FAM Trip Memancing Udang Di Teluk Intan Perak

Memancing Udang Teluk Intan Perak sempena FAM Trip Jom Mancing Udang 2014. Lokasi memancing udang galah di negeri Perak.

FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
FAM Trip Memancing Udang di Teluk Intan, Perak – Memancing udang sememangnya merupakan satu aktiviti santai kepada sesiapa yang baharu merasainya dan pasti mengasyikkan buat 'kaki pancing' udang seluruh dunia. Itulah perasaan yang dapat aku terjemahkan apabila berpeluang merasai pengalaman memancing udang galah Sungai Perak di Teluk Intan. Ia merupakan pengisian utama aktiviti program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014, anjuran Tourism Malaysia Perak.  

FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
FAM Trip Jom Mancing Udang 2014
Kredit Gambar : www.eshamzhalim.com

FAM Trip : Jom Mancing Udang 2014


FAM Trip Jom Mancing Udang 2014, Tourism Malaysia Perak, memberi pendedahan kepada peserta jemputan yang terdiri daripada agen perlancongan, wakil media dan bloggers untuk merasai sendiri pengalaman terhadap tarikan serta keistimewaan yang terdapat dibeberapa lokasi di negeri Perak. Melalui inisiatif ini, ia memberi ruang kepada kami untuk berkongsi pengalaman yang dilalui sepanjang program FAM Trip ini.

Secara keseluruhannya program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 bermula pada 16 sehingga 18 Ogos 2014. Selain memancing udang, ia juga merangkumi aktiviti lawatan ke beberapa tempat-tempat menarik di negeri Perak. Namun untuk artikel kali ini, aku kongsikan pengalaman memancing udang galah Sungai Perak di Teluk Intan yang telah diadakan pada 17 Ogos 2014.
  

FAM Trip Jom Mancing Udang 2014


Aktiviti bermula sekitar jam 9 pagi, dimana kami semua berkumpul untuk sesi taklimat berkenaan memancing udang. Ia bermula dengan sesi suaikenal, disertai penerangan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan termasuk perkara-perkara lain berkaitan aktiviti memancing udang.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Tourism Malaysia Perak, Tuan Haji Ibrahim Seddiqi bin Talib yang turut serta turun memancing udang bersama warga Tourism Malaysia Perak dan kami.

FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Sesi taklimat sebelum pergi memancing udang
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Menunggu giliran menaiki bot di Jeti

Setiap bot hanya memuatkan 3 orang termasuk ‘tekong’ bot. Ini bermakna, setiap bot hanya boleh memuatkan 2 peserta. Oleh itu, kami perlu memilih pasangan masing-masing untuk memancing.

Sebelum bersiap turun memancing udang, kami sempat mengabadikan kenangan bergambar bersama termasuk 'groupfie' di atas. Selanjutnya, aku kongsikan gambar-gambar yang tak seberapa ini sepanjang aktiviti memancing udang di Sungai Perak, Teluk Intan.

FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Antara yang telah turun untuk menaiki bot
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Kami meninggalkan Jeti untuk berjuang memancing udang
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Perjalanan meredah arus menuju ke destinasi memancing udang
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Selfie sket sambil memancing udang. Aku, bro Ash dan tekong kami

Aku difahamkan, kos menyewa bot dengan 'tekong' untuk memancing udang hanya sekitar RM50.00 dari pagi hingga petang. Kebiasaannya peralatan memancing dan makanan perlulah kita bawa sendiri. Tetapi peralatan memancing dan makanan kami disediakan oleh pihak Tourism Malaysia Perak

Sungguh pun begitu, tekong kami ada bawa lebihan joran untuk kami gunakan. Maka, setiap seorang berpeluang menggunakan 2 joran... hehee 'double barrel'... malu je kalau tak dapat udang haha.
  
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Anak udang dijadikan umpan... udang makan udang.. :D
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Inilah teknik memasukkan umpan di mata kail. Dimasukkan dari ekor dan dibuang kepalanya.
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Memancing dengan penuh kesabaran...
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Hasil pertama.. udang kecil, posing je lebih huhu.. :D
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Bro Ash dapat udang galah... sepit biru tu...
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Urusetia Tourism Malaysia Perak menghantar kami minuman dan juga makan tengah hari
Thank you bro.. :) :)
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Lunch sambil bot bergerak.. layan... 
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Aku suka panorama ni... romantis... ;D
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Landskap alam... sungai, bot, daratan dan awan...
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Penghuni pinggir sungai yang memerhatikan kami

Setelah beberapa jam memancing udang, akhirnya kami berangkat pulang pada waktu petang bersama hasil yang diperolehi. Tambahan lagi, udang yang dipancing oleh tekong turut diberikan kepada kami sebagai buah tangan, cenderahati segar dari Sungai Perak.

Justeru, kami pulang dengan kepuasan bukan semata-mata kerana udang, tetapi pengalaman berharga yang diperolehi sepanjang memancing udang di Sungai Perak... subhanallah walhamdulillah.

FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Udang galah segar untuk dibawa pulang... yeah!!

Pengalaman tempat-tempat menarik di Perak sepanjang lawatan FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 akan aku kongsikan lagi di artikel-artikel yang lain nanti. 

Jom Mancing Udang di Teluk Intan, Perak!


Pengalaman memancing udang galah Sungai Perak di Teluk Intan. Memancing bukan sekadar memancing udang. Banyak perkara yang dapat kita nikmati serta pelajari.

Bermain dengan sentapan udang galah Sungai Perak, menikmati keindahan alam, deruan bayu dan arus sungai serta aura ketenangan semulajadi anugerah Illahi di bumi Teluk Intan, sememangnya satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Anda perlu merasainya sendiri... hanya di negeri Perak. 

Moh kite ke Perak... :) 

FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Gambar kenangan sebelum memancing udang FAM Trip Jom Mancing Udang 2014
Kredit Gambar : Official Fb page - Tourism Malaysia Perak

Artikel ini dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk info terkini tentang pelancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu. 

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel : +605 255 2772/9962
Faks : +605 253 2194
Like Facebook : Tourism Malaysia Perak


Memancing udang galah Teluk Intan, Perak.Memancing udang galah Teluk Intan, Perak.

COMMENTS

BLOGGER: 85
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: FAM Trip Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
FAM Trip Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Memancing Udang Teluk Intan Perak sempena FAM Trip Jom Mancing Udang 2014. Lokasi memancing udang galah di negeri Perak.
https://3.bp.blogspot.com/-6398Jmq8LTk/U_QfYrqD31I/AAAAAAAAHJw/GTSUbaMCsEY/s1600/10603794_820469934660004_6376187408602276870_n.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-6398Jmq8LTk/U_QfYrqD31I/AAAAAAAAHJw/GTSUbaMCsEY/s72-c/10603794_820469934660004_6376187408602276870_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/08/fam-trip-memancing-udang-di-teluk-intan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/08/fam-trip-memancing-udang-di-teluk-intan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy