berkembang secara senyap hingga menjadi satu ancaman kepada masyarakat. Selain itu, kegiatan hedonisme, merempit, bohsia, trend rebel media sosial termasuk penyalahgunaan dadah antara gejala yang sering dikaitkan terutamanya golongan pelajar dan remaja hari ini. Program liar menyuntik ideologi hedonisme, cara hidup kapitalisme, pemikiran bebas liberalisme, feminisme, pluralisme dan pelbagai lagi anasir negatif yang bukan sahaja diadakan di kelab-kelab malam, malah di padang dan dataran termasuk di dewan-dewan seminar. Pengisian yang ada antaranya seolah-olah sengaja membelakangkan nilai-nilai adab budaya timur termasuk bertentangan dengan akhlak yang digariskan oleh agama.

Ekspresi Kemerdekaan Dan  Cabaran Anak Merdeka

Kemerdekaan… apakah jaminan kita dalam menggalas tanggungjawab warisan kemerdekaan ini agar ia terus berada dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar. Sewajarnya, kita perlu berwaspada terhadap tindak tanduk licik musuh negara sama ada yang hadir dari luar atau pun dalam selimut. Mereka yang sentiasa berikhtiar untuk memerangkap masyarakat majmuk negara ini ke kancah kehancuran dengan menyusup melalui jalan intelek, sosial, ekonomi, hiburan termasuk juga atas nama pembelajaran dan agama agar kita sentiasa dijajah.

Sesungguhnya, tiada bersalahan dengan segala aspek keselamatan, kebebasan, hiburan malah merebut peluang dan persaingan dalam mengejar keuntungan wang ringgit sekali pun. Namun keperihatinan kita terhadap keluarga serta masyarakat sekeliling juga penting dan biarlah apa yang kita kerjakan bersesuaian dengan adab yang kita warisi. Apa yang lebih utama biarlah ia tidak terkeluar dari landasan agama dan bangsa merdeka yang bertamadun. Cabaran kita sebagai anak merdeka agar sentiasa peka terhadap penjajahan minda, ketakutan, kekuatiran serta keselamatan masyarakat kita seluruhnya untuk kehidupan yang makmur.  

Kemerdekaan… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta…


Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 tahun, aku coretkan pesan kemerdekaan ini untuk renungan sendiri serta seluruh saudara warga Malaysia… anak-anak merdeka. Kita semua perlu senantiasa bersatu membetulkan kepincangan, menghapuskan kemungkaran dan mengekalkan perpaduan demi menjaga warisan kemerdekaan ini untuk generasi hadapan.

Semoga Allah swt menganugerahkan kemakmuran serta keharmonian yang berterusan kepada Malaysia serta memberkati kita semua sebagai rakyat Malaysia yang merdeka… aamiin.


Ekspresi Kemerdekaan Dan  Cabaran Anak Merdeka

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57
Di sini lahirnya sebuah cinta….


Salam Hormat

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 38
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ekspresi Kemerdekaan Dan Cabaran Anak Merdeka
Ekspresi Kemerdekaan Dan Cabaran Anak Merdeka
Ekspresi Kemerdekaan Dan Cabaran Anak Merdeka, Hari Kemerdekaan ke 57
http://1.bp.blogspot.com/-TrA6DwhdFX4/VAHEZevzoII/AAAAAAAAHUQ/ajYQyStTp-0/s1600/Logo%2Bmerdeka%2B2014.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-TrA6DwhdFX4/VAHEZevzoII/AAAAAAAAHUQ/ajYQyStTp-0/s72-c/Logo%2Bmerdeka%2B2014.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/08/ekspresi-kemerdekaan-dan-cabaran-anak-merdeka.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/08/ekspresi-kemerdekaan-dan-cabaran-anak-merdeka.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy