Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan, Perak

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak, Jom Mancing Udang 2014, Tourism Malaysia Perak

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan, Perak – Tahukah anda bahawa tuntung merupakan salah satu spesis haiwan terancam dan hampir pupus? 

Populasi tuntung di Malaysia termasuk di sekitar Sungai Perak telah mengalami kemerosotan teruk dalam tempoh 30 tahun. Ia dijangka menghadapi kepupusan sekiranya tiada langkah pemuliharaan diambil terhadap hidupan liar dua alam ini. Itulah mesej penting untuk disampaikan dalam lawatan FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak pada petang Sabtu (16/8/2014) ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) di Bota Kanan, Perak.

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Mendengar penerangan oleh Pembantu Hidupan Liar, Pusat Konservasi Tuntung

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak


Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan terletak di daerah Perak Tengah, kira-kira 50 kilometer dari bandaraya Ipoh. Ia ditubuhkan pada tahun 1968 dan merupakan pusat konservasi tuntung yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Pusat Konservasi Tuntung ini merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh Perhilitan negeri Perak dalam menangani permasalahan kepupusan tuntung. Selain itu, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara termasuk pelajar untuk mengkaji spesis tuntung dan habitatnya demi kebaikan generasi masa hadapan.

Dalam lawatan ke Pusat Konservasi Tuntung ini, kami bukan sahaja berpeluang melihat dan memahami habitat tuntung, malah dapat meninjau seluruh persekitaran kawasan dengan penerangan terperinci yang disampaikan oleh En. Mat Zaini bin Zabidi, Pembantu Hidupan Liar, Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak.

Langkah pemuliharaan atau konservasi oleh Perhilitan negeri Perak di Pusat Konservasi Tuntung ini bermula dari pengutipan telur, pengeraman, penjagaan selepas menetas, pelepasan, penguatkuasaan dan pengawalan. Telur tuntung dieram di tapak khas berpasir dan bersangkar. Ia akan dipindahkan ke kolam khas jika sudah menetas agar anak tuntung dapat berenang dan membesar dengan selamat. 
  

Sekitar Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan, Perak


Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Melihat salah satu kolam pemuliharaan tuntung
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Meninjau kawasan Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung)
   
Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, kura-kura dan labi-labi yang hidup di persekitaran yang berair. Makanan utama tuntung adalah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk juga ikan-ikan kecil yang terdapat di sungai.

Di Pusat Konservasi Tuntung ini, setiap tuntung diberikan diet makanan semulajadi mengikut kesesuaian tempoh umur pembesaran. Tuntung juga mempunyai saiz yang berbeza mengikut jatina. Tuntung betina boleh membesar hingga 50 sentimeter berbanding 40 sentimeter untuk tuntung jantan.

Paling menarik, jangka hayat tuntung boleh mencecah antara 70 sehingga 80 tahun. Terdapat juga rekod mencatatkan jangka hayat tuntung sehingga 100 tahun. Oleh itu, jika anda membela tuntung, mari kita lihat jangka hayat siapakah yang lebih panjang… anda atau tuntung anda… :D

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Anak-anak tuntung yang comel-comel...
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Seekor anak tuntung yang sudi bergambar... smile.. ;)
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Tuntung spek abang-abang.. 'Abang Long Fadil'.. hiks.. :D
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Tuntung 'Otai"!

Kami juga turut dibawa melihat pameran yang menjelaskan pelbagai maklumat berkenaan tuntung di Bilik Interpretif yang terletak di perkarangan pejabat Pusat Konservasi Tuntung ini.

Antara maklumat yang perlu saya perjelaskan di sini, tuntung di Malaysia merupakan haiwan eksotik perlindungan penuh dibawah Akta Hidupan Liar 2010 yang melarang mana-mana individu dari menangkap, memakan, menjual tuntung dan juga telurnya.


Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Bilik Interpretif di pejabat Pusat Konservasi Tuntung
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Pelbagai poster maklumat berkenaan tuntung dan daerah Bota, Perak
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
'Kaparas' tuntung yang dipamerkan.
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Gambar bersama En. Mat Zaini Zabidi
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Melihat contoh spesis hidupan liar yang dipamerkan di lobi pejabat

Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan, Perak

Lawatan berakhir sekitar jam 4 petang. Pusat Konservasi Tuntung ini menerima lawatan pada hari Isnin hingga Jumaat, sekitar jam 2:00 hingga 4:00 petang sahaja. Ia juga ditutup pada waktu cuti umum. Ini bertujuan menjaga kepentingan tuntung agar dapat dipulihara dengan sempurna. 

Sebelum bertolak meneruskan program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak, kami mengabadikan gambar kenangan di pintu pejabat Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak. Ia pengalaman menarik yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

Moh kita ke Perak!!!

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Kredit Gambar : Fb Tourism Malaysia Perak

Artikel ini dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk info terkini tentang pelancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my

Like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk info serta aktiviti terkini:

Like Facebook - Tourism Malaysia Perak 


COMMENTS

BLOGGER: 61
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan, Perak
Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan, Perak
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak, Jom Mancing Udang 2014, Tourism Malaysia Perak
https://2.bp.blogspot.com/-ila5b2fFTRs/U_svdVyNzJI/AAAAAAAAHOc/mV7UQtFJ4Oo/s1600/P_20140816_153914.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-ila5b2fFTRs/U_svdVyNzJI/AAAAAAAAHOc/mV7UQtFJ4Oo/s72-c/P_20140816_153914.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/08/lawatan-ke-pusat-konservasi-tuntung.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/08/lawatan-ke-pusat-konservasi-tuntung.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy