Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014

Hari Perjumpaan Keluarga Jamak HPKJ 2014, Keluarga Haji Abdul Jamak bin Majok, Susurgalur Daeng Pabitah, Bugis Johor.

Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014 - HPKJ 2014. Memahat kenangan bersejarah untuk diabadikan di alam maya sebagai jurnal kekeluargaan yang amat berharga. Tanggal 3 Ogos 2014 bersamaan 7 Syawal 1435H merupakan tarikh berlangsungnya majlis Hari Perjumpaan Keluarga Haji Abdul Jamak bin Majok di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur.  

Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,

Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014


Majlis Hari Perjumpaan Keluarga Jamak berketurunan Bugis Johor ini merupakan kesinambungan daripada Perhimpunan Keluarga Jamak yang pernah diadakan pada 20 Disember 2008 yang lalu. Ia telah mengumpulkan kehadiran 8 cabang susurgalur keluarga yang terdiri daripada generasi ke 2 sehingga generasi ke 6, keluarga Jamak.

Kini setelah hampir 6 tahun ianya berlalu, aku bersyukur kerana dapat sekali lagi dipertemukan dengan lebih 500 ahli keluarga dibawah satu bumbung dan pada satu hari yang cukup menceriakan. Ia bukan sahaja mengumpulkan kehadiran ahli keluarga dari seluruh Johor dan Malaysia, malah dari Singapura, Germany dan United Kingdom, mengeratkan jalinan silaturrahim disamping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dalam suasana santai kekeluargaan penuh kemeriahan.

Di sini, aku abadikan beberapa gambar sepanjang majlis Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014 yang berlangsung pada jam 10 pagi hingga jam 4 petang dihari yang penuh kenangan ini.

Suasana Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014


Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,
Suasana pagi di meja pendaftaran HPKJ 2014
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,
Santai-santai 'my wife & my kazen' sebelum majlis bermula
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,
Ucapan pembukaan oleh Pengerusi HPKJ 2014
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,
Suasana santai sambil menjamu selera
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,
Bersantai, bersembang mengeratkan silaturrahim keluarga
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,
Antara hidangan yang disediakan...
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,
Persembahan Ghazal... adunan irama Melayu dan Arab
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,
Live band yang sangat-sangat menghiburkan
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, Bugis Johor,
Jom Amek Gambor!!.. pss... cer tengok puan Mem aku tu huhu... :D 
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Ruang untuk anak-anak bermain... Generasi termuda keluarga Haji Abdul Jamak

Suasana di luar dewan, ada juga disediakan 'booth' jualan untuk ahli keluarga Haji Abdul Jamak yang berniaga sebagai platform untuk menjual serta mempromosikan barangan dan perniagaan mereka.

Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,

Dalam pada itu, aku juga berpeluang menjadi pengacara bersama untuk sesi temubual dengan para usahawan ahli keluarga Haji Abdul Jamak. Terasa macam pengacara stesen TV lah pulak hehee...
  
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,

Antara aktiviti yang mencabar tetapi menyeronokkan adalah sewaktu sesi bergambar. Memandangkan ruang dewan dan pentas yang terhad, maka sesi bergambar telah diadakan dalam 4 sesi yang berasingan. 

Kesemua 8 cabang keluarga daripada generasi ke 2 hinggalah generasi ke 6 perlu bergambar mengikut pecahan yang bersesuaian dengan ruang yang ada. Setiap cabang keluarga dari pelbagai lapis generasi juga dapat bergambar bersama-sama dengan generasi ke 2 keluarga Jamak yang merupakan ahli keluarga paling 'senior' dikalangan kami. 

Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Keluarga Haji Abdul Jamak cabang Mohammad dan Mahmood 
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Keluarga Haji Abdul Jamak cabang Andak
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Keluarga Haji Abdul Jamak cabang Zainab, Khadijah dan Hassan
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Keluarga Haji Abdul Jamak cabang Majid dan Hussein
Aku merupakan generasi ke 4 cabang Hussein
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Bersama Dato Mahadzir Lokman yang juga merupakan ahli keluarga kami
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Aksi bebas bersama AJK HPKJ 2014... yeah... :D

Penghargaan HPKJ 2014

Pernah satu ketika dahulu aku nukilkan tentang persediaan untuk menghadapi Hari Perjumpaan Keluarga Jamak ini dalam satu artikel blog yang boleh dibaca di > SINI. Alhamdulillah, segalanya berlangsung dengan lancar dan meriah.

Hari Perjumpaan Keluarga Jamak, Daeng Pabitah, HPKJ, Bugis Johor,
Foto kenangan bersama AJK dan sub-AJK HPKJ 2014

Justeru, kesempatan ini aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK HPKJ 2014 atas kerjasama yang erat demi memastikan majlis keluarga ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga Haji Abdul Jamak yang sudi meluangkan masa untuk hadir mengimarahkan Hari Perhimpunan Keluarga Jamak 2014 ini dengan ukhwah kemesraan. Segala pengalaman menjadi kenangan yang pastinya tidak akan aku lupakan…

Kalau Ada Sumur Di Ladang,
Boleh Hamba Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Pasti Kita Berjumpa Lagi…

Akhir kata, Semoga ikatan kekeluargaan yang terjalin terus berkekalan dan berkembang mekar dari satu generasi ke generasi yang seterusnya dengan sepenuh keberkatan Illahi… aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 114
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak HPKJ 2014, Keluarga Haji Abdul Jamak bin Majok, Susurgalur Daeng Pabitah, Bugis Johor.
https://2.bp.blogspot.com/-5tkzQkrYCz4/U-AR9mL8m9I/AAAAAAAAG84/Nqn6r-uPFio/s1600/20140803_130459.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-5tkzQkrYCz4/U-AR9mL8m9I/AAAAAAAAG84/Nqn6r-uPFio/s72-c/20140803_130459.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/08/hari-perjumpaan-keluarga-jamak-2014.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/08/hari-perjumpaan-keluarga-jamak-2014.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy