Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak

Kampung Pendiat Bota Perak - FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak.

Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak – Program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak pada 16 hingga 18 Ogos 2014, dimulakan dengan lawatan ke Kampung Pendiat.

Ia merupakan lokasi pertama yang kami jejaki sejurus tiba dari pejabat Tourism Malaysia Perak di Ipoh. Ketibaan kami melangkaui apa yang aku jangkakan. Kami disambut dengan paluan kompang, persembahan silat serta jamuan makan tengah hari resipi kampung yang sangat menyelerakan.

FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak

Homestay Pendiat, Bota, Perak


Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Kampung Pendiat merupakan sebuah perkampungan tradisional di tepian Sungai Perak dengan keluasan 3 km persegi yang terletak di dalam Mukim Bota di daerah Perak Tengah. Antara tarikan kampung ini adalah warisan berzaman yang masih lagi dipraktikkan sehingga kini seperti permainan rebana, marhaban, silat gayung, makanan tradisional serta permainan tradisional.

Kampung ini turut menyediakan Homestay kepada pelancong. Namun disebabkan jadual yang padat, kami tidak kesempatan melawat lokasi Homestay Pendiat tersebut secara satu persatu. Tetapi, kami diberi penerangan dalam satu sesi taklimat yang diadakan. Anda boleh baca tentang Homestay Pendiat di sini >>>> Homestay Pendiat Bota

FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak

Pelancong yang berkunjung ke Homestay Pendiat ini juga berpeluang menjalani aktiviti air yang diadakan di aliran Sungai Perak seperti memancing, menjala serta menggagau ikan, berkayak, berakit serta pelbagai lagi aktiviti menarik. 

Homestay ini juga terletak berhampiran produk pelancongan terkenal di negeri Perak seperti Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak dan Lumut Bandar Perlancongan dan Maritim.

Bagi anda yang bercadang menginap di Homestay Pendiat, maklumat pakej dan aktiviti ada di sini :-

Pakej Homestay Pendiat
- Sambutan selamat datang
- Sarapan pagi / makan tengahhari / minum petang / makan malam
- Penginapan di rumah keluarga angkat
- Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung

Aktiviti
- Lawatan ke Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
- Persembahan kebudayaan
- Lawatan sekitar kampung
- Sukan rakyat
- Lawatan ke Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan
- Penyerahan cenderamata

Untuk maklumat lanjut mengenai Homestay Pendiat, anda boleh hubungi maklumat di bawah:

Puan Mariam bt Ishak
Pengerusi / Penyelaras Homestay Pendiat
Lot 5056 Bt 7 3/4
Kg Pendiat Bota Kanan
32600 Bota
Perak Darul Ridzuan
Tel: 6017 579 6251

Sepetang Di Kampung Pendiat, Bota, Perak


Di sini, aku kongsikan pengalaman bergambar agar anda dapat melihat sendiri keadaan serta suasana sepetang kami sepanjang berada di Kampung Pendiat, Bota, Perak ini.

FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Acara sambutan ketibaan di pintu gerbang Dewan Orang Ramai Kampung Pendiat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Persembaahan silat gayung oleh generasi muda Kampung Pendiat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Lauk pauk kampung... sedap.. :)
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Jemput makan... Bismillah...

Sesi taklimat ringkas telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Pendiat sejurus selesai kami menjamu selera. Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Homestay Pendiat serta keistimewaan yang terdapat di Kampung Pendiat ini. Kami juga turut diperkenalkan kepada ketua Kampung Pendiat serta ucapan alu-aluan menyambut kedatangan kami semua.

FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Sesi taklimat Homestay Pendiat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Peserta yang hadir terdiri dari wakil media, agen pelancongan dan bloggers
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Ucapan pengerusi Homestay Pendiat, Puan Mariam Ishak
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Ucapan ketua Kampung Pendiat, Hj Shaidin Nekmat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Ucapan pengarah Tourism Malaysia Perak, Hj Ibrahim Seddiqi Talib

Setelah selesai sesi taklimat, kami dibawa melawat beberapa lokasi menarik berhampiran. Lokasi pertama persinggahan kami adalah ‘Rumah Residen’ yang merupakan salah satu lokasi bersejarah di Kampung Pendiat. 

Aku difahamkan bahawa rumah Residen ini telah berusia lebih 200 tahun dan telah diserahkan dibawah penjagaan warisnya. Rumah ini juga menjadi antara lokasi popular aktiviti ‘photoshoot’ terutamanya untuk pasangan pengantin baharu. 

FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Rumah Residen... masih tegap walaupun lebih 200 tahun
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Rumah di sebelah kiri adalah salah satu Homestay Pendiat
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Pandangan sisi Rumah Residen
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Antara corak yang terdapat di tiang
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Rupa-rupanya ada orang yang mendiami rumah ini...
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Wefie Bloggers.. aku, www.eshamzhalim.com dan
www.dkosonglapan.blogspot.com (Kredit gambar : Eshamzhalim)

Lawatan diteruskan ke beberapa lagi lokasi menarik di kawasan sekitar, namun ia akan aku kongsikan lagi di artikel-artikel yang lain. Setelah selesai lawatan, kami kembali ke Dewan Orang Ramai Kampung Pendiat untuk minum petang disamping beramah mesra dengan aktiviti sukaneka.

Upps.. sebelum terlupa… bagi acara sukaneka, team aku mendapat tempat pertama… yeay menang!!.. :D

FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Guna pancing angkat botol ahaa..  (Kredit Gambar : Fb Tourism Malaysia Perak)
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Main bowling yeop!! (Kredit gambar : Fb Tourism Malaysia Perak)
FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Yeay menang!!! (Kredit gambar : Fb Tourism Malaysia Perak)

Kenangan FAM Trip di Kampung Pendiat


Aktiviti kami di Kampung Pendiat berakhir sekitar jam 5 petang. Sempat mengabadikan gambar beramai-ramai sebelum berangkat ke Teluk Intan untuk acara memancing, program Fam Trip Jom Mancing Udang 2014 yang telah aku coretkan di >>>> SINI

Lepas ini aku sekeluarga bercadang hendak bermalam di Homestay Pendiat… layan berakit dan menjala dengan orang Kampung Pendiat… syok ooo!!

Moh kita ke Perak!!.. J

FAM Trip : Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Gambar kenangan di Kampung Pendiat sebelum bertolak ke Teluk Intan
(Kredit gambar : Fb Tourism Malaysia Perak)

Artikel ini dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk info terkini perlancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772/9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my

Like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk info serta aktiviti terkini di Perak:

Like Facebook - Tourism Malaysia Perak


Kampung Pendiat Bota Perak, Tourism Malaysia Perak,Kampung Pendiat Bota Perak, Tourism Malaysia Perak,

COMMENTS

BLOGGER: 67
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Keistimewaan Kampung Pendiat, Bota, Perak
Kampung Pendiat Bota Perak - FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak.
https://2.bp.blogspot.com/-TlOuBD55jPM/U_Wq3WidWUI/AAAAAAAAHKA/gJBMXLii5h8/s1600/P_20140816_135539.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-TlOuBD55jPM/U_Wq3WidWUI/AAAAAAAAHKA/gJBMXLii5h8/s72-c/P_20140816_135539.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/08/fam-trip-keistimewaan-kampung-pendiat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/08/fam-trip-keistimewaan-kampung-pendiat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy