Kompang Seri Pulut Death Metal

Kompang, Kompang Seri Pulut Death Metal

Kompang Seri Pulut Death Metal... Artikel kali ini aku ingin berkongsi sedikit kisah lalu yang timbul sewaktu cuti Syawal, pulang ke rumah ayah dan bunda tercinta. Banyak nostalgia hadir apabila mengemas dan membongkar barang-barang di alam persekolahan yang masih tersimpan. Ada yang membuat aku tersenyum sambil menggeleng kepala. Antaranya adalah kompang underground seperti dibawah ini…


Kompang Seri Pulut Death Metal


Kompang ini dibeli pada tahun 1991. Demi mengisi waktu cuti menunggu keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), bapa aku telah mengizinkan aku menyertai pasukan kompang Seri Pulut di Pontian, Johor. Kompang merupakan antara aktiviti yang aku aktif sehingga tamat persekolahan tingkatan 5. Kalau nak kata terer.. memang aku terer. Pehh… bukan ego, tapi memang terer hehee. Aku bermain posisi ‘melengkah’ dan menyertai banyak aktiviti kompang sama ada di sekolah, jemputan untuk majlis perkahwinan termasuk beberapa acara rasmi yang diadakan di sekitar Pontian.

Namun, versi ‘Death Metal’ adalah versi aku sendiri yang timbul daripada kreativiti pengaruh zaman aku membesar. Death metal, heavy metal, thrasher, rock kapak… genre yang ada sebelum 'Grunge'. Kini bila melihat kembali kompang ini, tak dapat aku terangkan apa yang ada dalam minda aku ketika itu. Walaupun banyak sejarah aku dan kompang, malu pula bila anak-anak melihat dan bertanya tentang lukisan-lukisan yang ada di kompang ini. Belum lagi melihat hasil kreativiti rakan-rakan seangkatan yang lain jika masih ada dan dikumpulkan semuanya… Jelas menggambarkan kerosakan otak kami ketika itu. Minda ‘anak merdeka’ huhu… :D


Nostalgia Pasukan Kompang Seri Pulut


Sesungguhnya kompang ini sebenarnya aku beli untuk digunakan dalam setiap aktiviti latihan yang selalu diadakan. Setiap kami mempunyai kompang sendiri untuk digunakan dalam setiap latihan. Kompang dengan lakaran imej dan ideologi tersendiri. Jika melibatkan acara rasmi, pihak pasukan kompang Seri Pulut mempunyai kompang yang mempamerkan lambang seragam pasukan untuk kami semua gunakan.

Bila mengenang kembali rakan-rakan pasukan kompang Seri Pulut a.k.a geng kompang Death Metal ini, ramai yang kini berjaya dalam kehidupan dan kerjaya… menjadi doktor, arkitek, usahawan... blogger ermm... dan sebagainya… Alhamdulillah. Namun ada diantaranya juga yang telah kembali ke Rahmatullah… Al Fatihah...

Nostalgia Kompang Seri Pulut Death Metal


Sekadar coretan jurnal kehidupan... Nostalgia alam persekolahan...

Salam Aidilfitri 2014

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 38
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kompang Seri Pulut Death Metal
Kompang Seri Pulut Death Metal
Kompang, Kompang Seri Pulut Death Metal
http://1.bp.blogspot.com/-7B8WIH5s5eE/U9z99aIQB6I/AAAAAAAAG7M/LkDS_MhlEHE/s1600/10300788_882691291745496_8632324791491204602_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-7B8WIH5s5eE/U9z99aIQB6I/AAAAAAAAG7M/LkDS_MhlEHE/s72-c/10300788_882691291745496_8632324791491204602_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/08/kompang-seri-pulut-death-metal.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/08/kompang-seri-pulut-death-metal.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy